#30 - Crazy

1.7K 217 11
                                    

"Ni daging aku!" Jimin mengepit sekeping daging bakar.

"Kau dah makan kan?!" Taehyung tidak mahu mengalah. Dia turut mengepit daging yang sama.

"Kau pun dah makan!"

"Habis tu, kau nak lebih lah?!"

"Kalau berani kau ambik!"

"Ingat aku takut sangat dengan kau? Better aku makan daging ni dari makan daging saudara sendiri yang membusuk!"

"Aku tak mengumpat kau okay!"

"Wekk!!"

"Diamlah gila! Nah ambil ni!" Seokjin mengepit daging itu dan terus menjamahnya.

Terdiam dua lelaki itu. Mereka berdua memandang Seokjin dengan pandangan tak puas hati.

"Yah hyung! Tu hyung ambil kat hyung! Bukan bagi kat kitaorang!" Bentak Taehyung.

"So?" Seokjin hanya menutup sambil mengunyah daging Bulgogi itu.

Mereka mendengus geram dan kembali menjamah makanan dengan ayam goreng pedas.

"Yahooo!!!" Tersedak mereka bertiga.

Dan yang paling teruk, Taehyung dan Jimin. Sebab mereka tersedak masa makan benda yang pedas. Fuh, kalau siapa pernah kena, taulah bertapa seksanya perasaan tu.

"Aku dapat! Aku dapat!"

"Pahal pahal?!" Terkoncoh-koncoh mereka semua berlari mendapatkan Hoseok yang beraya sakan di muka pintu utama.

"Aku dapat weh! Aku dapat kerja! Akhirnya, jawatan aku sebagai penganggur terkemuka, termulia dan terhormat terlucut jua!" Geli pula melihat Hoseok melompat sambil menari di hadapan pintu.

Terus dia melompat dan memeluk Namjoon. Kepala Namjoon ditarik dan dicium di dahi sebelum ditampar menggunakan jari. Namjoon menolak Hoseok dan memegang dahinya.

"Setan la." Namjoon memaki mengesat dahi.

"Kerja ape weh?" Soal Yoongi.

"Kerja biasa je. Budak hantar air." Hoseok membuat peace di tepi mata.

"Wah, okay lah tu. Tahniah!" Bahu Hoseok ditepuk. Okaylah tu dapat kerja yang berfaedah. Dari kerja menganggur je kat rumah, buang masa.

"Hyung, besok hyung balik tak?" Soal Jungkook tiba-tiba. Seokjin pegang dagu. Dia mencongak-congak jadualnya dalam kepala.

"Tak pasti lagilah Jungkook. Kenapa?"

"T-Tak.."

"Namjoon, kau tak kerja ke?" Yoongi menyoal setelah nampak Namjoon tersengih-sengih.

"Aku..aku pun kerja jugak. Aku kerja kat satu stesen minyak. Baru dapat kerja tadi."

"Wah! Okaylah kan. Mudahlah aku nak isi minyak nanti." Gurau Seokjin menampar perlahan bahu Namjoon.

"Aku pun nak kerja jugaklah." Jungkook bersuara dan semua orang meneleng kepala padanya.

"No. Kau tak boleh kerja buat masa sekarang. Keluar pun tak boleh." Seokjin memeluk tubuh. Jungkook berkerut dahi.

"Kenapa lak?"

"Kau tak ingat ke? Berapa kali dah kau kena pukul bila keluar. Nasib baik Suga jumpa kau hari tu. Kalau tak?"

"T-Tapi.."

"Ah takde tapi-tapi. Betullah kata Namjoon tu." Sokong Hoseok. Dan Seokjin mengangguk.

"Orang tengah cari kau. Bahaya kalau kau keluar buat masa sekarang. Kau tinggal je lah kat rumah dulu okay? Biar Suga jaga kau dulu." Kepala Jungkook digosok perlahan. Dan Jungkook hanya mengangguk dengan wajah yang sebal.

"Eh, siapa bawak balik patung ni?" Tanya Namjoon setelah belakangnya terlanggar sesuatu.

"Aku. Aku buat part time kat sebuah kedai baju ni. Dia suruh aku bawak balik kejap sebab stor full. Besok baru nak bawak ke sana balik." Ujar Yoongi selamba.

Mereka mengangguk menjuihkan mulut.

"Eh kejap, mana Jimin dengan Taehyung?" Mereka memandang sekeliling.

Tak perasan pula ketidakwujudan dua makhluk yang kononnya musuh abadi.

"Hahaha! Kau ni jahat..daging tu aku punyaa...hahaha." Tersentak mereka semua setelah terdengar orang ketawa.

Mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Sebelum berlari ke arah dapur.

"Hahahah!! Minum!!" Seokjin menepuk dahi. Apalah yang mereka berdua buat ni.

"Apa dah jadi ni?!" Cemas Hoseok.

"Aku rasa, diorang tersilap minum soju. Tadi ni, masa kau jerit secara tiba-tiba, diorang tengah makan ayam pedas. Sudahnya, tersedak. Ni sah lah, tersilap ambil air. Soju disangka air kosong. Dah lah setan dua ekor ni tak boleh minum benda camni." Jelas Seokjin mencekak pinggang.

"Woi woi! Sedar woi! Korang sejenis woi! Haram ni haram!" Yoongi dan Jungkook segera meleraikan dua lelaki yang sedang berpelukan.

Erh, gelinya.

"Eeiii..lepaslah! Aku benci dia..dia tipu aku..ahakss.." Jimin menolak Yoongi dan Taehyung menolak Jungkook. Mereka saling memaut bahu.

Wajah mereka merah.

"Kau tipu aku dulu..hahaahaaa.." Taehyung tersengih tak keruan.

"Kita settle kat atas.." Taehyung merentap kolar T-shirt Jimin. Jimin terdiam seketika.

Dia menyeluruhi wajah Taehyung dengan wajah serius.






Author notes.

Gais mohon sucikan otak gais. Jangan negatip sangat 😐

blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)Where stories live. Discover now