Ara pov.
"Hi.." tegur satu suara bersama bunyi pintu ditutup rapat. Aku hanya mendiamkan diri. Nanti kalau cakap, bergaduh pula.
"I can explain." Raf mengambil tempat duduk disebelahku. "Explain apa?" Soalku... malas nak panjangkan cerita..
"Pasal... perempuan tu..." suara Raf menjadi perlahan. "Tak apa. Saya faham. Awak seronok selalu jumpa dia." Balasku tanpa memandangnya.
Raf tergamam.. "sayang. Okay saya mengaku.. I cheated on you." Katanya sambil memandangku. "Kan mudah kalau mengaku. Ni tak.. nak explain konon." Aku menarik muka.
"Tapi tak apa.. saya buat benda yang lagi teruk." Kataku, perlahan. "Apa?" Soalnya, memandang wajahku dengan tidak sabar... "duduk rumah, tunggu awak balik dan percayakan awak." Aku membalas sambil tersenyum. "Sayang.." Raf mengetap gigi.
"I'm sorry. I'm a man. And saya rasa macam saya tak pernah cukup dengan sorang perempuan." Luahnya lagi, membuat hatiku semakin panas. "Apa apa je lah Rafael. Let's just kahwin atas dasar perjanjian keluarga.. tak payah sayang satu sama lain. Lagi pun kita tak cintakan antara satu sama lain pun kan." Aku merenungnya tajam...
"Awak.. tak cintakan saya?" Soalnya lagi... "tak payah tanya saya soalan yang awak sendiri pun boleh rasa." Bidasku.. Raf terdiam.
"Tapi kita masih suami isteri." Raf memandangku yang sedang merenungnya, menahan diri dari meletus.
"Saya tak ada suami yang macam ni." Aku tersenyum sebelum berjalan keluar dari bilik. Panas... hati aku panas. Benci, kecewa, sedih. Perasaan bercampur.
________________________
Raf mengangkat bag kami keluar dari dalam kereta.. untuk dibawa ke dalam rumah Raf. "Saya boleh angkat sendiri lah." Gumamku, laju sahaja menarik bag yang berada didalam tangan Raf.
Berat.. tetapi aku masih boleh mengangkatnya sendiri. Aku bukannya budak kecil yang tak mampu buat apa apa.
Kami berdua masuk ke dalam bilik tidur utama. "Letih..." Raf meletupkan jari ditangannya. Aku hanya mendiamkan diri. "Awak okay tak?" Soal Raf.. aku masih marah kepadanya.
Entah apa yang aku nak marahkan.. suami je pun, suami tanpa rasa cinta. Dia boleh je buat apa yang dia nak... bodohya Ara, memalukan.
"Okay.." aku tersenyum... "jom buat perjanjian?" Kataku sambil mengetuk jari pada meja solek.. Raf memandangku. "Perjanjian apa pula?" Raf merebahkan badannya diatas katil. "Macam ni... kita kan suami isteri. Kita cuma boleh jadi suami isteri dirumah je.. if you know what I mean. Tapi, dekat luar... kita bergerak solo, saya takkan masuk campur urusan awak, awak pun tak boleh masuk campur dalam urusan saya.. nak buat apa dengan sesiapa ke apa ke... I don't care anymore. Itu hak awak." Kata aku sambil memandangnya.
"Awak tak cemburu ke nanti?" Raf mengangkat kepalanya untuk memandangku. "Cemburu untuk orang bodoh." Jawabku sambil merenungnya.
"So... kita tak payah masuk campur pasal satu sama lain?" Raf meminta kepastian. "Ya." Aku mengangguk kepala. "Okay... bunyi macam menarik. Tapi saya nak minta satu je, jauhkan diri dari Zack." Pinta Raf..
"Why should I? Bukannya kacau awak pun." Aku menarik muka.. Raf hanya berdiam diri..
________________________
Selesai membersihkan badan.. aku mencari pakaian yang telah pun aku masukkan ke dalam almari..
Aku merasa sepasang tangan menyentuh lembut bahuku. Raf. "Nak..." Raf meletakkan dagunya diatas bahuku.. "nak apa? Penampar?" Balasku, Raf tergelak kecil. "Kenapa garang sangat ni?" Bisik Raf sambil menjarakkan dirinya, merebahkan badan diatas katil sementara aku memakai pakaian
"Look at your skin.. you're perfect." Gumam Raf dibelakang. Aku menarik muka dibelakangnya.
_____________________
Raf pov.
Aku mengucup lembut dahi Ara ketika dia sedang tidur. Ya, aku mempunyai sedikit perasaan cinta dan sayang terhadapnya kerana dia adalah isteri aku yang sah.. tapi.. boleh jadi juga hanya nafsu. Tapi siapa je tak sayangkan isteri? Tapi bila difikirkan balik... tengok lah diri aku, tak berguna. Dia layak dapat yang lebih baik.
Aku mengusap bibirnya menggunakan ibu jari sambil merenung matanya yang tertutup rapat... tiga minit sebelum matanya terbuka. Dia merenungku, tiada riak wajah terkejut. Aku menguntumkan senyuman sebelum mendekatkan bibir kami bersama.
Bunyi degupan jantung Ara kuat, aku memuncungkan bibir sebelum bibir bawahku terasa sakit. Aku menjerit kesakitan sebelum menarik dari gigitan Ara. "Sakit lah sayang." Aku menyentuh bibirku yang mungkin sudah berdarah.. "Eh, maaf. Saya terkejut tadi..." Ara memegang dada."Boleh mulakan semula tak?" Soalku sambil mengedipkan mata beberapa kali. "Tak." Jawab Ara sambil ketawa.
Dengar Ara ketawa.. membuat perutku merasakan sesuatu... sesuatu yang tak pernah aku rasakan. Sakit? Tak... geli? Tak juga. Tapi rasanya sangat tak sedap.
Dan aku tidak menyukainya...
YOU ARE READING
Sayang Sangat ✔
RomanceDipaksa berkahwin atas perjanjian keluarga yang pernah dibuat suatu ketika dahulu. Siapa cakap orang yang jahat akan selamanya jadi jahat? Seperti belangkas.. dua pasangan yang dipaksa berkahwin..mahu berkepit setiap masa. 18sx