#11 - Jungkook

2.1K 280 6
                                    

Tadi aku curi duit lelaki yang beli aku dari mak. Oh ye, lupa nak bagitau. Mak angkat aku tu dah jual aku pada sorang lelaki. Macam ketua gangster. Dah 7 tahun aku hidup dengan orang tua tu.

Aku dilayan bukan bagai putera. Tapi hamba. Kerja aku mudah sahaja. Mengintip musuhnya. Ya, pernahlah aku hampir ditembak di kepala sebab terkantoi mengintip kelab malam dia.

Tapi, nasib baik konco-konco ketua aku tu datang tolong.

Ingatkan dah selamat. Rupa-rupanya, aku kena hentam pula bila balik rumah.

Bukannya tak pernah leher aku berdarah dikelar. Tapi nasib baiklah dia kelar aku untuk menakut-nakutkan aku. Nasib baik juga dia tak potong saluran pernafasan aku.

Berbalik pada cerita, masa aku tengah mencuri tu, salah seorang konco ketua aku tu perasan.

Apa lagi, terus dia jerit dan kejar aku. Hanbin dan Bogum yang ada dekat dengan dia turut kejar aku.

Apa lagi, aku pun cabut ah!

Cari mautlah kalau tunggu dekat situ.

Aku curi duit tu sebab aku nak beli makanan.

Tapi, tak sangka pulak boleh kantoi secepat ni.

Tengah aku lari, aku terlanggar bahu mamat berambut oren ni. Aku tak sempat toleh sebab tiga budak gila tu tengah kejar aku. Dengan kayu besi bagai.

Aku dengar dia maki aku. Dua kali pulak tu. Aku syak, budak tiga ekor tu pun langgar dia.

Lantak kau lah budak! Yang penting aku selamatkan diri aku dulu.

Aku nampak satu bangunan separuh siap.

Aku tak tahu apa yang aku fikir, aku terus masuk dalam bangunan tu. Mungkin aku terlalu cemas sampai fikir macam katak tertelan racun tikus. Aku dah fikir dah, kalau aku masuk bangunan ni, aku jumpa jalan mati.

Tapi, badan aku ni degil tak nak ikut otak aku. Bila dah masuk, baru aku sedar. Nak patah balik tak boleh dah.

"Kau nak lari mana?" Aku toleh ke belakang. Diorang dah sampai dengan muka minta penyepaknya.

Aku terpaku. Langkah aku diundur hingga belakang aku terkena permukaan dinding. Salah seorang dari mereka datang dan merentap kolar leher aku.

Sebelum rahang aku ditumbuk.

Kepala aku dihentak dengan benda keras yang aku sendiri tak pasti objek apa. Mungkin kayu dan besi.

Mungkin aku akan mati?

Masa aku samar-samar nak pengsan, aku nampak seorang lelaki ni datang kat aku.

Aku fikir, dia nak bunuh aku jugak. Tapi, aku nampak dia pukul tiga lelaki tu.

Mata aku kian kabur dan akhirnya, semuanya gelap.

Entah berapa lama aku tertidur, aku akhirnya terjaga. Tak bestlah cerita ni kalau hero mati awal.

Aku sedar, benda first yang aku nampak ialah siling. Dah nama pun terbaring, takkan nak nampak katil pula kan?

Aku rasa ada kain basah atas kepala aku. Dan aku rasa kepala aku berbalut.

"Kau dah sedar?" Aku dicuit satu pertanyaan mengejut.

Rasa ringan je tangan aku ni nak lempang empunya soalan tu. Dah elok mata aku terbuka ni, dia tanya soalan klise macam tu.

Nak aje aku kata 'taklah, dah mati.' Tapi, tak naklah dia terasa hati sebab dia dah tolong aku. Mungkin?

"A-Aku kat mana?" Aku tanya sambil cuba untuk duduk. Mata aku masih kabur kesan hentakkan. Dan semestinya kepala aku sakit dan pening-pening lalat. Aku pegang kepala aku bila rasa berdesing secara tiba-tiba.

"Kau sakit kepala ke?" Suara itu menyoal lagi. Aku mencebik.

"Tak lah, geli."

"Erk.." Aku rasa, dia terkejut dengan cebikkan aku.

"Aku kat mana ni?" Aku teruskan soalan yang tak berjawab.

"Kau kat rumah aku." Satu suara lain menegur. Aku gosok mata aku.

Dan, pandangan aku makin jelas. Aku nampak seorang lelaki berambut oren, dan seorang lagi berambut hitam. Eh kejap, bukan lelaki oren ni ke yang aku langgar tadi?

"Nama kau siapa?" Soal lelaki berambut hitam, aku toleh ke arahnya.

Diam. Tapi dia hanya berjalan ke arah kami berdua dan memberikan segulung bandage kepada lelaki berambut oren disebelah aku. Kemudian, lelaki oren tu menyapukan sesuatu di lengan aku menyebabkan aku spontan berdesis kesakitan.

"Ah!"

"Tahan sikit." Tegurnya dan terus membalut lengan aku.

Aku tak tahu, kenapa diorang bantu aku, apa maksud dan tujuan diorang buat semua ni kat aku..

Aku tak kenal diorang.

"Kawan aku tanya, kau siapa?" Lelaki berambut oren menyoal lagi.

"Kenapa kau nak tahu?" Aku soal, kasar. Ya, aku tak percayakan manusia. Bagi aku, tak ada manusia yang baik dalam dunia ni.

"Cakap jelah. By the way, aku Jimin. Park Jimin. Yang ni kawan aku. Kim Seokjin." Aku lihat lelaki berambut oren itu memperkenalkan diri.

Aku diam.

"Aku Jungkook. Jeon Jungkook."

blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)Where stories live. Discover now