#5 - Min Yoongi

2.5K 327 8
                                    

Yoongi's POV

Setiap orang pasti ada kisah dukanya sendiri. Pasti punya jalan cerita sendiri. Dan kali ini, aku ceritakan tentang hidup aku.

Aku diajar untuk mengemis oleh appa. Nama pun mengemiskan, takkanlah aku berasal dari orang berada..

Aku ada kembar. Min Woozi namanya. Dia comel, macam aku. Hehe. Sumpah aku sayang dia. Sebab dialah satu-satunya keluarga bagi aku.

Eomma? Eomma dah lama tinggalkan aku, Woozi dan appa. Bukannya mati, tapi ikut lelaki lain. Lebih kurang tiga tahun lalu.

Aku tak faham dengan perempuan tu.

Yang jadi mangsanya, ialah aku dan Woozi.

Aku selalu kena dera dengan mak tiri yang tak pernah aku anggap sebagai mak. Appa pula dera aku dengan menyuruh aku mengemis. Macam aku kata tadi.

Kalau aku tak dapat lebih daripada 12,000 won, aku akan dipukul.

Itu nasib aku. Woozi?

Dia dah tinggalkan aku. Bukan ikut eomma. Tapi kali ni, mati.

Appa lah yang bunuh dia. Sepatutnya, dia mengemis sama macam aku. Tapi, lepas eomma tinggalkan kami, appa jadi beremosi gila apa tah.

Jadi appa marah dan pukul Woozi. Senang kata, Woozi ni ialah tempat dia lepaskan marah.

Semua berlaku depan mata aku. Masa tu, aku dan Woozi berumur 6 tahun. Dan masa tu juga, eomma tiri aku tu tak muncul lagi dalam hidup aku. Tak jejak pun lagi kaki kotornya dalam rumah aku. Tak, bukan rumah. Neraka aku.

FlashBack

Aku terjaga dari tidur setelah terdengar bunyi bising. Aku keluar dari bilik.

"Appa!! Sakit appa!!" Aku dengar suara adik aku, Woozi menjerit. Mata aku yang mengantuk cerah.

Kaki aku laju berlari ke ruang tamu.

Aku nampak Woozi sudah berlumuran darah dan menangis. Aku terkedu. Aku tengok appa. Dia sedang melayangkan tali pinggang dan rotan.

"Diam! Aku benci dengar suara kau! Aku tak ada anak dengan eomma kau!!" Dia menjerkah macam orang tak siuman. Dilibasnya tali pinggang itu berkali-kali ke arah Woozi. Setiap kali libasan itu terkena tubuh kecilnya, pasti dia akan meraung kesakitan.

Aku menangis melihat dia yang menderita. Aku tekup telinga dan duduk di belakang dinding. Aku tak sanggup nak tengok.

"Appaa!!! S-Sakit!!!" Dia menjerit.

Aku teresak-esak. Dan tangisan aku makin kuat tatkala dia menjerit kesakitan. Sekali sekala mulutnya ditekup kuat oleh appa.

Aku buka mata. Aku nampak sebilah pisau di atas meja. Tangan aku tergetar-getar mencapai benda alah tersebut.

Aku tenung lama. Kemudian aku bangun. Tapi aku hairan, raungan Woozi sudah berhenti. Appa dah selesai melepaskan marah dia ke?

Aku intai sedikit.

Khayalan aku meleset. Kepala Woozi berdarah, mulut dan tubuhnya juga begitu. Aku lihat, Woozi tak bermaya.

Serta-merta pisau digenggaman aku jatuh. Aku berlari ke arahnya. Kepala basah itu aku peluk ke dada.

"Woozi ah..j-jangan tinggalkan hyung.." Aku sebut namanya.

"H-Hyung..s-sakit..." Dia merintih. Hanya mata dan mulut sahaja yang bergerak. Aku lap air matanya yang sudah bercampur dengan darah.

"N-Nae..h-hyung tahu. K-kita lari okay? M-mulakan hidup yang baru? Jauh dari neraka dunia ni?" Air mata aku mengalir deras. Jatuh ke pipi darahnya.

Aku nampak dia senyum.

"G-Gomawo hyung.." Saat itulah, aku tengok senyumannya mati. Tangannya terkulai. Dadanya berhenti berombak. Aku cemas.

"Woozi!! Woozi bangun!!" Aku menjerit dan menggoncangkan tubuhnya. Tapi, tiada sahutan.

Masa ni lah aku sedar..Woozi dah tinggalkan aku.

Aku menangis meratapi jasad yang sudah tidak bernyawa.

"Ape kau buat dekat sini?! Pergi masuk!" Rambut aku tiba-tiba direntap kasar. Pelukan aku terlepas. Aku cuba kembali kepada Woozi, tapi appa lebih kuat menarik aku.

Aku dikurung di dalam bilik semula. 

"Appa!! Bukak pintu ni!" Aku mengetuk-ngetuk pintu bilik.

Aku takkan lupakan peristiwa ni...

End Flashback

Sampai sekarang aku kesal dengan diri aku sendiri. Kenapa aku tak bunuh ja appa masa dia nak bunuh Woozi..

Kalau tak, mesti Woozi masih ada bersama aku.

Dan sampai sekarang, aku tak tahu di mana mayat Woozi disembunyikan. Sampai lelaki berhati iblis itu tidak ditangkap atas tuduhan membunuh.

Aku tekup muka. Menangis. Jangan risau Woozi, hyung akan balas untuk kau..

Dan, dengan pisau ni..hyung tebus balik kekesalan hyung dulu...

blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)Where stories live. Discover now