#26 - Reflection

1.8K 233 2
                                    

"Appa.." Aku tersengih sinis.

Aku genggam penumbuk. Hoodie hitam aku naikkan ke kepala. Penutup muka aku betulkan. Aku tersenyum.

Aku mengikut lelaki yang aku yakin ayah aku atau lebih tepat, pembunuh Woozi.

Woozi ah, hyung akan tunaikan janji hyung..

"Arghhh!!!" Telinga aku cekap menangkap suara seseorang menjerit. Aku cari arah suara tu. Datang dari belakang.

"Arkhh!!" Dia menjerit lagi.

Suara ini...macam suara Jungkook! Aku pandang sekilas ke arah pembunuh yang aku dendam itu. Dia makin hilang di balik kesibukkan orang ramai. Aku hela nafas panjang.

Dilema. Nak tolong Jungkook, atau capai hasrat utama hidup.

"Hyung...tolong Jungkook.."

Aku terdengar bisikan kecil. Aku toleh ke langit. Mata aku berkaca. Woozi. Aku pandang lelaki itu kembali. Semakin mengecil dalam pandangan aku.

"Argh!" Jeritan itu bergema dalam telinga aku. Aku toleh ke arah lorong kecil yang mula dikerumuni orang.

"Shit!"

Aku bergegas mendapatkan lelaki yang aku syak Jungkook.

"Kau termenung ape ni? Teringat seseorang ke?" Rasa terhumban jantung kerana terkejut.

Hampir sahaja tangan Yoongi dilayangkan pada wajah makhluk bernama Hoseok yang tiba-tiba memeluk bahunya. Memang dah puas hidup agaknya dia ni.

"Terkejut mak." Yoongi melihat sengihan pada seraut wajah.

"Jungkook okay?" Tanya Yoongi kembali melemparkan pandangan ke luar kaca televisyen.

"Dah, dia tengah tidur. Namjoon tolong uruskan dia tadi. Apa dah berlaku sebenarnya?" Hoseok cuba mengorek rahsia.

"Entahlah. Aku...aku terjumpa dia kena pukul belakang lorong sana. Dekat dengan pasaraya Seoul. Nasib baik aku sempat tolong, kalau tak, lunyai budak tu dikerjakan." Yoongi menghirup air kosong sejuk.

"Haish, kalau Seokjin tau, confirm dia marah. Aku dah pesan jangan keluar, tapi dia keluar jugak." Hoseok kesal.

Dia dah halang, tapi seperti yang dikatakan Hoseok, dia tetap keluar. Entah ke mana dia hendak pergi. Nasib baiklah tak mati kena pukul.

"Hyung...tolong Jungkook.."

Terngiang-ngiang ayat itu dalam kepala hotaknya. Betul ke apa yang dia dengar tadi? Tu macam suara Woozi..tapi, mustahil kan..

Appa..lelaki tu terlepas. Betul ke apa yang dia lihat? Lelaki yang pernah membunuh satu-satunya keluarga dan kehidupannya?

"Suga ah. Kau okay? Banyak termenunglah aku tengok kau ni. Teringat kat siapa?"

Lamunan Yoongi dipotong celahan Hoseok lagi. Yoongi laju memandang Hoseok yang meniliknya.

"Tak...aku okay.." Yoongi meraup wajah.

"Serius ke kau okay ni?" Hoseok menyoal dan Yoongi kembali mengangkat wajah.

Tiba-tiba, matanya terancap pada satu tubuh kecil yang sedang berdiri di tepi tangga. Tubuh itu tersenyum dan melangkah naik ke atas. Yoongi berdiri. Kelopak matanya tiba-tiba rasa hangat.

"Suga..kau okay ke ni?"

"A-Aku nak naik atas...aku pergi dulu." Pamit Yoongi dan terus menapak laju mendaki tangga.

Meninggalkan Hoseok yang terpinga-pinga menghantarnya dengan pandangan mata.

Yoongi tiba di tingkat dua. Dia mengamati ruang koridor kecil itu. Mencari kelibat tubuh yang baru dia kelih tadi.

Kemudian, dia terpandang benda yang dia cari. Tubuh itu tersenyum lagi sambil melihat Yoongi. Kemudian, dia menapak masuk ke dalam bilik yang dikongsi dengan Jimin.

Yoongi cemas. Dia berlari masuk ke dalam biliknya. Pintu yang tertutup dikuak laju. Tak, dia tak nak kehilangan lagi. Dia rindu..sumpah rindu..

Dia mengamati biliknya. Kosong. Tiada sesiapa selain dirinya. Pintu ditutup kembali. Kaki Yoongi terasa lemah. Betul ke apa yang dia nampak tadi, atau memang dia dah gila?

"Hyung.."

Satu bisikan halus menyapa gegendang telinganya. Lagi? Terpanggung kepala Yoongi. Dia mencari-cari suara aneh itu.

"Hyung..kat sini.." Yoongi berpusing-pusing di dalam bilik.

Cemas.

Sebelum terhenti di hadapan cermin meja solek. Tangannya tergetar-getar macam terkena penyakit Parkinson. Perlahan-lahan kakinya melangkah ke situ. Dia melihat pantulan dirinya di situ. Menangis dengan mata yang merah, Yoongi menekup wajah.

"Hyung..janganlah menangis. Malulah..hyungkan dah besar.." Yoongi angkat kepala.

Macam nak tercabut jantungnya tatkala melihat pantulannya sendiri di permukaan licin itu. Tak, bukan pantulannya. Tapi pantulan adiknya. Min Woozi..

Ternganga mulut Yoongi. Woozi tergelak halus.

"Kenapa dengan hyung ni? Tak happy ke tengok Woozi?"

Makin kuat pula hamburan tangisan yang dikeluarkan Yoongi.

"Woozi!!...aku rindu kau!..k-kenapa kau tinggalkan aku?!!..." Raung Yoongi melekapkan kedua-dua tapak tangan di permukaan cermin.

Kalau boleh, mahu sahaja dia memeluk tubuh kecil itu. Sumpah dia rindu. Cukup rindu.

"Alah, semuanya akan okay. Kau dah jumpa keluarga baru kan? Tengok sekeliling, rumah baru, baju baru. Okaylah tu." Pujuk Woozi lagi.

"Siapa keluarga aku? Aku cuma ada kau je wei.." Yoongi melekapkan ubun-ubunnya di permukaan cermin.

"Ish, Jungkook, Namjoon, Jimin, Seokjin hyung, Taehyung dengan Hoseoklah. Takkan kau tak sedar, diorang tengah jaga kau sekarang ni.."

Yoongi angkat kepala. Mulutnya sedikit ternganga.

blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)Where stories live. Discover now