bab63

45.3K 835 31
                                    

Ara pov.

"Sayang.. sini lah.." Raf merengek diatas katil. "Malas layan.." kataku sambil menghidupkan laptop dibawah kakinya.

"Ish budak ni.. dah lah pecahkan cermin didalam bilik air. Entah tu tangan ke batu." Perli Raf sambil memeluk pinggangku dari belakang.

Aku tertawa kecil sambil mencubit lengannya. "Awak ni tak reti move on ke?" Aku memegang tangannya diperutku.

"Abang cuba... tapi tak boleh." Raf tertawa kecil sambil mengurut leherku. "Baby pun cepat je dah besar.." bisik Raf. Aku tersengih sambil mengucup pipinya..

"Kesian sayang saya..." Raf memandangku. "Menderita sebab saya taknak batalkan perkahwinan tu.." dia masih cuba memerliku sambil tersengih.. "benci lah dengan awak ni..." aku mendengus marah.

"Sekali je rasa kelakar.. masuk dua kali, rasa nak lempang pula awak ni. Sakit hati tahu tak, dah la sakit hati, tan-" "bising lah." Raf mencubit bibirku.

Aku memandangnya, kekok. Raf memandangku sambil tersenyum. "You have no idea how much I love you.." bisik Raf sambil melagakan dahi kami bersama.

"Tapi saya sayangkan awak lebih." Aku merenung matanya.. "tak.. saya." Raf tak mahu mengalah. "Saya." Aku menjeling. "Abang.." bisiknya.. "me!" Aku tersenyum.

"Ala.. tak sweet lah isteri abang ni." Raf menjelingku. Aku tertawa kecil sambil memegang dagunya. "Kalau tak sweet, awak pergi lah.. er..." "apa? Nak suruh saya cari isteri lain lah tu." Usik Raf.

Aku mengetap bibir.. "taknak. Kita sayang isteri kita sorang je.." Raf memelukku erat sambil mengucup pipiku rakus.

__________________________

"Assalamualaikum.." suara Ija. Aku menjeling Raf yang sedang menonton TV. Raf bangun dari sofa untuk membuka pintu.

"Hi..." Ija memegang bahuku. Aku tersenyum sambil memandangnya. "Mana Iffa?" Soalku, mencari kelibat Iffa.

"Ada dengan Adrian." Jawab Ija sambil tersenyum.. dia kelihatan gembira. "Gembira betul kau. Ad buat apa sampai kau gembira sangat ni?" Aku mengangkat kening beberapa kali.

"Kau ni.. mana ada. Aku gembira sebab boleh jumpa kau lah." Ija tersenyum sumbing. "Kau kerja ke sekarang?" Soalku. Ija menggeleng. "Ad tak bagi. Katanya, orang perempuan lebih afdal kalau duduk rumah je." Ija mencebik. Aku tertawa kecil sambil menjeling ke arah Ad yang sedang merenungku.

Aku tahu pandangan tu. Aku pernah nampak.. tapi tak pasti.

Ad menghampiri kami. "Ara sihat?" Soal Ad sambil menghulurkan Iffa kepada Ija.

"Sihat." Jawabku sambil tersengih. "Ara makin cantik pula lepas perut dah semakin besar ni." Ad bergurau....kot. Aku tertawa kecil.

"Raf.. saya nampak makin cantik ke?" Soalku sambil memandang Raf. "Tak.." jawab Raf sambil melabuhkan punggung disebelahku. Aku mencebik.

Raf tersengih sambil mencubit pipiku. "Isteri abang mesti lah cantik... lagi lagi bila dia pecahkan.. erm." Aku merenung Raf tajam. Ija meletuskan tawanya..

"Esok nak bawa Ara scan baby.." Raf memberitahu mereka. "Wah.. harap dapat boboy!" Ija tersengih. "Berapa bulan? Kenapa macam dah besar?" Soal Ija sambil memegang perutku.

"Apa ni sentuh perut isteri orang?" Raf memelukku dari tepi. Aku menepis tangan Raf sambil ketawa.

Raf tak sukakan Ija, macam lah Ija tu lelaki. "5 bulan.. anak kitorang chubby kot." Raf tersengih. "Ad okay ke tak?" Soalku. Ad asyik diam je dari tadi...

"Okay.." Ad tersenyum hambar. "Saya nak keluar kejap." Kata Ad sebelum bangun dari sofa..

"Aku buatkan air kejap.." kataku lantas bangun dari sofa. "Tak payah. Ibu mengandung, tolong duduk kembali.." kata Raf sambil menghalang jalanku.

How can I not love this guy?

Sayang Sangat ✔Where stories live. Discover now