Ara pov.
Aku melabuhkan punggung diatas sofa, menahan kesakitan dipinggang. Aku mengurut perlahan pinggangku.
"Kenapa ni?" Raf memegang bahuku. "Sakit.." aku mengetap bibir. "Ala... kesiannya." Raf melabuhkan punggung diatas karpet untuk menghadapku.
"Anak anak daddy jangan lah nakal sangat, tak kasihan ke dekat mommy? Dah lah mommy ni kecik je.." Raf mengusap perutku.
Terasa kaki bayi menendang perutku. Mataku dan Raf bertaut. "Baby tendang.." Raf semakin teruja. "Baby jangan nakal nakal tau dalam tu.. nanti dah keluar baru boleh nakal. Nakal kat situ nanti mommy sakit." Bisik Raf lagi.
Aku mengusap kepala Raf sambil tersenyum.. "abang.. saya rasa macam nak melawat Ad lah. Tak apa kan?" Aku memandang Raf. Raf menggeleng. "Apa pula tak apa. Tak pernah dibuat orang, suami benarkan isteri berjumpa dengan orang gila." Raf menggeleng lagi.
"Tak baik lah.. bukan dia yang minta nak jadi macam tu." Balasku. "Sayang... sayang rasa dia macam tu sebab sayang ke?" Raf memandangku. Aku terdiam.
"Biar lah sayang.. dia pun dah diam kan. Takkan kita nak ganggu dia. Bahaya lah.." Raf memegang tanganku.
"Maktok nak datang sini. Dia cakap tak sabar nak tunggu cucu dia bersalin." Tambah Raf lagi. "Wah! Yeke?! Tak sabarnya!" Aku tersenyum girang..
"Seronok lah tu kan.. maktok nak datang." Raf tersengih. "Seronok lah.. boleh gossip. Dengan awak, apa je nak gossip. Semuanya awak tak berminat." Aku mencebik.
Raf tertawa kecil. "Yelah.. kita tak tahu nak gossip dengan isteri, nak buat macam mana." Raf menarik muncung.
"Tapi awak tahu macam mana nak bahagiakan isteri." Aku mencubit pipinya. "Bahagia ke?" Raf mengangkat kening. "Kalau tak bahagia.. kita tak dapat kembar lah kan?" Usikku sebelum kami ketawa.
_________________________
Lagi beberapa minggu kembar akan bersama dengan kami. Gementar, teruja.. perasaan bercampur.
Bilik bayi pun sudah disediakan Raf. Mungkin Raf lebih teruja dari aku..
"Sayang... awak nampak pucat." Raf menyentuh pipiku. "Awak okay ke tak?" Soal Raf. Aku mengangguk. "Sayang jangan lah banyak berjalan sangat.." Raf merenungku tajam.
Nak marah lah tu! "Nak buat macam mana, saya bosan duduk sesorang kat atas." Aku mencebik.
"Assalamualaikum..." suara maktok dipintu. Aku memandang Raf dengan muka teruja. Raf melangkah ke arah pintu.
Maktok! Aku berjalan perlahan ke arah maktok. "Lamanya tak balik rumah maktok.." kata maktok ketika aku mencium pipinya.
Kami melabuhkan punggung disofa.. "Yana sihat?" Soalku sambil tersenyum.. "sihat. Dia nak ikut maktok tapi emak dia tak bagi." Maktok tersenyum nipis.
"Makin besar perut Ara sekarang.." usik maktok. "Mana taknya, hasil cucu maktok." Raf mengangkat kening sambil ketawa.
"Ish! Budak ni.." maktok ketawa diikuti tawa Raf. "Nanti maktok tidur dengan Ara ye?" Aku tersenyum kambing.
Pehaku dicubit perlahan. Aku menjeling Raf. "Abang macam mana? Tidur sebelah sayang?" Raf tak berpuas hati. "Tak apa.. maktok boleh tidur sorang." Maktok tersenyum.
Aku merenung Raf tajam...
YOU ARE READING
Sayang Sangat ✔
RomanceDipaksa berkahwin atas perjanjian keluarga yang pernah dibuat suatu ketika dahulu. Siapa cakap orang yang jahat akan selamanya jadi jahat? Seperti belangkas.. dua pasangan yang dipaksa berkahwin..mahu berkepit setiap masa. 18sx