#23 - Evil Taehyung

1.8K 228 16
                                    

"Yah Jimin shi! Cepat! Nasib baik kau sempat. Bos tak sampai lagi tau." Ujar Hyun Jae, penjaga kaunter.

"Hah..hah...hah..mana budak V tu pergi?" Jimin tidak mengendahkan berita gembira itu tapi lebih fokus pada berita buruk yang bakal dihadapi Taehyung.

"Dia dah keluar, pergi beli barang dengan Gikwang. Oh ya sebelum tu.." Yoseob yang sedang mengemop lantai memandang bawah.

Jimin turut memandang bawah.

"Macam mana kau boleh ke sini dengan sebelah kasut?" Tawa perkerja di kedai itu mula berderai setelah Yoseob menghabiskan ayat.

"Diam ah! Aku terlewat tadi ni!" Jimin meningkah.

"Hahaha!! Kay kay..ni, V ada pesan kat aku. Kalau kau sampai dia suruh bagi kat kau kotak ni. Entah apa isi dia aku pun tak tau." Jimin mengerutkan dahi dan terus mencapai kotak yang baru diberikan Hyun Jae.

"Ah, annyeonghaseyo, Bang Sihyuk-nim!" Semua pekerja yang berada di ruang utama menunduk tatkala seorang lelaki berbadan gempal tapi comel melangkah masuk ke dalam kedai. 

Jimin yang sibuk membuka kotak itu turut menunduk seperti mereka.

"Nae, annyeonghaseyo. Saya tengok kehadiran hari ini agak memuaskan. Takde sesape yang lambat." Dia tersenyum sambil melangkah masuk.

"Bos nak berehat kat sini ke?" Soal Song Ji.

"Ah, saya datang kejap aje. Saya nak ke airport nak ambil anak saya."

Semasa melintasi Jimin, kepalanya menunduk ke bawah. Pandangannya tertumpu pada kaki Jimin.

"Erkk..kasut saya anjing ambil. Beg saya pun ada anjing sorokkan." Jimin menunduk lagi sementara pekerja lain sudah mula menahan gelak.

"Mengarut! Dah, pergi sambung buat kerja! Jimin, jangan keluar ke ruang utama selagi kamu tak pakai kasut dan uniform lengkap!" Dia meningkah.

"Maafkan saya.." Jimin mengangguk.

Jaga kau V, aku tarik rambut hijau lalat kau tu sampai botak kejap lagi..

Kemudian, lelaki bergelar bos itu keluar dari kafe. Jimin menghela nafas panjang. Dia kembali mengoyakkan kotak kecil itu.

"Betul ke alasan kau tu? Yang pasal anjing tu?" Soal Yoseob sambil sebelah tangan mencekak pinggang.

Jimin merenung kotak dan wajah Yoseob silih berganti. Kemudian, dialihkan pula pada Hyun Jae.

"Nae. Anjing berupa syaitan." Dia meningkah seraya makin kuat pula kotak itu dikoyakkan. Lepas geram.

Tatkala kotak itu sudah terbuka. Jimin menarik keluar barang yang berada di dalam kotak itu. Hyun Jae dan Yoseob turut memanjangkan leher untuk melihat apa kandungannya.

"Eh, tu beg kau?" Bingung mereka berdua.

"Biasalah, syaitan tu nak buat suprise. Ingat birthday aku kot. Siaplah dia hari ni. Aku yakin hari yang indah ni akan jadi hari terakhir dia dalam dunia ni.." Jimin menjawab penuh selamba.

"Ape maksud kau?" Pelik Hyun Jae.

"Adelah. Korang tunggulah sampai budak V tu balik."

"Jimin!" Jimin menoleh ke belakang kembali setelah namanya dipanggil lelaki penjaga kaunter.

"Ni hah, ada nota dalam ni." Hyun Jae mengeluarkan sekeping kertas dari kotak yang separuh hancur itu.

"Hurm?" Jimin menapak kembali ke arah kaunter dan mengambil kertas itu dari tangan Hyun Jae. Dia mula membaca.

'Awucks dh kena marah kew? Atototo sian nyew~ Nah hadiah, beg awucks. Moga berbahagia!

Yang benar lagi tulus mulus, V yang digilai wanita'

Jimin meronyokkan kertas itu. Dia mengetap gigi dan meneruskan langkah ke belakang kafe. Sebelum itu, dia menyuruh Doojoon membuat air milo ais.

"Nah air milo yang kau pesan." Ujar Doojoon selamba sambil meletakkan segelas milo sejuk di atas meja kaunter. Jimin tersenyum nipis dan mengambil air itu. Kemudian, dia pergi ke belakang.

Tak lama itu, dia kembali.

"Nah, nanti V balik, kau bagi air ni kat dia. Jangan kata aku yang bagi. Kau cakaplah untuk diorang sebab dah pergi beli barang. Yang Gikwang pula, jangan kau bagi air ni. Kau buat yang baru.." Jelas Jimin tersenyum sinis.

Doojoon berkerut dahi.

"Buat jelah. Cakap banyak lak!"

"Aku tak cakap apa-apa pun!" Doojoon mencebik dan Jimin hanya meletakkan jari telunjuk di mulut dan menggoyang-goyangkan jari telunjuk itu dengan mata yang dikecilkan.

Mampoih la hang sat gi..

blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)Where stories live. Discover now