Okay gais, rini aku rasa agak hepi dengan result pititeri aku. So, aku double pub k. Enjoylah kengkawanku~
Aku dibawa masuk ke dalam sebuah bilik. Gelap..hanya ada sebuah meja dan dua kerusi yang saling bertentangan.
Ada juga rak-rak kecil yang menyimpan dokumen-dokumen yang aku sendiri tak pasti dokumen apa.
Di atas meja juga ada sebuah komputer riba kecil dan satu botol kaca. Aku akan disoal siasat. Nasib baiklah aku dah delete semua call log dan hack telefon aku sendiri. Mesti diorang semua takkan tahu kat mana aku berada..
Krekk....bum!
Lamunan aku dihentak dengan bunyi pintu besi. Aku angkat kepala. Seorang lelaki bertopi mengambil tempat di kerusi bertentangan aku. Dia menarik nafas panjang dan memandang aku.
Jarinya mula menghentam keyboard komputer. "Nama?"
Huh, dia tengah analisis data aku ke?"Kim Taehyung." Aku jawab selamba.
Apa aku nak takut? Apa aku nak sedih? Semua dendam aku dah terbalas. Dunia je aku tersiksa..jiwa aku dah bebas. Aku hidup sebab nak hapuskan dia je..
"Umur?"
"22.."
Lelaki itu diam sebentar dan merenung skrin komputernya.
"Kau ada family?"
Soalan kali ini tiba-tiba memanah hati aku. Family? Tak...aku tak ada family.
"T-Ta-"
Tapi lidah aku kaku untuk kata 'tak ada'? Kenapa Tae? Kenapa?! Siapa family kau?! Siapa yang mengaku kau sebagai family diorang?!
Jimin..
Mata aku membulat. Apa? Kenapa..kenapa dia? Apa kaitan dia dengan aku?
Jimin, Jungkook, Namjoon, Hoseok, Suga dan...Seokjin..
Bukan diorang family kau ke?
Aku terkesima dengan jawapan dari minda sendiri. Nafas aku terasa sesak seperti dirobek dan sebak mula menghimpit dada.
Betul, selama ni aku bertarung untuk hidup. Tapi, bertarung untuk apa? Dendam? Dendam yang akhirnya merosakkan aku?
Dendam yang akan menyebabkan aku terperangkap dalam dunia besi ni?
Baru aku sedar, ia ialah perasaan aku sendiri. Aku hancurkan hidup aku sendiri.
Aku macam terperangkap dalam sangkar dunia. Dunia yang aku sendiri tak faham. Dunia yang telah aku cipta sekian lama tanpa aku sedar.
Kenapa selama ni aku buta? Mereka anggap aku macam keluarga tapi aku sia-siakan semua tu.Mereka hadir dengan tawa yang tak pernah aku rasa. Telatah, gembira, senyuman dan gurau senda. Inikah..inikah bahagia? Yang sentiasa dicari makhluk bernama manusia?
Dan sekarang, mereka pergi tanpa menoleh ke belakang. Tinggalkan aku dalam sangkar hidup aku yang telah aku cipta sendiri.Kenapa? Kenapa aku buta? Mereka hadir dalam hidup aku untuk tenangkan aku. Mereka bantu aku untuk cari kebahagiaan yang tak pernah aku rasa?
Kenapa aku sia-siakan mereka?
Klak!
Bebola mata aku berputar ke arahnya setelah dia memetik jari di hadapan aku.
"Aku tanya..kau ada family tak?"
Aku diam sebentar.
"Tak..aku tak ada family.."
Lelaki itu menaip sesuatu di atas keyboard komputernya. Sebelum berhenti dan bersandar. Aku hanya menanti tindakkan seterusnya. Air mineral dicapai dan diteguk.
Aku teringat sesuatu dan segera mengalihkan wajah ke tepi. Aku teringatkan Jimin. Bergaduh dan akhirnya mabuk kerana tersilap minum Soju.
Aku nak kembali ke masa tu. Aku nak putarkan waktu kembali. Aku nak bersama mereka.
Tap!
Sebaik sahaja permukaan bawah botol bertemu dengan permukaan meja, aku pandangannya.
"Tolong bagi aku peluang untuk telefon seseorang.."
• • •
"Hyung, macam mana dengan Jimin, hyung?"
Seokjin memandang sekilas Jimin yang masih terbaring di atas katil dengan penekup oksigen di mulut dan hidung.
"Aku tengok dia makin okay. Tanda vital dia pun dah makin stabil. Keadaan dia dah makin okay. Dia dah keluar dari zone kritikal. Bila-bila masa je dia akan bangun."
"Fuh...lega hati kitaorang."
"Korang kat sana macam mana? V ada datang melawat tak?"
"Kitaorang okay. Lagi dua hari Jungkook dah boleh keluar. V....entahlah hyung. Dah banyak kali Hoseok try call dia. Tapi still tak dapat dikesan.."
V masih belum dikesan?
"Ish, ke mana dia pergi eh?"
"Dia dah tinggalkan kitalah tu, hyung." Namjoon mencebik.
"Hish, kau ni. Tak elok cakap camtu. Maybe dia pergi somewhere yang kita tak tahu. Nantilah, bila Jimin sedar kita cari dia sama-sama.." Positif dan rasional Seokjin bersuara.
"Erm, yelah. Okaylah, hyung. Habis kredit aku nanti. Hyung bukan nak bayarkan."
"Memang pun."
Perbualan dimatikan. Seokjin kembali menghadap Yoongi yang masih duduk menghadap tepi Jimin.
Yoongi meraih tangan Jimin dan menggenggamnya. "Kau kena kuat, Min.. Kau..kau dah janji dengan akukan?"
Seokjin berkerut dahi dan menghela nafas panjang. Bahu Yoongi ditepuk perlahan. Yoongi tak lepaskan Jimin lansung.
Suruh tidur, dia hanya tidur di sebelah Jimin. Makan pun dia tak nak. Itupun, dia akan makan kalau dipaksa. Seokjin risau sebenarnya, tapi, Yoongi hanya tersenyum dan kata dia okay. Dah hampir sebulan minggu Jimin tak bangun.
Haih, Yoongi..
Apa-apa pun, soalannya tempoh hari masih belum terjawab, siapa Jimin pada dia, dan siapa Suga sebenarnya.
"Su-"
Ingin sahaja Seokjin, membuka mulut, pintu diketuk. Pantas mereka berdua menoleh ke belakang.
Polis.
YOU ARE READING
blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)
Mystery / ThrillerMatured content (16+) ▶Memang panjang, tapi sekali baca, belum tentu boleh berhenti ▶ Never expect the ending ▶ "Blood Sweat and Tears II : Escape From Nightmare" (Done Publish) + Kisah 7 sahabat yang berjuang mencari erti kebebasan dan kebahagiaan...