bab56

39.8K 840 50
                                        

Ara pov.

Ija membantuku menyediakan sarapan. "Sayang..." Raf menghampiriku.

Tangannya yang didepakan untuk memelukku diturunkan ke bawah. Raf berdehem sambil membetulkan tali lehernya.. aku menjeling ke arah Ija yang sedang memerhati kami sambil tersengih.

Tak tak.. Ija takkan sesekali mengangguku dengan Raf. Aku kenal Ija..

"Sorry sebab ganggu korang bercintan." Ija menggaru kepala. Aku ketawa kecil.. "mana ada menganggu." Aku menggelengkan kepala.

Selesai bersarapan... aku menghantar Raf ke kereta. "Nak ke mana mana tak hari ni?" Soal Raf. Aku menggeleng sebelum teringat sesuatu. "Eh, nak keluar kejap.. dengan Ija." Aku tersengih.

Raf mengangguk. "Hati hati. Tengokkan kerja kosong untuk Ija. Abang nak kiss isteri abang pun susah, padahal ni rumah kita kot." Kata Raf sambil memegang pipiku dengan kedua belah tangannya sebelum mengucup lembut dahiku.

"Hati hati drive." Pesan Raf. Aku mengangguk.

________________________

"Seronok je tengok kau dengan Raf." Kata Ija sambil menyisirkan rambut Iffa yang sedang terbaring diribanya.

"Dulu Haris pun.. hm, never mind." Ija tertawa kecil. Mungkin dia malas nak ingat tentang Haris.

"Lupakan je lah Haris tu.." aku menarik muka. "Boleh lah aku cari kerja kosong kan?" Ija tersengih. "Boleh.." aku tersenyum.

"Tapi fikirkan balik.. Iffa macam mana?" Ija tergaru garu kepalanya. "Nak bagi kau? Memang tak lah.. mesti Raf tak bagi. Hm..." Ija memegang dagu. Aku tertawa kecil.

"Nanti lah.. tanya Raf dulu. Lagi pun aku memang duduk rumah je kan." Aku menguntumkan senyuman.

"Hm.. tak payah lah." Ija menggelengkan kepala. "Tak apa..." kataku. Ija tetap menggelengkan kepala.

"Kau.. bila due?" Soal Ija sambil memegang perutku. "Lambat lagi.." aku tersengih..

Sesampai di mall, aku ternampak sesusuk tubuh seorang gadis.. seksi.. dan tak mengandung. Whuuut

Rina? Dia turut memandangku. Kakinya laju sahaja melangkah ke arah kami. Aku menelan liur..

"Hi.. Ara." Rina menyapa. Aku sekadar menghulurnya senyuman yang tersangatlah hambar. "You datang sorang ke? Mana Raf?" Soal Rina sambil menjeling ke arah Ija.

"Tak.. dengan kawan. Raf... kolej." Aku memandang Ija sambil menjeling perutnya.

"Oh, I dah...gugurkan since Ad cakap taknak bertanggungjawab." Rina tersenyum hambar.

Aku terdiam.. "sayang betul Ad dengan you." Tambah Rina lagi sambil memandangku. Aku terdiam. "Lucky..." Rina menggigit bibirnya.

"Sorry ganggu you girls shopping.. I pergi dulu." Kata Rina sambil melangkah pergi meninggalkan kami.

"Siapa tu?" Soal Ija sambil menjeling Rina. "Kawan lama.." tipuku. Ija mengangguk perlahan.

Aku membantu Ija membawa barang yang dibeli kami tadi masuk ke dalam rumah.

"Dah puas shopping?" Soal Raf yang tiba tiba terpacul dimuka pintu dan terus menarik barang yang berada ditanganku untuk dibawa masuk ke dalam.

Aku mencebik. "Tadi saya jumpa Rina.." kataku sambil menjeling ke arah Ija.. takut pula kalau dia terdengar. Susah pula nak bergosip kami suami isteri.

"Not interested.." kata Raf sambil merangkul pinggangku dari belakang.

Kami bergerak masuk ke dalam bilik. "Ala.. dengar lah dulu." Aku melepaskan tangannya dari pinggangku dan memandangnya.

"Rina gugurkan kandungan dia." Kataku.. "sikit pun tak terkejut." Raf mencebik.

"Tahu tak apa yang lagi mengejutkan?" Soal Raf. Aku mengangkat kening.. "bila isteri lebih pentingkan kawan dari suami. Yang tu boleh buat filem seram." Raf memeluk tubuh.

Aku ketawa kecil. "Oh... tadi kan, Ija cakap nak kerja tapi Iffa macam mana?" Soalku sambil memeluk lengan Raf. "Tu masalah dia.." kata Raf, tak kisah.

"Yang pasti.. dia kena keluar dari sini. Tak elok lah orang lain duduk sini." Raf mengusap kepalaku.

"Tapi.." aku mengetap bibir. "Tak ada tapi tapi.. nanti saya tak boleh sentuh awak bila saya nak sebab ada dia." Kata Raf sambil mencebik.

"Lagi pun.... Ija tu cantik juga, kan? Sayangnya, Haris tinggal gadis secantik tu." Puji Raf. Aku mencubit perutnya. "Benci lah!" Aku mendengus marah.

"Kalau taknak dengar abang puji dia lagi... make her leave as soon as possible." Bisik Raf sambil memeluk tubuh.

Sayang Sangat ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang