Ara pov.
"Open the door!" Teriak Raf dari luar. Aku mendiamkan diri... "sayang!" "I'm not your sayang!" Jeritku dari dalam..
"Buka pintu ni Ara..." suara Raf kembali perlahan. "Taknak! Kenapa awak nak kisah?!" Marahku sambil mengesat hidung menggunakan tangan.
"Sebab saya sayangkan awak." Raf masih mengetuk pintu. "Tak.. awak tak sayangkan saya.." aku duduk diatas lantai dan merapatkan lutut ke dada.
"Awak tak sayangkan saya!" Ulangku lagi. "Demi Allah.. saya sayangkan awak, Ara..." aku menggelengkan kepala. Tak... awak tak sayangkan saya! Awak tak...
"Buka pintu ni sayang.." pujuk Raf. Aku mendiamkan diri. Kepala aku benam diantara lutut dan dada..
Pintu ditolak kuat. Aku memejamkan mata serapat yang mungkin.
"Sayang!" Jerit Raf. Aku mengangkat muka untuk memandangnya.. Raf melangkah masuk ke dalam dan menghampiriku.
Raf memegang lenganku yang dipenuhi cecair berwarna merah. "Ya Allah sayang..." Raf melagakan dahi kami. "Apa awak buat ni?!" Teriak Raf. Air matanya jatuh diatas lenganku.
Aku membatukan diri.. Raf mengangkatku bangun dari situ dan membasuh darah ditanganku disinki kemudian Raf memimpinku ke katil.
Raf mengesat air matanya menggunakan tangan.. aku sekadar memerhatinya.
Raf membuka pintu almari, dicapainya peti kecemasan..
"Sini... saya tengok." Pinta Raf sambil menarik tanganku. "Jangan kahwin dengan Ija, please..." rayuku. Memalukan sebab aku pernah bertanya Raf tentang berkahwin dengan Ija.. tapi sekarang aku minta dia supaya tak berkahwin pula.
Raf terdiam.. dia mencuci lukaku sebelum membalutnya. "Dah siap.." Raf mengusap kain pembalut yang kemas ditanganku sebelum berpaling ke belakang.
Aku menarik tangannya. "Jangan kahwin dengan Ija. Please!" Rayuku sambil memeluk tangannya. Air mata ku biarkan gugur.. dah tak kisah lagi.
"Sayang.." panggilnya.. aku menelan liur sambil mengangkat wajah. "Lepas." Kata Raf tanpa memandangku. Aku menggelengkan kepala.
"Taknak! Saya tak benarkan awak berkahwin dengan Ija!" Teriakku. Raf menarik keluar tangannya dari pelukanku.
Aku tersendu. "Maaf.." kata Raf sebelum meninggalkan aku menangis sendirian didalam bilik.
Mungkin sekarang Ija sedang seronok mencari gaun pengantinnya... aku tersenyum hambar.
Kalau lah aku boleh putarkan masa, aku takkan larikan diri dari Raf dan tinggal dirumah Ija..
___________________________
"Ara..." pintu diketuk, suara Ija diluar. "Ya?" Jawabku, menahan sendu.
"Turun makan.." "dah kenyang." Aku mengesat air mata menggunakan tangan. "Kau tak makan apa pun dari siang tadi, turun makan.." pujuk Ija lagi.
"Taknak.." jawabku sambil menyembamkan muka diatas bantal. "Turun makan. Tak kesian dekat aku ke? Penat masak.." Ija merajuk. Kesian? Kau yang patut kesian dekat aku..
"Aku cakap taknak!" Jeritku.. Ija terdiam seketika.. "er.. aku hantarkan makanan dekat kau eh?" Soal Ija.. aku sekadar mendiamkan diri.
"Sayang?" Pintu bilik dibuka.. Raf pula yang muncul. Raf membawa dulang yang berisi beberapa pinggan dipenuhi nasi dan lauk diatasnya.
"Makan sikit.." pinta Raf sambil meletakkan dulang diatas meja. Aku tidak bergerak. "Ija cakap awak taknak makan.. kenapa ni?" Soalan bodoh juga yang ditanya.
"Makan sikit. Kesian dekat baby kita." Kata Raf sambil memegang perutku. Aku menepis tangannya.
"Jangan sentuh saya.." kataku tanpa memandangnya. "Nanti saya takkan sentuh awak selalu da-" air mataku turun bagai hujan yang lebat. "Tak!" Jeritku sambil memeluk Raf erat..
"Awak akan peluk saya setiap masa!" Aku tersendu didadanya.. "saya taknak awak kahwin dengan dia!" Aku memegang pipinya, mata kami bertaut..
"Saya minta maaf." Raf melarikan pandangan matanya dariku.
Aku terkedu... jantungku berdegup laju. "Awak akan tinggalkan saya?" Soalku sambil mengerutkan dahi.
Raf tidak menjawab. "Saya letih, nak tidur.." Raf menolak tanganku dari menyentuhnya.
Aku tergamam. Raf dah tak sayangkan aku.... Raf dah ada Ija, Raf dah tak perlukan aku lagi.
YOU ARE READING
Sayang Sangat ✔
Storie d'amoreDipaksa berkahwin atas perjanjian keluarga yang pernah dibuat suatu ketika dahulu. Siapa cakap orang yang jahat akan selamanya jadi jahat? Seperti belangkas.. dua pasangan yang dipaksa berkahwin..mahu berkepit setiap masa. 18sx