bab66

42.8K 744 60
                                    

Ara pov.

Adrian.. aku cuba meronta ronta, merayu untuk dilepaskan.. tetapi tak dihiraukannya.

"Ad! Lepaskan saya!" Jeritku didalam pelukannya. "Biar saya habiskan.." bisiknya, tangannya naik ke leherku.. "awak hampir jadi saya punya." Suaranya kedengaran kecewa.

Aku cuba menoleh ke arahnya tetapi aku dipeluknya erat dari belakang.

"Shh.." bisiknya sambil menjilat leherku. "S——-saya nak tengok awak." Kataku, menahan diri dari menggigil kerana ketakutan..

Ad memusing tubuhku untuk memandangnya. Bibirnya laju sahaja menerkam bibirku..

Aku menghayun tangan dipipinya. "Saya benci awak!" Jeritku sambil cuba melarikan diri dari Ad.. tetapi dia lebih pantas menyambarku.

"Kau.. aku dah lama sabar dengan kau!" Suara Ad meninggi..

"Lepas!" Teriakku. "Kau mesti jadi milik aku.. aku tak peduli!" Ad menampar pipiku beberapa kali sehingga segalanya kabur.

Raf pov.

Aku mengetuk pintu beberapa kali.. tak dijawab. "Sayang?" Panggilku sambil memasukkan kunci ke dalam tombol pintu.

Buat apa ni tak reti jawab. Aku mengetap rahang.

Aku melangkah masuk ke dalam bilik.. kosong. Kereta ada je. Bilik air pun tak ada.

Aku turun ke dapur.. makanan yang siap dimasak, dihidangkan diatas meja. "Sayang! Taknak main main!" Laungku.

Aku cuba call Ara. Tak dijawab.. tiba tiba jantungku berdegup kencang.

Jangan cakap yang Ad datang sini? Aku cuba trace Ara melalui telefonnya.

Tak guna! Ara ada dengan jantan tu ke?!

Ara pov.

"Sayang..." aku membukakan mata untuk melihat Adrian sedang mengelus lembut pipiku.

Aku memandang sekeliling. Gelap.. cahaya lampu sekadar menerangi aku dan Ad. Jantungku semakin laju mengepam. "Ad.. lepaskan saya." Pintaku sambil mengerutkan dahi.

"Sh.. saya harap saya boleh lepaskan awak.." bisik Ad sambil mengusap lembut pipiku.

"Tapi tak.. saya taknak awak balik pada Raf." Ad menggelengkan kepalanya berkali kali.. "awak dah ada Ija dan Iffa. Apa lagi tak cukup?!" Marahku.. "awak.. saya tak dapat awak." Ad memegang tanganku yang diikat pada kerusi.

Telefonku berdering didalam poket seluar.

Ad menariknya dariku. Aku meraung memintanya kembali. "Husband..." Ad tertawa sinis.

"Hm.. awak bagitahu dia yang awak nak cerai.. awak dah taknak dia lagi dah." Kata Ad sambil mengambil pisau diatas meja disebelahnya.

"Taknak!" Jeritku. "Atau.. awak akan kehilangan anak." Ad merenungku tajam.

Aku tak pernah sangka Adrian rupanya seorang yang sangat kejam dari yang aku bayangkan..

Air mata menitis dipipi. "Pilih.. minta diceraikan oleh suami tak guna.. atau, hilang anak tersayang?" Soal Ad lagi.

"Dia tak boleh ceraikan saya! Saya mengandungkan anak dia!" Tempikku. "Ara, Ara... muka lawa tapi bodoh. Nasib baik aku sayang kau." Ad memegang kepalaku.

"Kau akan lahirkan anak tak lama lagi. Berapa bulan je lagi... apa salahnya minta cerai dari sekarang? Aku pun boleh simpan kau sini lama sikit. Sementara tu... aku boleh.." Ad memejamkan matanya sambil membawa pisau pada lidahnya membuat aku semakin gementar.

"Kau dah buat pilihan? Nombor satu ke dua?" Soal Ad sambil menjelingku.

Aku menelan liur. Aku sayangkan Raf. Aku juga sayangkan anak anak yang aku kandungkan.

Air mata jatuh ke pipi. Suruh bunuh aku? Anak anak macam mana? "Saya benci awak... Ad. Saya takkan maafkan awak." Gumamku.

"Tak apa sayang.. sekurang kurangnya kau jadi milik aku." Rambutku ditarik kuat.

"Kau boleh pilih nak nombor berapa.." kata Ad sambil menelefon Raf.

Ad menghidupkan loudspeaker. Jantungku berdegup kencang..

Apa harus aku lakukan ni... "sayang?!" Panggil Raf. "A-abang.." aku menahan diri dari menangis. Rambutku digenggam kuat oleh Ad.

Aku memandang Ad yang sedang merenungku tajam. "Awak kat mana ni sayang? Dengan siapa?" Soal Raf, risau.

"Saya na- nak cerai.." kataku, sedikit menggeletar. "Kenapa ni tiba tiba?" Soal Raf.. suaranya kedengaran keliru.

"Saya dah tak sayangkan awak lagi.." air mata jatuh dipipi. "Sayang, kenapa ni?!" Jerit Raf. "Saya tak sayangkan awak lagi!" Jeritku lagi. Ad mematikan talian.

"Goodjob sayang.." rambutku dilepaskan.. Ad mengelus lembut pipiku.

Bibirnya menerkam bibirku rakus. Aku mengemam bibirku rapat.

Ad bangun dari situ sambil mengambil pisau diatas meja tadi..

"Cium saya!" "Taknak!" Jeritku. "Taknak.. hm, apa nak buat pada orang yang degil?" Soal Ad sambil memandang lenganku.

Hujung pisau diletakkan diatas lenganku. "Cium.." pintanya lagi. Aku menggeleng. Pisau yang menyentuh kulitku kini ditarik sehingga cecair merah mengalir keluar. Aku menjerit kesakitan.

"Sakit!" Jeritku... air mata tak henti henti turun.. "kiss me back." Pintanya lagi. Aku tetap menggeleng..

"Ara Ara.. kenapa kau ni degil sangat.." Ad meletakkan tajam pisau pada lenganku yang lagi satu pula.

Ad merenungku tajam. Aku terdiam.. pisau yang diletakkan pada kulitku ditarik perlahan lahan. "Sakit Ad!" Jeritku.. Ad menghentikan perbuatannya.

Aku memejamkan mata, membiarkan air mata jatuh ke pipi. Begitu juga cecair berwarna merah pada lenganku yang ditoreh Ad.

Wajah Raf bermain dikepala.. aku meraung kesakitan.

Sayang Sangat ✔Where stories live. Discover now