Ara pov.
"Sayang.." Pintu bilik diketuk, pintu terbuka. Aku memandang Raf yang sedang tersenyum..
"Awak ke mana sebenarnya?" Soalku, perlahan.. "doesn't matter. Saya ada kat sini sekarang." Raf melabuhkan punggung disebelahku.. aku dipeluk Raf dari tepi.
Dagunya diletakkan pada bahuku. "Awak ada orang lain ke?" Soalku sambil memandangnya dengan ekor mata..
Raf sedikit terperanjat dengan soalan yang terkeluar dari mulutku.
"Awak fikir macam tu ke?" Soal Raf, memandangku. "Awak ingat saya ada orang lain ke?" Soalnya lagi. Soalan yang dibalas dengan soalan.
Aku terdiam.. "jawab." Pelukannya dilonggarkan. "Saya tak tahu..." aku menggigit bibir sambil menggelengkan kepala.
Raf bangun dari kedudukannya dan terus bergerak ke arah bilik air.
Pintu dikunci rapat. Aku menelan liur. Bukan salah aku... siapa suruh dia tak bagitahu apa yang dia buat dibelakang aku?
Raf keluar dari bilik air bersama muka yang dibasahi air.. lengan bajunya juga kelihatan basah.
Raf ambil wuduk.. kan? Raf tersenyum sambil memandangku.
"Cemburu tu tanda sayang." Kata Raf sambil melabuhkan punggung ditempat tadi.
Rambutku diusap Raf... "percaya lah cakap saya.. awak je satu satunya orang yang saya sayang, awak seorang je yang saya nak.. saya dah tak ada sesiapa lagi. Kecuali sorang tu..." Raf memandangku.
Dahiku berkerut. "Nanti awak kena kongsi saya dengan dia." Raf mencuit hidungku.
Jantungku berdegup kencang. Apa yang bermain difikiran aku adalah benar belaka?
Raf ada orang lain? Madu... madu aku ke?
Hell no!
"Is- isteri baru?" Soalku sambil memandangnya. Kening Raf berkerut.
"Merepek lah sayang ni.." Raf tertawa kecil. "Ada ke dituduhnya kita ada isteri baru." Raf bercakap sendirian.
"Answer me!" Suaraku sedikit meninggi. "Kenapa ni?" Raf memegang tanganku.. aku menahan diri dari menangis.
"Sekali lagi saya tanya! Answer me, who the he-" "anak kita." Raf memotong cakapku.. suaranya masih tenang.
Air mata akhirnya terjatuh juga. Aku meletakkan dahi ke bahu Raf. "Sayang.. kenapa ni?" Raf menepuk belakangku.
"I don't know. I'm sorry. I'm such a mess." Aku menangis dibahunya..
"Sayang... saya sayangkan awak. Saya takkan sakitkan hati awak lagi. Tu janji saya." Bisik Raf sambil mengucup telingaku.
"Saya sayangkan awak." Balasku sambil mengesat air mata menggunakan lengan baju.
"Saya sayang awak lagi banyak.." Raf mengucup dahiku.. daguku diangkat.. Raf memandang mataku sambil tersenyum..
"Taknak menangis lagi dah." Pujuk Raf sambil mengusap wajahku beberapa kali. "Tengok ni, dah macam badut dah isteri abang ni.. hidung merah." Raf tertawa kecil sambil menarik hidungku.
Aku tersengih sambil memeluknya erat...
Sungguh aku sayangkan dia. Aku sayangkan Raf lebih dari segala galanya..
"Dah makan?" Soal Raf. "Pancake hangus tu ke? Sudah." Jawabku sambil tersengih, Raf meletuskan tawanya.
"Berseni tak abang?" Soal Raf sambil mengangkat kening. "Sangat!" Balasku sambil bersandar padanya.
"I love you.." bisikku sambil mengurut bibirnya menggunakan ibu jariku.
"I love you more..." bisiknya sebelum mengucup ibu jariku.
YOU ARE READING
Sayang Sangat ✔
RomantiekDipaksa berkahwin atas perjanjian keluarga yang pernah dibuat suatu ketika dahulu. Siapa cakap orang yang jahat akan selamanya jadi jahat? Seperti belangkas.. dua pasangan yang dipaksa berkahwin..mahu berkepit setiap masa. 18sx