Ara pov.
Aku membuka kain pembalut luka dikaki Raf ketika dia sedang terleka menonton TV.
Kakinya sedikit bergerak menandakan dia sudah tahu aku berada dikakinya. "Eh cik tak sihat.. awak pergi tidur." Kata Raf sambil memandangku.
"Mana boleh. Nanti siapa nak cuci luka awak?" Soalku sambil menyapu ubat diatas kulit Raf yang luka. Raf mengerang kesakitan..
"Sa-saya boleh buat!" Raf terjerit. "Tengok tu.. marah kita pula." Aku mencebik.. Raf ketawa kecil.. "bukan lah sayang, sakit tahu tak.." Raf memegang bahuku..
"Air hidung tu, lap sikit." Raf menghulurkan aku tisu. Wajahku menjadi panas sebelum menarik tisu dari tangannya. Aku memegang disekitar hidung.. tak ada apa pun.
Raf meletuskan tawa. "Comelnya sayang takut air hidung jatuh." Nak mengusik aku lah tu.. aku menekan luka dikakinya.. Raf terjerit kecil.
"Comelnya abang bila menjerit." Balasku sambil tertawa kecil.
______________________
Selesai menelan ubat yang dipecah Raf.. aku merehatkan diri disebelahnya diatas katil.
"Sayang tak makan dulu ke?" Soal Raf sambil memegang pipiku. Aku menggeleng. "Kasihan dekat baby.. mommy taknak makan, baby pun tak boleh makan juga.." Raf memegang perutku yang sedikit membuncit ke hadapan.
"Makan sikit eh?" Pinta Raf. Aku menggeleng. "Kek nak?" Aku menggeleng lagi. "Sayang nak apa?" "Awak.." jawabku sambil memeluk lengan Raf.
"Tapi abang memang kepunyaan sayang... maksud abang, untuk makan.." Raf mengusap kepalaku. "Nanti sihat.. orang makan lah sendiri." Kataku sambil menarik Raf untuk merapatiku..
Raf masuk ke dalam pelukanku tanpa disuruh.. mungkin sebab dia tahu apa yang aku mahu.
Aku terbangun.. sudah pun pukul 9:53pm.
Raf masih disisi.. tapi tak tidur. "Dah bangun.. makan sikit." Pinta Raf sambil menunjukkan sekotak dominos diatas meja disebelahku.
"Siapa belikan?" Soalku, kebingungan. "Zack. Tadi abang call suruh dia belikan untuk isteri abang ni.." Raf tersenyum.
Aku memandangnya... "dia masuk bilik kita ke?" Soalku sambil merenungnya.
"Tak lah.. abang turun ke bawah lah.. dengan keadaan macam ni." Raf menggelengkan kepala. Aku ketawa kecil.
Demam selsema semakin reda.. aku mengucup dagu Raf sebelum turun dari katil untuk membersihkan diri.
"Tadi Ad call!" Teriak Raf dari luar. "Dia tanya kenapa sayang tak masuk kelas? Abang cakap.. sayang dah berhenti sebab... mengandung kan." Aku mengedipkan mata beberapa kali sambil membuka baju untuk melihat badan dicermin.
Perut sedikit berisi.. orang masih taktahu. Even mama dan papa pun tak nampak lagi... inikan pula orang lain.
Tapi.. memang aku patut berhenti je lah. Persiapan awal..
Aku berjalan keluar dari bilik air dengan hanya mengenakan bathrobe. "Jangan seksi sangat please.. abang tak kuat." Raf menutup matanya menggunakan tangan. Aku tertawa kecil sambil melangkah ke arah almari pakaian untuk memakai baju tidur.
"Tak sabar nak jumpa baby.." Raf memandangku.. "tapi.. awak kena sayang saya je.." kataku. "Tak boleh sayang anak kita?" Raf mengangkat kening.
"Sayang juga.. tapi kena sayang saya lebih." Aku tertawa kecil. "Eleh.. nanti rupanya awak yang sayang baby lebih dari sayang saya." Raf mencebik.
"Yang tu mesti lah.. anak saya kan." "Anak kita!"

ANDA SEDANG MEMBACA
Sayang Sangat ✔
RomanceDipaksa berkahwin atas perjanjian keluarga yang pernah dibuat suatu ketika dahulu. Siapa cakap orang yang jahat akan selamanya jadi jahat? Seperti belangkas.. dua pasangan yang dipaksa berkahwin..mahu berkepit setiap masa. 18sx