bab34

62.9K 939 18
                                    

Ara pov.

Raf membawa aku pulang ke rumah mamanya.

Pintu diketuk beberapa kali..

Mama Hanis membukakan pintu. Aku dan Raf bersalaman dengan mama Hanis sebelum melangkah masuk.

"Rindunya dekat mama." Raf memeluk ibunya. "Dah tahu rindu, tak reti nak balik jenguk ke?" Mama Hanis memerli sambil tersengih.

"Raf sibuk sikit..." balas Raf sambil memandangku.

"Hm.. yelah sibuk. Duduk lah dulu, mama buatkan air." Kata mama sambil mengambil kek butter yang dibeli Raf dalam perjalanan ke sini tadi.

Raf melabuhkan punggung disebelahku.. tangannya diletakkan diatas pehaku.

"Mama nak pindah ke apa?" Soalku sambil memandang sekeliling, mama seperti sedang mengubah perabotnya.

"Tak kot. Mama memang suka mengubah perabot bila takde kerja lain." Raf tersengih.

____________________

Telefon Raf berdering, Raf meminta izin untuk keluar.. aku sekadar mengangguk.

"Raf layan Ara dengan baik ke?" Soal mama. "Baik je mama." Aku tersenyum sambil memandang Raf yang sedang bersembang diluar.. agak jauh dari sini.

"Bagus lah macam tu, mama takut sangat kalau dia naikkan tangan dekat Ara." Mama menggelengkan kepala. "Raf tak pernah buat macam tu pun." Aku memegang tangan mama sambil tersenyum.

"Eh, Ara boleh tolong mama angkat kotak ke atas tak?" Soal mama sambil memandangku.

Aku sekadar mengangguk. Aku mengambil sekotak yang agak berat dan mengangkatnya naik ke atas..

"Nak letak kat mana?" Soalku kepada mama yang sedang mengangkat kotak yang satu lagi.

"Sini dulu." Kata mama.. aku hanya menurutinya sahaja.

Aku melangkah turun dari situ. Wajah Raf yang tadi sedang tersenyum kini berubah. "Sayang!" Raf merapati aku. "Kenapa ni?!" Soalnya, suara Raf sedikit meninggi.

Aku menelan liur. Kenapa apa? "Ha?" Aku masih tidak faham.

"Awak... berdarah!" Suara Raf  yang tadinya meninggi kini kedengaran risau.

Aku memandang ke bawah, seluar berwarna kelabuku kini berubah menjadi hitam kemerahan.

"Ya Allah.." kata mama dari belakang.

Raf menarikku masuk ke dalam bilik air, dicucinya darah dipehaku..

Selesai membersihkan diri, aku menukar seluar lain. "Saya bawa awak ke klinik." Kata Raf sambil memegang tanganku. "Mama tak tahu Ara mengandung." Mama menekup mulutnya.

Raf hanya mendiamkan diri. "Tak apa.." kata aku sebelum melangkah keluar dari rumah.

Di dalam kereta aku lah yang kena bebel.. "kenapa tak panggil abang suruh angkatkan?" Soal Raf, masih dingin.

"Awak sibuk.. lagi pun, angkat sikit je." Balasku, perlahan. "Sikit lah sampai berdarah macam ni." Raf menunjuk ke arah pehaku.

Sesampai kami ke klinik, Raf membaringkan aku diatas katil..

Doktor memeriksa kandunganku yang sudah pun berusia sebulan..

"Tak ada apa.. cuma turun darah. Jangan angkat benda berat lagi, bahaya untuk kandungan." Pesan doktor. Raf memandangku tajam.

"Dah tahu diri tu mengandung, tak payah lah angkat benda berat!" Tempik Raf semasa dalam perjalanan pulang ke rumah..

Mungkin kerana mengandung, aku menjadi lebih cepat sentap.. air mata ditubir mata aku seka, aku langsung tidak memandang Raf..

Tanganku dipegang. Aku menepis.. "I'm sorry. Saya sayangkan awak.. saya sayangkan baby kita." Raf mengusap pehaku. Aku hanya berdiam diri..

Raf membukakan pintu rumah.. aku melangkah masuk tanpa berkata apa apa.

"Sayang... saya minta maaf." Raf terus memelukku dari belakang. "Lepas lah!" Marahku sambil cuba melepaskan diri dari pelukan Raf.

"Taknak.. maafkan saya dulu." Bisik Raf. Aku sekadar mengangguk.

"Apa angguk angguk?" Soal Raf sambil meletakkan dagunya dibahuku..

"Ya, saya maafkan." Balasku acuh tak acuh.

"Langsung tak ikhlas." Balas Raf sambil mengucup lama pipiku.

Aku diangkat Raf.. "turunkan!" Aku memandangnya.. "taknak.." Raf tersengih dan melangkah naik ke atas tangga. "Maafkan saya dulu.." kata Raf, pintu ditutup dengan kakinya, tangannya masih memegang badanku erat.

Raf meletakkan aku diatas sofa sebelum dia melutut dibawah, memegang tanganku. "Maaf lah. Ya?" Pujuknya. Aku memandang Raf sebelum memeluk tubuh, "taknak." Memuncungkan bibir.

Sayang Sangat ✔Where stories live. Discover now