bab62

42.5K 830 22
                                    

Ara pov.

Selesai majlis akad nikah.. kami bersalaman dengan para tetamu. Agak segan juga lah sebab aku terjerit macam orang gila kat luar tadi.

"Sayang juga dia dekat abang.." bisik Raf ditelingaku dari belakang. Aku menggigit bibir sambil menoleh ke arahnya.

Wajahku menjadi panas.. "tu pun ada hati nak suruh orang kahwin dengan Ija. Ingat abang ni apa nak kahwin dengan orang macam tu? Bagi lah yang lawa sikit... Kendall Jenner ke.." usik Raf. Padahal Ija pun lawa...

Aku tertawa kecil. "Awak jahat tau! Tengok ni awak buat apa!" Marahku sambil menunjuk tanganku yang dibalut.

"Ikut perasaan sangat..." Raf memegang tanganku sambil mengusapnya lembut. "Yelah.. dah suami saya nak kahwin dengan orang lain, takkan saya nak gelak siap bertepuk tangan?" Aku menjeling Raf.

"Masa suruh orang kahwin dengan Ija tu macam nak ajak berbahagia bersama je.." Raf mengangkat kening. "Dah lah.. taknak cakap pasal tu lagi." Aku menarik muncung.

"Mana boleh... nak cakap juga." Raf tersengih.. "balik ni kita sambung lagi eh." Tambah Raf lagi. Sengaja lah tu nak bagi aku malu....

"Ara.." Ad mendekatiku. Raf memegang tanganku erat. "Thanks for your kakak.." Ad tertawa kecil..

"Awak memang kenal Ija ke?" Soalku sambil mengangkat kening. Ad mengangguk. "Kenal macam tu je. Pernah sekolah menengah sekali.." Ad memandangku.. "disebabkan saya ternampak Ija dengan awak dan Raf, saya cuba je nasib berbaik dengan Raf." Ad menggaru kepalanya.

"Tapi Raf, macam biasa. Dia cakap kalau saya nak awak dan dia maafkan saya dan nak kita hidup macam abang dan adik, saya kena berkahwin dengan Ija. Disebabkan saya pernah buat awak menangis... saya hadiahkan awak dengan perkahwinan ni. Kita boleh mula balik, kan?" Ad tersenyum.. senyuman yang dibuat buat.

Aku menjeling Raf... "sorry, saya taknak dia kat rumah kita." Kata Raf selepas Ad melangkah pergi jauh dari kami.

"Sekurang kurangnya kita dah jodohkan dua orang yang sedih sebab tak ada partner kan?" Tambah Raf lagi sambil ketawa.

"Hm... Sya dan Zack belum." Aku meletakkan tangan pada bahunya. "Taknak satukan saya dengan Sya pula ke?" Usik Raf sambil menjelingku. "Benci tau!" Aku mendengus marah..

"Ara..." Ija merapati kami. Aku melepaskan bahu Raf. Ija memelukku erat. "Sorry buat kau macam tu.." Ija memegang pipiku.

Aku tertawa kecil. "Untung lah Raf, ada orang sayang.." Ija menjeling ke arah Raf sambil tersengih.

Raf tertawa kecil. "Tahniah sebab dapat orang yang menyayangi awak." Ija memandang Raf.

"Tahniah tahniah juga.. ni tangan bini aku macam mana?" Raf mengangkat kening. "Eh? Aku tak tahu pun!" Ija memegang tanganku yang berbalut. "Kau tengah sibuk uruskan perkahwinan, memang lah tak sempat tengok.." Raf mencebik.

Ija menggaru kepala sambil memandang kami silih berganti. "Kau tahu tak.. hari hari suami kau buli aku. Aku sabar je..." Ija mencebik. Raf menjulingkan mata keatas..

"Dah... malas nak cakap banyak. Aku nak balik.." Raf menarik bahuku dari Ija.

"Jom lah.. letih." Kata Raf sambil merangkul pinggangku. "Rindu tahu tak..." bisik Raf. Aku menjeling Raf. "Sorry buat awak menangis selama seminggu.." tambah Raf lagi sambil mengucup pipiku.

Sayang Sangat ✔Where stories live. Discover now