bab13

91.8K 1.1K 12
                                    

Ara pov.

Aku membantu Raf memasukkan bag pakaian kami masuk ke dalam kereta.

"Awak tu pergi duduk diam diam dalam kereta. Saya lelaki, saya boleh buat sendiri." Egonya. Aku memandangnya sekilas sebelum masuk ke dalam kereta.

Sepanjang perjalanan kami, Raf hanya mendiamkan diri... begitu juga aku.

Telefonku bergetar. Aku memandang Raf dengan ekor mata sebelum menarik keluar telefonku. "Siapa?" Soalnya tanpa memandangku.

Aku membaca nama di skrin telefon. Sya dan Ad. "Sya.." jawabku, perlahan. "Lagi? Dia sorang je ke?" Soal Raf, seolah olah tahu aku sedang menyembunyikan sesuatu darinya.

"Ad." Balasku, pendek. "Awak. Tolong lah...." Raf menekan minyak dengan kuat. "Raf! Apa ni? Perlahan lah sikit!" Jeritku, aku memegang bahu Raf.. takut kalau terjadi apa apa.

"Awak sayangkan saya ke tak ni?!" Raf menengking. Jantungku berdegup semakin laju. "Sayang!" Jeritku. "Kalau sayang kenapa buat saya macam ni? Kita dah berjanji kan?!" Raf menengkingku lagi.

"Awak perlahankan kereta ni. Saya janji saya akan jauhkan diri dari Ad!" Aku memejamkan mata....

"Janji?" Suara Raf semakin tenang... siapa yang psycho ni? Aku ke? Atau Ad? Atau Raf?

"Janji..." jawabku sebelum Raf melepaskan minyak sedikit demi sedikit. Aku menghela nafas lega.

Dan Raf pun mula bercakap dengan aku seperti tiada apa apa yang terjadi antara kami sebelum ni.

Mudahnya....

__________________

Sampai sahaja di kampung Raf.. tepat pada pukul 11 malam. Raf membukakan pintu untukku.

Aku berjalan keluar dari perut kereta. Raf sudah pun mengambil bag pakaian kami.

"Assalamualaikum! Maktok!" Raf mengetuk pintu rumah dihadapan kami.

"Waalaikumsalam..." jawab satu suara wanita tua.. pintu dibuka. Wanita tua memandang Raf dan aku silih berganti.

"Rafael..." katanya sambil tersenyum. "Maktok." Panggil Raf ketika bersalaman dengan maktoknya.

"Ni siapa ni?" Soal maktok sambil memandangku. "Ni Ara. Isteri Raf. Cantik kan?" Raf tersenyum mesra.

"Bila kamu kahwinnya? Tak bagitahu maktok pun!" Maktok menjeling, mungkin merajuk.

"Ala, ni untuk minta maaf..Raf bawa dia tidur rumah maktok terus! Nanti maktok ada juga lah kawan nak bersembang." Raf merangkul pinggangku.

Maktok hanya menjeling tangannya. "Yang kamu peluk bini kamu tu kenapa? Sini, masuk." Pinta maktok sambil memimpin tanganku macam orang sakit.

Aku memandang Raf yang hanya mengangguk. Aku mengikut maktok sahaja.

"Ara nak tidur dengan maktok ke-" "eh! Isteri Raf kena tidur dengan Raf lah. Kenapa kena tidur dengan maktok pula?" Raf memuncungkan bibirnya. Aku tertawa kecil melihat perangainya seperti budak kecil dihadapan maktok.

"Isy! Tak pernah berubah si Rafael ni." Marah maktok sambil tersengih.

"Tidur lah dulu... esok kita sembang ya Sara? Fara?" Maktok cuba meneka namaku. Mungkin sudah terlupa. "Apa pula Sara, Fara.. maktok ni. Ara lah.." Raf menyebut namaku berulang kali diikuti maktok.

Namaku diucap banyak kali... aku tak kisah, sebab Rafael yang menyebutnya.. dan namaku terasa seperti selamat dibibirnya.

"Yelah.. Ara tidur dulu. Esok kita sembang, ya? Mesti Ara letih sangat kan?" Soal maktok sambil tersenyum. "Tak-" "mesti lah sayang mengantuk. Dah, jom tidur." Raf memotong cakapku. Aku memberinya jelingan tajam. Raf tersengih sambil menarik tanganku masuk ke dalam bilik.

"Ni bilik abang masa dulu dulu.." kata Raf sambil meletakkan bag pakaian kami diatas lantai. "Dulu dulu tu masa umur berapa?" Soalku sambil memandang kearahnya.

"Alah.. masa darjah 5 atau 6 macam tu lah. Tak letih ke?" Soal Raf sambil membuka butang bajunya.. aku hanya memerhati jarinya bergerak.

"Letih lah... ingat saya robot ke tak tahu letih?" Aku melabuhkan punggung dibirai katil. Raf tersenyum... "laa, ingat robot dah tadi. Nasib baik bagitahu awal awal." Raf menghadap kearahku... perlahan lahan dia membongkokkan badan untuk merapatiku..

Raf mendekatkan wajahnya denganku, dan aku langsung tidak berganjak.

"Never thought I would end up marrying and loving the girl yang abang terpanggil dia bro... bila kali pertama nampak dia." Bisiknya sambil tersenyum.

Aku merebahkan badan sebelum Raf baring disisiku. "Mengantuk tak?" Soal Raf. "Sangat sangat." Jawabku sambil menguntumkan senyuman.

"Kita tidur dulu eh?" Pinta Raf. Aku hanya mengangguk.

Raf menarik tanganku pada perut untuk melingkari jari kami bersama.. "Goodnight." Raf mengucup dahiku sebelum aku memejamkan mata...

Sayang Sangat ✔Where stories live. Discover now