Ara pov.
Raf terdiam.. rahangnya diketap. "Awak sayangkan Ija sampai sanggup berkongsi saya ke?" Soal Raf sambil tertawa sinis.
Keluhan yang panjang dilepaskan Raf. "Saya ingat awak sayangkan saya lebih dari apa pun. Rupanya awak lebih sayangkan kawan awak." Tambah Raf lagi. "Awak tak sayangkan saya..." "bukan! Saya sayangkan awak.. saya sayangkan Ija. Tapi Ija macam perlukan tempat untuk bergantung. Ija takkan boleh survive seorang diri." Gumamku. "Perempuan paling tak suka poligami.. saya cuba elak dari mencintai perempuan lain sebab taknak lukakan hati awak. Tapi awak.." Raf terdiam..
"Awak tak sayangkan saya." Kata Raf, perlahan.. "saya sayangkan awak.. sangat! Tapi saya sayangkan kawan saya juga." Aku mengerutkan kening.. menahan diri dari menangis.
"Awak tak sayangkan saya.. kalau awak sayangkan saya, awak takkan minta saya kahwin dengan dia." Raf menjelingku. "Mana ada. Saya——" "Bullshit.. kalau dah tak sayang tu, cakap je lah! Yang nak suruh kahwin dengan kawan baik sendiri tu kenapa!" Tengking Raf..
Aku terdiam. "Kalau nak berpoligami sangat, nanti aku cukupkan empat!" Tambah Raf lagi sambil menghentakkan tangannya kuat pada stereng kereta. Air mataku jatuh berjuraian.
Raf mematikan enjin.. tanpa membuka pintu untukku, dia terus meluru masuk ke dalam rumah. Marahnya Raf...
Aku melangkah masuk ke dalam rumah perlahan lahan. Nak naik ke bilik ke tak....
Salah aku juga tanya macam tu. Kalau jawapan Raf setuju tadi, aku juga yang sedih dan marah...
Aku beranikan diri melangkah masuk ke dalam bilik.. Raf sedang baring diatas katil. Tangannya diletakkan diatas dahi, sebelah lagi diletakkan di atas perut.
Aku turut merebahkan badan disebelahnya.. perlahan lahan aku menarik tangan Raf yang berada diperut untuk melilit badanku, tetapi tidak... Raf membiarkan tangannya berada dibawahku..
"Saya sayangkan awak.." bisikku sambil memeluk pinggangnya. Raf menarik tangannya dan berpaling ke arah lain. Air mataku menitis diatas bantal.. Raf dah bencikan aku.. bodohnya aku ni...
Aku lantas bangun dari katil dan terus menuju ke bilik air. Aku membasuh muka dengan air suam. Air mata masih berlinang dipipi.
Aku melangkah keluar dari bilik.. Raf sedang memejamkan mata diatas katil. Aku menghampirinya..
Melabuhkan punggung diatas katil disebelahnya..
"Saya minta maaf." Bisikku sambil mencium tangannya. "Saya tanya je... sebab saya kasihankan Ija. Tapi saya sayangkan awak.. saya sayangkan awak lebih dari apa pun, saya sayangkan awak lebih dari nyawa saya.." aku mengangkat wajah untuk memandang Raf..
Raf merenung bibirku, "saya sayangkan awak.. saya taknak berkongsi awak dengan orang lain, saya tak sanggup. Tapi saya kasihankan Ija.. tapi, taknak... sebab awak, saya punya. Saya punya sorang.." aku mengucup pipinya.. entah apa yang aku cuba sampaikan. Aku cuma takut kehilangan Raf.
"Awak akan selamanya jadi milik saya seorang. Saya takkan tanya lagi soalan tadi, kalau jawapan awak nak... saya tak benarkan, sebab awak.. awak saya punya." Air mataku jatuh dipipinya..
Raf kembali memejamkan matanya.. saya minta maaf.. cakap dengan saya, please.." rayuku sambil memegang tangannya. Raf masih mendiamkan diri.
Aku mengusap pipinya dengan menggunakan ibu jari.. "saya taknak kehilangan awak." Kataku sebelum bangun dari situ dan melangkah keluar dari bilik.
YOU ARE READING
Sayang Sangat ✔
RomanceDipaksa berkahwin atas perjanjian keluarga yang pernah dibuat suatu ketika dahulu. Siapa cakap orang yang jahat akan selamanya jadi jahat? Seperti belangkas.. dua pasangan yang dipaksa berkahwin..mahu berkepit setiap masa. 18sx