Taehyung's POV
"Anak tak guna! Sini kau!!" Tangan kecil aku direntap kuat.
Aku diheret kasar dan dibawa masuk ke dalam bilik tidur. Tubuh aku ditolak dan aku tersembam di dinding sudut bilik. Kepala aku terhantuk di bucu almari.
Sakit? Kau cuba sekali. Takat ibu jari kaki tersepak bucu meja pun kau dah memaki, apatah lagi kepala terhantuk pada bucu almari?
"Appa!! Sakit appa!!" Rintih aku dengan aliran air mata.
Aku duduk merapatkan kaki ke badan aku yang lebam akibat didera.
"Kau diam!! Kenapa kau pecahkan pasu bunga aku?! Kau memang nak mati ke?!!" Jerkahnya.
"Maafkan Taehyung, appa! Taehyung tak sengaja!!" Rayu aku lalu memeluk kaki appa.
Tak, dia bukan appa. Dia syaitan bertopengkan manusia!!!
"Jangan panggil aku appa! Aku bukan appa kau lagi! Dan kau bukan anak aku!! Kau tak layak hidup dalam dunia ni!!! Kalau kau mati, kau takkan menyusahkan aku lagi la!!" Lelaki itu menyepak-nyepak tubuh aku.
Aku meraung sakit.
"Kau jangan menangis!!" Dia menarik rambut aku dan terus menampar aku. Terlalu kuat sehingga aku menyemburkan cecair merah yang tiba-tiba keluar dari mulut aku.
Apa ni?
"Sakit....Taehyung sakit.." Aku bersuara lirih. Memang aku rasa sangat sakit.
"Kau fikir kau je sakit?!! Hati aku lagi sakit lah bodoh!!" Dia meletakkan kakinya di kepala aku.
"Oppa, biarlah budak tu. Nanti mati pulak.." Satu suara yang aku kenal menegur.
Aku mendongak. Eomma..sampainya hati eomma..
Aku pandang eomma lagi, mengharap belas ihsannya sebagai seorang ibu. Tapi, dia hanya tengok aku macam sampah yang busuk.
Apa fungsi ibu untuk kau sebenarnya perempuan?
"Heh!! Memang aku nak bagi dia mampos pun! Menyusahkan hidup aku ja kalau dia bernyawa!!" Aku lihat eomma datang dan memeluknya dari belakang.
"Oppa~ nanti kalau dia mati, kita masuk penjara.." Tegurnya acah-acah lembut.
Aku teresak-esak.
Aku cuma nak tanya..
Di mana sifat keibuan eomma? Kasih sayang seorang ibu pada anaknya?! Taehyung tiada makna untuk eomma?
ke! Taehyung ni siapa pada eomma?!Eomma bersusah payah lahirkan Taehyung, takkan hanya untuk melihat Taehyung diperlakukan macam haiwan tak berakal?
Aku tengok lelaki itu mengusutkan rambutnya. Dia merenung aku yang sudah bermandi darah dan air mata.
"Kau takkan makan apa-apa malam ni!" Jeritnya sambil membetulkan rambut yang agak serabai.
Aku tersentak.
"T-Taehyung tak makan lagi hari ni appa. T-Taehyung lapar.." Aku menangis minta simpati yang aku rasa takkan pernah aku terima.
"Lantak kau! Kau ingat aku kesah ke kau makan atau tak?! Kerja bazirkan beras aku! Dasar anak sial!" Dia kembali melekapkan tangannya ditubuh aku.
Aku menyilang tangan cuba menghalang. Tapi dia lebih kuat.
"Shhh...kita keluar okay? Jangan tengok dia. Nanti awak marah. Tengok saya.. Shh.." Eomma memeluk lelaki itu, dan dia berhenti memukul aku.
"Nasib ada eomma kau. Kalau tak, dah lama aku bunuh kau tahu tak?" Aku pandang wanita itu dengan pandangan tajam.
Eomma? Dia ke mak? Bro, layak ke?
Aku tahu, lelaki ni hanya mempermainkan eomma. Tapi, aku biarkan. Kenapa?
Well, kenapa aku perlu bantu orang yang tak pernah dengar pasal aku? Kenapa aku perlu bantu orang yang dah rosakkan hidup aku?
"Jangan tenung macam tu dekat dia!" Pipi aku ditampar lagi.
"Dah dah..jom keluar. Abaikan dia. Okay?" Eomma memeluk pinggang Min Jung.
Mata aku kabur dengan tangisan. Tapi, aku masih nampak. Aku nampak wanita dan lelaki itu sedang berpelukan. Aku menangis lagi. Pintu dihempas kuat dan dikunci.
Aku masih tidak berganjak dari kedudukan aku. Pipi yang bengkak aku sentuh. Pedih.
Aku tanya pada diri sendiri. Apa salah aku? Hanya kerana aku terlanggar pasu bunga tu, aku didera sampai macam ni?
Aku bangun perlahan-lahan. Seluruh tubuh aku sakit. Aku berjalan ke arah tingkap yang berjeriji. Aku nampak ramai budak-budak sebaya aku sedang bermain sesama mereka.
Tapi aku?
Terkurung di dalam neraka dunia. Tiada kawan. Tiada teman perbualan.
YOU ARE READING
blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)
Mystery / ThrillerMatured content (16+) ▶Memang panjang, tapi sekali baca, belum tentu boleh berhenti ▶ Never expect the ending ▶ "Blood Sweat and Tears II : Escape From Nightmare" (Done Publish) + Kisah 7 sahabat yang berjuang mencari erti kebebasan dan kebahagiaan...