bab22

76K 1K 52
                                    

Ara pov.

"Good morning, sayang." Tegur satu suara ketika aku membukakan mata.

Ya tuhan.. jantungku berdegup laju.. terkejut.

"Dah makan?" Soal Raf sambil meletakkan sekotak pizza diatas meja dihadapanku. "Mana mama?" Soalku tanpa menjawab soalannya.

"Mama sibuk. Mama nak abang yang datang sini. Tak apa kan sayang?" Raf melabuhkan punggung diatas kerusi.

"Ni saya bawakan berus gigi dengan pencuci muka awak. Mesti awak nak guna benda ni kan?" Aku mengambil berus gigi dan pencuci mukaku dari tangannya.

Perlahan lahan aku cuba turun dari katil.. aku memijak lantai. Kepalaku berpusing pusing.. aku memegang kepalaku.. "sayang, saya tolong eh?" Raf memegang bahuku.

"Don't touch me!" Aku menolak Raf jauh dariku sedikit. Raf terdiam.. aku masuk ke dalam bilik air dan menguncikan diri didalam. "Sayang, I'll be here if you need me." Kata Raf dari luar.

Aku memandang pantulanku didalam cermin. Bibir yang kering dan pucat dengan kepala yang dibalut rapi.

Selesai mencuci muka dan menggosok gigi.. aku berjalan keluar dari bilik air.. "sayang." Raf memimpinku.. aku tetap menolaknya lagi.

Tetapi Raf masih berkeras.. aku cuba untuk naik ke atas katil kembali tetapi kaki aku terasa sengal. "Itu lah, pendek sangat. Kecik kecik dulu taknak makan sayur.." Bebel Raf sambil mengangkatku naik ke atas katil.

Aku mencebik. "Orang tolong bukannya nak berterima kasih, buat muka lagi ada lah." Tambah Raf lagi. "Terima kasih. Awak dah boleh balik sekarang." Aku tersenyum. Senyuman yang dibuat buat.

"Kenapa nak balik? Saya kat sini untuk teman isteri saya." Raf kembali duduk disisiku.

"Makan. Saya belikan makanan kegemaran awak. Sosej dengan ayam kan? Ke awak nak sosej lain?" Raf menguntumkan senyuman. Aku menghiraukannya.

Raf meletakkan kotak pizza tadi diatas pehaku. "Makan." Raf membuka kotak pizza.. aku terasa mual.. "taknak. Saya tak lapar." Gumamku sambil cuba untuk menahan diri dari memuntahkan sisa sisa semalam.

"Uwekk!" Aku masih menahan diri sambil menutup mulut. Cepat cepat Raf menghulurkan plastik yang tadinya berisi pizza kepadaku.

"Uwekkk!" Aku meluahkan isi isi makanan semalam didalam plastik. Raf menepuk perlahan belakangku. "Kenapa ni?!" Suara Raf kedengaran seperti risau.

"Sayang okay ke tak?" Soal Raf.. ya wajahnya jelas kelihatan risau. Selesai memuntahkan segala isi perutku semalam. Raf pergi mendapatkan doktor. Plastik ditangan aku mencampakkan ke dalam tong sampah dibawah.

Doktor datang ke arahku. "Dah makan?" Soal doktor.. aku menggelengkan kepala. "Masuk angin kot.." doktor menduga. "Sekejap ya.." doktor berjalan keluar dari langsir dan datang kembali bersama beberapa orang jururawat. Mereka memeriksa setiap tubuh badanku.

Mereka bertiga berbincang sebelum memandangku. "Ara, awak mengandung. Baru masuk dua minggu. Congrats."

Jantungku berdegup kencang. Tak mungkin! Langsir dibuka... mereka berlalu pergi meninggalkan aku sendirian yang terkaku mendengar berita yang mengejutkan itu. Apa aku nak buat ni?

Raf datang ke arahku. Semakin benci pula aku jadinya.. nafasku menjadi berat. "Doktor cakap apa tadi?" Soalnya sambil memandangku.. "none of your business." Jawabku tanpa memandangnya. Nafasku masih tidak kembali normal.

Sungguh aku takut. Aku taknak hamil pada usia sebegini, aku taknak hamilkan anak kepada lelaki dihadapanku ni! Taknak!

"Makan dulu ye.." Raf mengambil sepotong pizza dari dalam kotak dan membawa ke mulutku. "Taknak." Aku menepis tangannya..

"Ara, jangan melawan." Raf cuba memegang tanganku. Laju sahaja aku menepis sehingga pizza terjatuh diatas lantai. "Saya cakap taknak! Kenapa susah sangat nak faham?!" Nafasku turun naik.

Raf mengambil sekotak pizza diatas pehaku lalu dicampaknya semua ke bawah lantai.

"Saya datang balik lepas ni." Kata Raf sambil mengutip pizza yang kotor lalu dicampak ke dalam tong sampah. "Tak payah!" Aku mendengus, geram. Pintu ditutup kuat.

Aku memejamkan mata... menahan diri dari menangis.

Sayang Sangat ✔Where stories live. Discover now