bab68

48.4K 859 37
                                        

Ara pov.

Aku memimpin Raf masuk ke dalam bilik selepas Zack dan Sya pulang..

Perasaan serba salah terhadap Ija masih tak hilang.. baru kahwin, tiba tiba jadi macam ni pula..

"Awak fikir apa tu sayang?" Soal Raf sambil membetulkan kedudukannya diatas katil.

"Pasal Ija.." aku menggigit bibir. Raf mengangkat kening. "Suami dia gila, nak buat macam mana." Balas Raf, acuh tak acuh.

Dia yang jodohkan diorang... lepas tu dia cakap macam tu pula. Amboi...

"Lagi pun rumah tu jadi milik Ija kan. Siapa yang bertuah sekarang?" Raf tersengih. Ada betulnya juga.. rumah yang dimiliki Ad kini menjadi milik Ija.

"Nasib baik Ad tak ada buat apa apa dekat sayang kan.." kata Raf sambil merenung leherku.. "kecuali lebam kat leher tu.." Raf menarik muka.

"Tu sepatutnya tempat saya.. bukan dia. Suka hati dia je ambil tempat kegemaran orang." Raf menyilang jari kami.

Aku tertawa kecil. "Tapi kan.. dia cakap saya bodoh. Hm... bodoh ke saya?" Sengaja aku ingin mengada ngada.

"Isy! Mana ada isteri abang bodoh.." Raf menggelengkan kepalanya.

Raf menguntumkan senyuman sebelum menarik aku ke pelukannya.. Raf mengerang kesakitan. Aku melepaskan pelukannya. "Sakit.." Raf memegang belakangnya sambil ketawa.

"Okay.. maybe next time." Raf mendengus marah.

"Saya kan ada dengan awak setiap masa." Kataku sambil mengusap kepalanya.

"Awak takkan tinggalkan saya lagi?" Soal Raf sambil mengusap perutku.. aku tersenyum sambil menggeleng. Raf mendekatkan wajahnya denganku..

Bibirnya menyentuh bibirku perlahan lahan.. "mine.." bisik Raf.

"Yours.."
_________________________

"Assalamualaikum.." pintu diketuk beberapa kali. Siapa lah.. kenapa tak tekan loceng je.

Aku memandang Raf. "Sifu saya kot.." kata Raf sambil tersengih. Sifu?

Aku memimpin Raf menuruni anak tangga. Aku membukakan pintu.. "Assalamualaikum.." "walaikumsalam.." balas aku dan Raf serentak. "Adam Rafael.." lelaki yang berkupiah putih dan berjubah putih memandang aku dan Raf silih berganti sambil tersenyum.

"Masuk lah ustaz.." pinta Raf sambil bersalaman dan berpelukan dengan lelaki dihadapan kami.

"Saya buatkan ai-" "eh.. saya buatkan." Aku memotong cakap Raf. Raf menjegilkan matanya.

"Saya buatkan lah." Kataku sambil menjeling Raf. "Awak duduk.." pinta Raf. "Saya duduk dengan sifu awak.. saya nak sembang apa?" Aku mencebik. Raf tertawa kecil.

"Yelah.. hati hati." Pesan Raf sambil mengusap belakangku. Buat air je pun. Hati hati apanya?

Aku membawa dulang yang mempunyai dua cawan berisi air kopi ke arah mereka.

"Macam mana? Adam rasa okay sikit?" Soal lelaki berpakaian putih itu. "Okay banyak dah ni.." Raf dan lelaki itu ketawa..

Adam.. macam pelik je orang panggil Raf, Adam.

Aku meletakkan dulang diatas meja dihadapan mereka. Entah sejak bila Raf berkawan dengan ustaz?

"Ustaz.. ni kenalkan.. isteri saya, Ara." Raf memperkenalkan aku. Aku menghulurkan senyuman kepada ustaz dihadapanku.

Dia membalas senyumanku kemudian memandang Raf.. "patut lah Adam beria sangat nak saya ajar Adam.. isteri dia cantik." Ustaz dihadapanku mengusik.

Aku mengedipkan mata beberapa kali. "Ara.. kamu lah wanita yang paling beruntung sekali. Adam dah ceritakan tentang masa lalunya sehingga dia berkenalan dengan kamu." Aku memandang Raf yang mukanya sudah pun berubah warna.

Aku mengerutkan dahi, tak faham. "Eh.. Ara tak tahu ke?" Soal ustaz disebelah Raf. Aku menggeleng.

"Tak payah lah ustaz..." Raf tergaru garu kepalanya sambil memandangku.

"Saya kawan Raf, kawan yang dimintanya untuk dipimpin ke akhirat." Ustaz disebelahnya menepuk lutut Raf.

"Setiap malam.. dia akan datang berjumpa saya, merayu pada saya... supaya ajarkan dia perihal agama." Ustaz dihadapanku membuka cerita.

"Katanya.. dia taknak jodoh dia dengan kamu... setakat itu sahaja." Tambahnya lagi. Aku masih fokus mendengar setiap ayat yang keluar dari mulutnya.

"Kamu wanita paling bertuah.. dapat mengubah seorang lelaki yang dulunya hidup dalam maksiat.. kini kembali kepada jalan Allah hanya untuk menjadi suami yang baik untuk kamu."

Entah kenapa Raf tak bagitahu... tapi yang pasti, aku terharu.. sebab aku?

Selesai menceritakan tentang diri Raf.. ustaz disebelahnya membaca sesuatu didalam gelas berisi air kosong untuk Raf minum..

Raf bersalaman dan berpelukan dengan ustaz sebelum ustaz yang dikenali sebagai Aiman tu pulang..

Raf memandangku sambil tersengih. Aku memeluknya.. erat. "Saya sayang awak.. sangat!" Aku tertawa kecil sambil mengucup lehernya.

"Saya sayang awak lebih." Bisik Raf sambil mengeratkan lagi pelukan kami.

Sayang Sangat ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang