Ara pov.
"Habis lah Ara.. lepas ni orang cakap awak perampas ex." Zack mengusik.. "itu lah." Gumamku sebelum mengetap bibir. "Ex je pun." Sya menggelengkan kepalanya.
"Ara!" Suara Ad.. dia berlari masuk ke dalam kelas. Aku memandang Raf yang sedang mengetap rahang.
"You okay?" Soal Ad sambil memegang pipiku.. fuck, I'm dead... goodbye world.
"Ah.. ya, saya okay." Aku menggaru kepala yang tidak gatal. "Ni drama tv berapa pula ni?" Soal Zack, diikuti ketawa kecilnya.
"Kenapa tak cakap yang perempuan tu ganggu awak?" Soalnya lagi, mengusap lembut kepalaku..
"Tak apa.. saya okay kan. Lagi pun Raf yang tolong saya tadi." Aku memandang Raf yang masih memandang kami. Baru semalam kami berbaik. Hari ini Ad sentuh aku di hadapan suami aku.
"Tapi saya takde kat sini tadi untuk selamatkan awak." Ad cuba menarik tanganku.
Oh my God! "Dah habis ke?" Raf mula bersuara.. aku memandang Raf. "Hormat lah sikit orang lain kat sini." Raf menjeling ke arah Ad.
"Adrian?" Suara Wani.. Wani meluru masuk ke dalam kelas dan terus menerpa ke arah Ad yang sedang memegang lenganku.
"Sekali lagi you sentuh Ara.. I takkan maafkan you!" Tengking Ad tanpa memandangnya.
"Tapi... I tak sentuh dia sikit pun." "Ni warning dari I!" Ad mengetap rahang
"Kau.. dengan ex kau, boleh keluar dari sini. Serabut." Mata Raf masih melekat padaku.
Aku perlahan lahan cuba melepaskan diri dari Ad.. "kau boleh diam tak?!" Tempik Ad kembali sambil melepaskan aku dan memandang ke arah Raf.
"Kau pergi sekarang!" Raf berdiri menghadap Ad sambil menengking Ad yang sedang memandangnya dengan tajam.
"Enough! Tak malu ke?" Aku berdiri diantara mereka. "Awak tu, diam!" Raf menuding jari kearahku. "No! Awak tu yang diam!" Aku menuding jari kembali kearahnya.
"Korang berdua boleh pergi mampus bersama." Kata Raf sambil melangkah keluar dari kelas.
Jantungku berdegup kencang.
"Leave her!" Wani pula masuk campur. "Orang yang I tinggal adalah you.. bukan dia." Kata Ad sebelum memaut erat pinggangku.
Raf pov.
"Bodoh! Perempuan murahan!" Makiku sendirian didalam toilet.. "Kenapa perempuan macam kau yang jadi isteri aku?" Aku menumbuk dinding sekuat hati.
Bila aku dah mula sayangkan kau... macam ni pula yang kau buat. Bodoh... lelaki tu pun bangang juga, cari lah yang lain... yang nakkan isteri aku tu juga, kenapa?!
___________________
Aku berjalan masuk ke dalam rumah. Sepi.. mungkin Ara tengah sedap sedap dekat luar sana dengan Ad.
Aku terdengar esakan dibilik tidur utama. Takkan lah Ara...?
Cepat cepat aku berlari masuk ke dalam bilik.. Ara mengangkat wajahnya yang dibasahi air mata dan memandangku.. terasa sayu pula hati ni memandang isteri sendiri jadi macam tu.
Ara perlahan lahan bangun dan bergerak ke arahku.. dia memelukku, merehatkan kepalanya didadaku. Aku memeluknya sambil mengucup lembut ubun ubunnya. "S- sa- saya.. m-minta ma-ma-maaf..." kata Ara sambil mengambil nafasnya yang tersekat dikerongkong.
Aku memegang dagunya, mengangkat wajahnya untuk ditatap.. Ara tidak memandang mataku. Bibir dan hidungnya sudah pun menjadi merah macam tomato..
"Abang pun minta maaf." Bisikku sebelum membongkokkan badan sedikit sambil merapatkan dahiku dengan dahinya. "Abang tahu.. bukan salah sayang. Tapi, Adrian tu.. menyakitkan hati." Aku tersenyum tawar...
Ara memegang kedua dua belah pipiku... bibirnya mengelus lembut bibirku.
Hanya satu kucupan ringkas. "Saya sayangkan awak." Bisiknya sebelum memelukku lebih erat. "Saya pun sayangkan awak." Aku mengucup dahinya sambil membalas pelukannya.
__________________
Ara pov.
Selesai makan spaghetti yang dibeli Raf... aku mencuci pinggan dan cawan yang kami gunakan.
"Sayang tak mengantuk ke?" Raf memelukku dari belakang. "Belum." Gumamku. "Awak tidur lah dulu.." tambahku lagi sambil menggelengkan kepala untuk mengelak dari disentuh Raf..
"Nak tidur dengan awak.." bisik Raf... sambil mencium telingaku.
Aku berpusing ke belakang untuk memandangnya ke arahnya.. melilit lenganku dilehernya.
"Lepas awak tidur." Aku mengenyitkan mata sebelum kembali berpusing untuk sambung membersihkan pinggan yang kotor."
Raf mengucup leherku, meninggalkan kesan gigitan pada leherku sebelum aku menolaknya. Raf ketawa seperti kanak kanak kecil.. "ni.. untuk semua orang tahu yang sayang tu abang punya. Kalau orang tu masih buta, tak tahu lah nak cakap apa." Katanya sambil tersengih. Aku menyentuh tempat yang diganggu Raf..
"Oh, terima kasih banyak banyak.." aku menguntumkan senyuman sebelum menjeling lehernya dan menerkam leher jinjangnya. Raf ketawa sebelum menolakku lembut.
"Ni.. supaya orang lain dah takde tempat nak cium awak.. sebab leher ni, saya punya." Aku memandangnya, Raf tergelak kecil.
"Next week.. kita balik kampung abang eh?" Pintanya sambil memegang tanganku.
"Dekat mana?" Soalku kembali.. "Dekat kampung lah. Hisy! Apa ni kampung suami sendiri pun tak tahu ke?" Raf menarik muncung.
"Awak yang tak cerita. Jangan salahkan orang eh." Aku mencebik sebelum Raf menarik aku masuk ke dalam bilik tidur. Kami merebahkan badan diatas katil sambil memandang satu sama lain.
"Abang masih tertanya tanya.." katanya mengelus lembut pipiku.
Aku memandangnya... jantungku berdegup laju. Tertanya tanya apa pula dia ni?!
Aku memegang tangannya pada pipiku. "Tertanya tanya.. tentang apa?" Aku beranikan diri sambil menurunkan tangannya dari menyentuh pipiku.
"Apa rasanya bila sayang keluar dari syurga?" Soalnya sambil tersenyum.
Geli. "Hm... chia chia tak?" Soalku dengan muka ketat. Raf ketawa besar sambil menarik selimut untuk menutup separuh tubuh kami.
"I love you!" Jeritnya sambil mencium lembut dahiku.
Aku memuncungkan bibir... Raf menyentuh bibirku dengan ibu jarinya..
Hisy! Raf ni! Kiss lah! "Tak mengantuk ke?" Soal Raf. "Mengantuk lah!" Aku mendengus. "Jangan lah marah. Tidur je lah.." Raf mengusap lembut rambutku. Aku mencebik, nak tidur lah ni!
YOU ARE READING
Sayang Sangat ✔
RomanceDipaksa berkahwin atas perjanjian keluarga yang pernah dibuat suatu ketika dahulu. Siapa cakap orang yang jahat akan selamanya jadi jahat? Seperti belangkas.. dua pasangan yang dipaksa berkahwin..mahu berkepit setiap masa. 18sx