bab35

58.4K 908 37
                                    

Ara pov.

Seperti biasa... Raf akan keluar pada waktu malam.

Tak tahu apa yang Raf buat dibelakang aku.. tanya nanti bergaduh pula.

Aku terpaksa berdiam diri dan menunggu kepulangannya.

Aku terdengar air dicurahkan ke lantai..

Aku membuka mata dan menjeling jam di dinding. 5:30am.

Pintu bilik air terbuka. Aku berpura pura sedang nyenyak tidur..

Raf sekadar memandangku.. tidak jauh dari situ. Dia menghamparkan tikar sejadah.. hatiku berdegup kencang.

Raf... Raf solat?

Ya.. keajaiban apakah ini? Raf solat betul betul dihadapan mataku..

Aku terbayang bayang wajah Raf ketika aku mengajaknya solat bersama sama. Ada ke disuruhnya aku yang menjadi imam...

Raf memberi salam... diusap wajahnya sekali. Tangannya diangkat untuk membaca doa.

Raf membaca surah Al Fatihah dengan lancar dan jelas..

Raf menekup tangan ke mukanya, apa yang dia doakan tu? Air jernih mengalir dari matanya..

Aku menelan liur. Raf menangis... hatiku diruntun sayu. Raf menangis ketika berdoa.

Ingin sahaja aku bangun dari katil dan terus memeluknya..

Selesai mengaminkan doa.. Raf menyangkut tikar sejadah didalam almarinya.

Raf merebahkan badan disebelahku sambil memelukku erat dari belakang.

Tapi kenapa dia tak ajak aku solat sekali? Dia tahu kan.. aku ni isteri dia..

"I love you sayang." Bisik Raf sambil mengucup pipiku lembut. I love you more.....

Sunyi... aku membuka mata sambil memandang jam didinding. 10:57am. Aku mendengus marah. Mesti Raf sengaja tak kejutkan aku pagi ni!

Aku menarik kasar telefon diatas meja. WhatsApp dari Raf.

Raf:
- Sorry tak kejutkan sayang.
- Mesti tengah marah kan?
- Nak sayang berehat dekat rumah. Takut turun darah lagi.
- Nanti turun darah, abang juga yang risau 😢
- Abang buatkan pancake tadi, abang saja je cuba... yang bawah tu tak payah lah makan, hangus sikit 😅
- Lupa nak buang tadi sebab dah lewat.
- K jaga diri kat rumah, jangan rajin sangat nak keluar.
- Iloveyou sayang. Muah. Assalamualaikum 😘

Aku tersenyum sendirian.. walaikumsalam...

Selesai membersihkan badan, aku mencari pakaian yang sesuai untuk dipakai..

Telefonku berdering.. aku mengambil telefon dan menuruni anak tangga.

Adrian. Aku menjawab panggilannya.

"Ara.." panggilnya.. aku menelan liur. "Hi." Balasku sambil melabuhkan punggung diatas kerusi diruang makan.

Aku memandang pancake yang Raf maksudkan tadi sambil tersengih..

Hangus sikit apanya... ni dah macam negro dah...

"Awak tak datang?" Soalnya. "A'ah.. tak sihat sikit." Jawabku sambil menuang coklat keatas pancake..

"Raf pun tak datang, mesti dia tengah jaga awak kan?" Soalnya lagi.. jantungku berdegup kencang. "Ha?" Pancake yang berada didalam mulut terasa kelat.

"Er.. Raf takde ke kat situ?" Soalku lagi sambil menelan pancake yang berada didalam mulut..

"Saya ingat dia tak datang sebab jaga awak." Kata Ad... aku terdiam.

Raf masih Raf yang dulu ke? Raf tak menyesal langsung.. Raf takkan berubah, kan?

Aku mematikan talian dan mendail nombor Raf.

"Hi..." suara Raf.. "awak kat mana?" Soalku.. "on my way balik.." "awak ke mana?" Soalku lagi.. masih tak berpuas hati.

"Kolej." Balasnya, sepatah. Aku menelan air liur sambil mematikan talian.

Aku memejamkan mata dan membiarkan air mata jatuh ke pipi..

Raf menipu... tapi kenapa? Kenapa perlu menipu? Apa yang sedang dia sembunyikan dari aku?

Sayang Sangat ✔Where stories live. Discover now