Ara pov.
Selesai menidurkan Kisha dan Mikha.. aku melangkah keluar dari bilik mereka..
"Dah tidur dah?" Soal Raf sambil melipat sejadah.. aku mengangguk sambil melabuhkan punggung diatas katil. "Sekarang, giliran sayang tidurkan abang pula." Bisik Raf sambil mendekatiku. Aku tertawa kecil sambil memegang tangannya.
"Boleh?" Soalnya.. "my pleasure.." aku mengenyitkan mata. Belum sempat Raf memelukku...
Tangisan bayi. Mikha. Aku menolak Raf ketepi supaya aku dapat bangun untuk melihat anak anak.
Aku membukakan pintu bilik Mikha dan Kisha..
Kisha masih tidur macam tiada gangguan. Bahuku dipegang. Aku menoleh ke belakang, Raf. Raf mengangkat Mikha dari atas katil. "Mikha nak susu ke?" Soal Raf sambil memegang pipi Mikha.
Aku mengambil Mikha dari pelukan Raf dan membawanya masuk ke dalam bilik tidur kami.
Bajuku diangkat hingga paras paras leher untuk menyusu Mikha.. "tu asalnya daddy punya.. tapi sekarang Mikha dah ambil." Raf memegang pipi Mikha. Aku tersengih sambil merenung Raf yang sedang mengalih tangan Mikha dari dadaku. "Apa ni.. pegang yang daddy punya."
"Sayang?" Soal Raf sambil memegang perutku.. "mhm?" Aku membuka mata sedikit. "Dah tidur ke?" Soal Raf. "Hampir.." aku tertawa kecil.
"Nak abang masukkan Mikha dalam bilik dia ke?" Soal Raf. "Tak payah lah.." jawabku.. "kalau abang rajin sangat, abang bawakan Kisha ke sini." Tambahku sambil menepuk dada Raf yang mengeluh panjang.
Keluhan yang besar dilepaskan Raf sebelum melangkah keluar dari bilik. Aku tertawa kecil sambil mengusap kepala Mikha yang tidur diatas lenganku.
Raf membawa masuk Kisha ke dalam. Aku memerhatikan Raf meletakkan Kisha disebelah Mikha..
"Semakin jauh pula jarak kita." Raf tertawa kecil. "Tapi kita masih bersama." Bisikku. "Bila nak besar ni..." Raf memegang tanganku.
"Nanti awak pula yang rindu diorang." "Saya lagi rindu mommy diorang." Raf mengucup tanganku.
________________________
"Sayang.. Ija datang.." aku bergegas turun ke bawah.. Ija tersenyum sambil memandangku. "Untuk korang. Datang tau." Ija menghulurkan aku kad berwarna peach.
Aku membaca nama yang tertera.. Ija dan Hafiz???
"Wait! Who?" Soalku sambil memandangnya yang sedang tersengih sambil mengangguk.
"Businessman! Kau wajib hadir!" Ija mencuit hidung aku. "In shaa Allah." Aku tersenyum sambil mengangguk.
"Seronok lah kau kahwin tiga kali.." usikku sambil mencuit perutnya. Ija meletuskan tawa. "Jangan gatal sangat, suami awak ada lagi ni.." Raf mencelah entah dari mana, ada je dia..
Aku tertawa kecil. "Mana kembar?" Soal Ija sambil menjenguk ke dalam rumah. "Ada tu, tadi main dengan daddy diorang. Eh, masuk lah.." aku mempelawa. "Alah! Hari ni busy sikit.. lain kali aku datang sini lagi, okay?" Ija memegang tanganku.
Aku mengangguk sambil tersenyum. "Aku pergi dulu.. assalamualaikum." Kami bersalaman. "Walaikumsalam.." balasku sambil mengucup pipinya.
Aku melabuhkan punggung disebelah Raf. Kepalanya diletakkan diatas bahuku.. "nak kahwin lain ke?" Soal Raf. "Boleh ke?" "Kalau saya... boleh lah." Raf tersengih.
Aku mencubit pehanya. "Tak boleh." Aku mendengus. Kisha merengek mahukan susu.. "daddy punya lah.." Raf memelukku dari tepi..
Aku tertawa kecil sambil mengangkat Kisha ke pangkuanku.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sayang Sangat ✔
RomanceDipaksa berkahwin atas perjanjian keluarga yang pernah dibuat suatu ketika dahulu. Siapa cakap orang yang jahat akan selamanya jadi jahat? Seperti belangkas.. dua pasangan yang dipaksa berkahwin..mahu berkepit setiap masa. 18sx