#2 - Park Jimin

3.2K 379 51
                                    

Jimin's POV

"Jimin ah, pergi sembunyi. Appa dah balik.." Itulah ayat terakhir eomma yang aku dengar.

Aku sembunyi dalam almari. Tempat 'lepak' aku bila manusia yang tak layak untuk aku panggil appa balik ke rumah.

Bukannya aku takut nak hadap benda itu, tapi, eomma sayangkan aku. Dan aku sayangkan eomma. Eomma nak aku selamat dari makhluk tak guna tu!

Aku ingat lagi dua tahun lepas, masa aku berumur 3 tahun. Lelaki tu campak aku ke dinding sebab dia tak dapat duit yang dia nak. Sejak dari tu, eomma mesti akan sorokkan aku dalam almari.

Anehkan..aku boleh ingat semua benda masa aku kecil? Macam sudah dipahat dalam pala hotak aku.

Prangg!!

Bunyi kaca pecah buat bahu aku terhinjut. Aku takut, cukup takut. Bukan sebab aku takut kat dia, tapi eomma. Aku risaukan keselamatan perempuan tu, satu-satunya manusia yang aku ada dalam dunia ni.

Yang paling aku risau..aku mula teringat yang eomma tengah mengandungkan adik aku.

Aku dah kata kat eomma yang aku nak jaga eomma dengan adik aku elok-elok. Aku dah janji benda tu dulu. Aku dah kata yang aku nak namakan adik aku tu Park Jihyun. Sebab aku suka nama tu.

Air mata aku mengalir.

Dia balik dalam keadaan mabuk lagi. Confirm datang minta duit dari eomma.

Kesian eomma. Terpaksa berkerja keras demi aku, tapi mudah-mudah je dia rompak kami!

Kenapa aku tak boleh lahir dalam keluarga yang normal? Kenapa mesti dalam keluarga yang huru-hara macam ni? Apa salah aku sampai Tuhan nak hukum aku macam ni?

"Ji Hye! Mana duit aku?!" Aku pasang telinga. Menangkap setiap bait kata biadap si lelaki dayus.

"S-Saya tak ada duit!"

Aku tahu, eomma simpan duit untuk aku dengan Jihyun.

"Kau jangan tipu! Aku bunuh anak kau nanti!" Aku tersentak.

Dia tahu, kelemahan eomma adalah pada anak-anak dia. Aku berani confirm yang eomma tak mahu aku dan Jihyun yang masih dalam kandungan tu  diapa-apakan.

"An-Andwae! Dia kecik lagi! Tolong jangan apa-apa kan dia! Jebal!" Aku keluar dari almari.

Aku buka sedikit pintu untuk mengintai apa yang berlaku. Aku nampak eomma sedang merayu sambil memeluk lelaki itu.

Aku tengok dia menyelongkar setiap almari di ruang tamu. Eomma masih merayu dan cuba menghalang dia. Tapi, lelaki itu menghiraukan eomma dan terus menolaknya. Badan eomma terhempasnke lantai.

Saat  tu aku mula sedar..yang kaki eomma dah berdarah. Apa dah berlaku? Kenapa eomma tiba-tiba berdarah? Aku cuak.

"Kau bohong aku ke?! Mana duit lagi?! Aku nak duit! Ni tak cukup!!" Rambut eomma dia tarik kuat. Aku tengok muka eomma basah dengan air mata.

Cukup menyakitkan hati aku.

"T-Tu sahaja yang saya ada. L-Lagipun duit tu untuk J-Jimin!" Air mata aku mengalir.

"Pergi mampos lah dengan anak tak guna tu!! Kau sepatutnya gugurkan je dia!! Menyemakkan hidup aku!! Anak dalam perut kau ni, gugurkan jelahh!!" Lelaki itu terus menghentak kepala eomma ke dinding dan menyepak perut eomma.

Aku terpaku melihat kejadian yang baru sahaja aku lihat dengan mata kepala aku. Dan turut apa yang aku dengar. Hina sangat ke aku?

Eomma terbaring di lantai. Darah mengalir membentuk kelopak kecil. Tak bergerak. Eomma pegang perut dia yang membulat..kenapa...kenapa?!

"Heh, mati pun kau! Menyusahkan aku!" Dia menyepak eomma. Eomma terkulai tak bergerak.

Aku pejam mata. Air mata yang mengalir aku biar tidak diseka. Aku dah tak tahan! Hati aku panas menggelegak.

Aku tekad!

Saat itulah aku keluar dari bilik dan menerpa ke arah eomma. Kepala eomma aku riba. Eomma tercungap-cungap.

"E-Eomma...j-Jangan tinggalkan Jimin.." Aku meraung dan terus menyapu darah di dahinya. Air mataku yang berjuraian, jatuh tepat di pipi gebu darahnya.

Tapi, eomma hanya tersenyum dalam kerdipan terakhirnya. Tangannya perlahan-lahan membelai wajahku.

"J-Jimin kena kuat tau? Eomma sayang Jimin.." Kemudian, tangan eomma terkulai ke tepi.

"Eomma! Eomma!!" Aku menggoncang-goncang tubuh eomma. Tapi eomma dah tak bernafas.

Aku pandang lelaki itu, dan dia turut pandang aku. Wajah yang aku benci aku tatap penuh dendam.

"Kau pahal tengok aku macam tu?" Dia soal, biadap. Kepalaku ditunjal dengan ibu jari kaki.

"Pembunuh!! Kau pembunuh! T-Tolong!!" Aku menjerit.

"Diamlah budak tak guna!" Lelaki itu menyepak kepalaku hingga terhentak ke bucu dinding.

"Dasar biawak busuk gemuk tak berhati perut!!" Aku menerpa ke arahnya, bersedia menghadiahkan penumbuk.

Tapi, siapalah aku? Budak berumur 5 tahun yang tak pernah ditakutinya. Kepala aku ditolak kuat hingga aku terundur beberapa tapak dan terjatuh di sebelah jasad eomma.

"Heh, anak tak guna. Biadap. Kau pun patutnya mati je dengan eomma tak guna kau ni! Tapi aku biar kau hidup. Biar kau terseksa.."

Aku lihat dia mengira-ngira duit itu. Sebelum tersengih sinis dan berpaling. Dia berlalu pergi meninggalkan aku dan jasad eomma yang sudah tidak bergerak. Aku menangis sekuat hati. Polis akan tiba tak lama lagi.

Aku janji dengan diri aku. Aku akan balas balik apa yang telah dia lakukan. Aku akan balas dendam balik atas apa orang dah buat kat aku.

Kawan-kawan di tadika ejek aku anak pemabuk. Anak penjudi. Anak haram!

Aku keseorangan. Aku kehilangan orang yang aku sayang. Satu-satunya manusia yang mengambil berat akan aku.

Eomma dan adik aku. Ya, diorang mati.

Dan aku yakin, aku bakal memegang status terbaru, pembunuh. Sebab aku pasti, ramai kawan-kawan aku yang akan ejek aku bunuh ibu sendiri.

Apa mereka tahu? Mulut celupar, kain carik orang mudah dia judge, tapi kain kat badan dah macam kena gerit tikus tak pernah nak perasan.

Inilah manusia yang aku kenal. Tiada hati mahupun perasaan.

Dan, sebenarnya aku ada dua orang sepupu. Diorang kembar pulak tu. Mak mereka adik kepada eomma aku.

Aku ingat masa aku kecil, aku selalu bermain dengan mereka. Kami memang rapat, sampailah ibu mereka tinggalkan dia dan ayahku berubah perangai.

Sejak dari itu aku dah tak pernah jumpa dia. Dan, aku tak ingat siapa dia. Kalau boleh, aku nak cari dia balik..

Aku akan cuba ingat semua cerita Eomma pasal dia..

blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)Where stories live. Discover now