Ara pov.
Aku memandang Raf yang segak memakai baju melayu berwarna cream dan bersampin hijau..
Suamiku akan berkahwin dengan kawan baikku sendiri. Aku perlu redha.. tapi, boleh ke aku redha? Tak.. aku mahukan Raf untuk aku seorang.
Raf memandangku.. air mataku diseka Raf. "Jangan menangis lagi.." Raf tersenyum sambil mengucup dahiku.
Aku terdiam.. Raf memegang tanganku. "Jangan tinggalkan saya.." rayuku. Raf sekadar memandangku.
"Saya perlukan awak.. what happened to forever?" Soalku sambil merenung matanya dengan mata yang berkaca.
"Saya pergi dulu. Assalamualaikum." Kata Raf. Aku melutut dikakinya.. "taknak!" Teriakku sambil memeluk kakinya. "Sayang!" Panggilnya sambil mengangkatku. "Jangan macam ni.." Raf merenung mataku.
Raf memegang bahuku. Aku memeluknya erat.. Raf membalas pelukanku.. "jangan tinggalkan saya!" Aku meraung didadanya.
"Saya tak tinggalkan awak, sayang.." jawab Raf sambil mengusap kepalaku.
"Batalkan perkahwinan ni!" Jeritku lagi.. "mengucap sayang.." bisik Raf. Aku menggeleng. "Batalkan!" Jeritku sambil memeluknya erat.
Raf melonggarkan pelukannya. "Assalamualaikum." Kata Raf sambil melangkah pergi meninggalkan aku meraung didalam bilik.. sendirian.
___________________
Sya datang ke rumahku.. "Raf suruh aku jemput kau." Kata Sya.. Raf suruh aku menghadiri perkahwinannya?
Hati isteri mana yang tak sakit melihat suaminya akan bergelar suami kawan baiknya sendiri?
"Taknak.." aku menggeleng. "Please?" Pinta Sya. Aku menggeleng. "Zack.. tolong aku." Sya menjeling ke arah Zack.
"Maafkan saya.." kata Zack sambil mengangkatku masuk ke dalam kereta..
Aku yang hanya memakai slack hitam dan kemeja putih dibawa ke majlis akad nikah..
Nampak sangat macam isteri yang sedang meroyan sebab suami nak kahwin lain.
Kami tiba di masjid.. aku memandang kereta Raf..
Ya Allah.. aku tak kuat. Aku nak balik. "Hantar aku balik!" Bentakku. "Ara.. kenapa ni?" Sya menarik tanganku. "Aku taknak datang sini!" Jeritku lagi.
"Sayang?" Suara Raf. Aku memandangnya.. banyak juga mata mata yang sedang memandangku.
Raf mendekatiku.. "masuk.." tanganku ditarik. "Untuk apa? Supaya boleh tengok awak jadi suami Ija?!" Marahku. "Ara?" Ija... aku mengetap bibir..
Adrian turut keluar dari situ.. warna baju melayunya.. emerald green.
Aku menelan liur. Raf tersenyum sambil merenung mataku. "Nak saya batalkan perkahwinan ni ke?" Soal Raf sambil merangkul pinggangku. Zack tertawa kecil dibelakang.
"Eh.. aku tak faham.." Sya menggaru kepalanya. "Kenapa nak batalkan perkahwinan diorang? Ara sayang sangat dekat Ija sampai tak sanggup nak lepaskan Ija pada Ad ke?" Soal Sya sambil mengangkat kening.
"Ija... dan Ad?" Aku menggigit bibir. Raf tersenyum sambil mengangguk. "Saya buat untuk awak.." bisik Raf sambil mengucup hidungku.
Malunya.. tebal muka aku disini.. nasib baik aku belum masuk dan mengamuk didalam masjid.
"Ni semua idea Zack.. maafkan saya sebab buat awak menangis." Bisik Raf sambil memelukku erat.
Air mata yang tersisa, jatuh didada Raf. "Jahat!" Marahku sambil menumbuk dadanya perlahan. Raf tertawa kecil sambil mengucup dahiku.
"Weh.. sesiapa tolong explain!" Sya mengangkat tangan. "Nanti lah.. sekarang sayang tukar baju kurung dulu." Kata Raf sambil menyambut baju kurung berwarna hijau muda yang sama warna dengannya dari tangan seorang lelaki.
"Taknak menangis lagi, eh?" Bisik Raf sambil mengucup dahiku..
Aku tertawa kecil.. malunya... tapi aku merasa lega, sebab bukan Raf yang kahwin dengan Ija... tetapi Ad. Tapi, macam mana?
YOU ARE READING
Sayang Sangat ✔
RomansaDipaksa berkahwin atas perjanjian keluarga yang pernah dibuat suatu ketika dahulu. Siapa cakap orang yang jahat akan selamanya jadi jahat? Seperti belangkas.. dua pasangan yang dipaksa berkahwin..mahu berkepit setiap masa. 18sx