Epilog

98.7K 1.4K 112
                                        

Ara pov.

Aku merenung Raf yang sedang menukar lampin Mikha.. Mikha asyik bergerak.

"Perangai macam awak. Nakal. Cuba kalau awak tak nakal kecil dulu, mesti Mikha diam je bila saya pakaikan pampers." Marah Raf. "Eh, kita pula yang kena marah." Aku mencebik.

Raf ketawa. "Bukannya marah. Geram sikit je.." Raf tersengih sambil menarikku ke dalam pelukannya.

Aku menepis tangan Raf untuk memakaikan Mikha pampers. Leherku dikucup..

Belum sempat aku menolak, Kisha merangkak ke arah kami sebelum masuk ke dalam pelukan Raf.

Aku tertawa kecil sambil menyisir rambutnya ke tepi.. "kenapa sayang datang waktu daddy tengah tunjuk perasaan pada mommy?" Raf merengek..

"Malam ni sayang sayang daddy tidur awal tau.." Raf menepuk Mikha yang sedang bermain patung gajah yang dibeli Raf tiga bulan lepas.

"Terutama sekali, Mikha.. bila nak belajar minum guna botol?" Raf mengangkatnya.

Mikha ketawa terkekeh kekeh.. "nanti Mikha belajar minum guna botol lah kan? Bagitahu daddy." Aku melagakan dahi dengan Mikha ketika Raf mengangkatnya merapatiku.

___________________________

Raf menyuap botol susu ke dalam mulut Kisha yang hampir terlena..

Aku seperti biasa, meribakan Mikha untuk menyusunya.. Mikha lebih gemar minum susu badan..

"Sayang?" Raf memegang bahuku.. aku tersedar. Terlelap rupanya..

Mikha sudah pun berada disebelah Kisha yang sedang nyenyak tidur.

"Masuk tidur dalam bilik?" Raf memegang tanganku. Aku sekadar mengangguk. Badanku letih, aku hanya mahukan rehat yang sepenuhnya.

Aku melangkah masuk ke dalam bilik.. badanku direbahkan diatas katil. Aku memejamkan mata. "Sayang.." panggil Raf yang sedang memelukku dari belakang. Aku tidak menjawab.. terlalu letih.

"Awak dah tidur ke?" Soal Raf. Aku menghiraukannya kerana terlalu letih. "Dulu kan.. ada orang tu cakap dia janji takkan hiraukan saya lagi dah, tapi tu lah. Malam ni dia ignore saya lagi.." Raf mengungkit. Aku ketawa kecil sebelum berpusing untuk menghadapnya. "Apa? Awak nak apa?" Soalku sambil membuka mata untuk melihat Raf yang sedang tersenyum.

"Teka lah." Gumam Raf sambil mengusap pipiku dengan tangannya. "Kalau suruh gunakan otak, saya malas lah. Nak tidur." Bisikku sebelum memejamkan mata kembali. "Jangan lah. Dah lama kita tak bersembang sebelum tidur..." rengek Raf. "Kadang kadang nak——-" bunyi tangisan. "Tengok tu......" Raf bingkas bangun, mengambil Kisha yang menangis ke sini. Aku bangun untuk membuat susu sementara Raf memujuknya untuk tidur.

"Saya tak tahu pula akan jadi macam ni bila dah ada anak..." rengek Raf. "Tak lama pun." Gumamku sebelum mendekati, membawakan susu kepada Kisha. "Tunggu sampai diorang 3 tahun." Tambahku lagi. "Tiga tahun?! Tak lama awak cakap?!" Rengek Raf sambil merebahkan badan disebelah Kisha.

Aku tersengih sebelum mendekati Raf, mengusap pipinya sebelum Raf membuka mata untuk menarik aku ke dalam pelukannya.

THE END!

Jemput baca another story!
https://my.w.tt/B34eF2yPfZ

Sayang Sangat ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang