"Yah Jimin-shi! Semalam kau nangis ke tengok Train To Busan?" Tersentak Jimin apabila disoal sebegitu rupa pada pagi yang hening lagi mendamaikan ini.
Soalan killer tu. Killer yang mampu menjatuhkan maruahnya sebagai penyibuk, pengacau, gila-gila dalam rumah ni.
"Mana ada..mata aku masuk habuk ah.." Jimin belagak selamba.
"Oh lupa, semalam rumah ni dilanda ribut pasir. Tengok, unta tu pun dah bangun." Hoseok, Taehyung dan Jungkook ketawa melihat Yoongi yang baru muncul di belakang Jimin.
Wah, seronok mereka dalam bab bahan membahan ni. Tapi, Yoongi masih mamai dan tak dapat mendengar kutukan dan troll level 9999 itu. Kalau dia dengar, tentunya mereka bertiga akan menjadi patung ala-ala Firaun di rumah Seokjin.
Namjoon pula masih berwajah dungu kerana lansung tidak memahami lawak itu. Yelah, dia tidur mati semalam. Hoseok kejut pun dia tak dengar. Sampai terpaksa wajahnya disimbah air, barulah dia terjaga.
"Otak korang ah. Dah, tepi sikit. Aku lapar ni. Seokjin hyung mana?" Jimin dan Yoongi mengambil tempat di sebelah Hoseok.
"Dia dah pergi kerja dah pun.." Taehyung mencelah selamba.
"Oh." Tanpa melihat dia membalas. Masih tak suka kehadiran Taehyung dalam rumah tu gamaknya.
"Wuit..nasi goreng? Uii sedap ni." Jimin mencedok nasi ke dalam pinggan. Kemudian, diberi pula kepada Yoongi.
"Kau ni, dah basuh muka ke belum ni?" Jimin mencebik melihat wajah Yoongi yang serupa hantu kubur dikejar bini kerana curang.
"Dah ah."
"Macam tak je."
"Macam tak. Tapi ya." Fuh dia punya ayat. Jimin menjeling sebelum mula melahap nasi.
Taehyung bangun dan menapak ke sinki bersama pinggan kotor. Jimin berkerut dahi, eh kenapa dia pakai uniform kedai? Sekarang pukul berapa? Jimin lihat jam.
"Omo!!" Jimin menjerit menyedakkan Jungkook, Hoseok dan Yoongi.
"Kau kenapa gila?!" Yoongi meninggi suara. Hoseok sibuk menepuk-nepuk belakang Jungkook yang tersedak.
"Kenapa kau tak kejut aku! Aku dah lewat nak masuk kerja! Dah lah tak mandi lagi!"
"Saja. Teringin gak nak tengok kau kena marah dengan bos. Tata, ai pergi dulu. Adios dumbass!" Taehyung berlari anak meninggalkan Jimin.
"Jilake!" Jimin terus bangun dan meninggalkan dapur.
Dia naik ke atas. Mandi dua tiga round, dan terus memakai baju uniform koko berlabel Bangtan Cafe berlambang hitam pink.
"Nasi tu aku tinggal. Balik nanti, aku tengok licin siap korang!" Jimin memberi amaran sambil memakai sebelah stokin di kakinya.
"Ya ya! Whatever!" Jerit mereka. Dia terus mahu berdesup keluar. Nasib baiklah dia sangkutkan beg sandang berdekatan pintu.
"Eh, mana beg aku pula ni?!!" Jimin menjerit.
Dia ternampak satu kertas kecil terlekat di penyangkut itu. Dia membaca dengan teliti. Hatinya membara.
"V! Kalau aku jumpa kau aku sumbat kau dalam mesin basuh!!" Rumah agam itu tak henti-henti bergema dengan jeritan nyaring Jimin. Tau la ada highnote pun an..
"Ape kau ni, Min?! Dari tadi jerit-jerit! Memekak je la! Kata nak pergi kerja, yang kau still tercegat kat situ macam tugu negara ni apahal?!" Yoongi menjerkah pula.
Rumah itu kini huru hara dengan jeritan lelaki-lelaki yang baru terlepas wad gila.
"Ni hah! Macam mana aku tak menjerit macam orang hilang anak?! V tu cari mati dengan aku! Eii...malam ni aku bungkus dia dalam plastik hitam.." Jimin mengeluh dan Yoongi terus mengambil kertas kecil dari tangan Jimin. Dia membaca kandungan nota pendek itu.
'Hai awucks~ Cari beg kew? Aku dah smbunyikn dlm rumah ni. Kau crilah sampai jadi mendiang! Good luck shorty! Muahh!! 😘
- Yang ikhlas dengan hati yg suci murni, V yg kacak lagi hensem.'
Geli geleman Yoongi membaca surat itu. Nak muntah pun ada rasanya. Tapi, beg sandang Jimin?
"Arghh! Lantaklah! Aku pergi dulu!" Jimin terus memecut keluar dan menghiraukan beg sandang yang mengandungi dompet, nametag dan topi kafe.
"Eh, Jimin ah!" Yoongi cuba memanggil tapi Jimin sudah hilang dari pandangan. Yoongi pandang sebelah stokin dan kasut Jimin yang berada di tepi pintu.
Dia menggeleng.
YOU ARE READING
blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)
Mystery / ThrillerMatured content (16+) ▶Memang panjang, tapi sekali baca, belum tentu boleh berhenti ▶ Never expect the ending ▶ "Blood Sweat and Tears II : Escape From Nightmare" (Done Publish) + Kisah 7 sahabat yang berjuang mencari erti kebebasan dan kebahagiaan...