Ara pov.
Selesai menghiasi diri.. aku turun dengan Alya, sepupuku..
Raf yang tampak kemas berbaju melayu dan bersampin.. dia memandang kearahku sambil tersenyum mesra...
Aku akan seksa jiwa batin kau lepas ni. Sabar jap...
Hanya sekali lafaz dan aku bergelar isteri kepada Adam Rafael. Aku mengucup tangan Raf... dia membalasnya dengan mengucup dahiku..lama.
Tetamu sedang beransur pulang. "Ara naik atas dulu, ya?" Aku meminta kebenaran dari papa. Papa hanya tersenyum dan mengangguk.
Aku mencuci make up yang tebal dimuka... terasa panas dan basah dileher, dikucup lembut. Aku memandang Raf dengan ekor mataku.
Zip dress ditarik turun ke bawah. Aku menghentikan perbuatannya dengan berpusing menghadapnya. "Whoa..." aku menghalang gerakannya dengan meletakkan tanganku pada dadanya.
"Kenapa? Kita dah kahwin kan?" Soal Raf. Aku menjadi kekok, ".....yes, tapi...." aku terdiam seketika, cuba mencari alasan. "Saya nak cuci muka dan berus gigi dulu." Gumamku sebelum menolaknya keluar dari bilik air.
Jantungku berdegup kencang. Apa yang aku nak buat ni? Apa alasan yang patut aku bagi lagi? Habis lah.... "sayang.. lambat lagi ke?" Soal Raf dari luar. "Awak tidur lah dulu." Kataku, sambil memandang diriku dipantulan cermin bilik air. "Saya tunggu awak." Balasnya... aduh!
Selesai mencuci muka dan menggosok gigi, aku keluar dari bilik air.. Raf yang hanya mengenakan boxernya menungguku diatas katil.
"Baby, come to daddy.." panggilnya, mesra..
Damn! I'm dead.
Perlahan lahan aku berjalan ke arahnya. Raf menarik tanganku sebelum aku menarik tanganku dari sentuhannya kembali. "Sekejap, saya ada benda lagi——"
"I love you." Bisiknya, belum sempat aku bagi alasan... Raf menarik aku naik ke atas katil. Gelojohnya dia!
Raf cuba menarik pakaianku, aku memegang tangannya lembut sebelum menolak tangannya yang cuba menyentuhku.
Raf mengerutkan dahi sambil merenungku. Aku memberi sengihan buruk yang kekok kerana melempar tangannya dengan ganas. "Jangan. Sekejap! Saya nak baring dengan posisi yang betul." Aduh... kedengaran ayat yang keluar dari mulutku seperti lucah. Raf tersenyum nipis, "baik sayang."
Aku merebahkan badan diatas katil, Raf mula menghampiriku. Aku mengiring ke belakang, tidak mahu memandangnya. "Kenapa ni?" Soal Raf. "Saya——- mengantuk." Jawabku.
Raf masih tidak mahu mengalah, dia cuba menarik lenganku untuk berpusing menghadapnya. Kalau aku menjerit ni... apa pula kata mama dan papa.
Raf cuba menggigit bahuku sebelum aku berpusing ke belakang untuk menghadapnya. "Who do you think you are? Harimau?" Soalku. Raf ketawa kecil. Aku turut tersengih.
"So...." Raf turut baring disebelah, memandangku. Aku membalas pandangannya. "Kita dah kahwin." Raf menguntumkan senyuman. "And?" Aku mengangkat kedua belah keningku. "You know... orang dah berkahwin, diorang—— you know——-" Raf tidak menghabiskan kata katanya. Aku menahan diri dari ketawa.
"Apa apa je lah. Saya penat.. nak tidur." Gumamku sebelum menarik selimut untuk membalut tubuhku. "Oh——okay." Raf memandangku, kekok. Aku menguntumkan senyuman sebelum memejamkan mata. Tidur dalam keadaan tidak selamat.
YOU ARE READING
Sayang Sangat ✔
RomanceDipaksa berkahwin atas perjanjian keluarga yang pernah dibuat suatu ketika dahulu. Siapa cakap orang yang jahat akan selamanya jadi jahat? Seperti belangkas.. dua pasangan yang dipaksa berkahwin..mahu berkepit setiap masa. 18sx