Minggu demi minggu berlalu. Mereka dah kenal satu sama lain. Semua rahsia diungkap dengan kata-kata. Mereka kenal siapa diri mereka, dan satu sama lain. Setiap peristiwa, sakitnya dunia, dah dikongsi bersama.
Tapi, V masih tak pulang. Tiada siapa tahu dia ke mana dan apa yang berlaku pada dia.
Dan mereka bersepakat..
Untuk lupakan V.
"Okaylah, aku nak pergi kerja dulu.." Hoseok memakai topi kelabu yang menutup hampir seluruh dahinya.
"Okay, hati-hati.." Kata Jungkook sebaik sahaja melintasi pintu dengan segelas milo di tangan.
Hoseok mengikat tali kasut sebelum melangkah keluar. Banyak tong air yang perlu dihantar hari ni.
• • •
"Hoseok ah.."
Hoseok yang leka menyusun balang air berhenti dan memandang bosnya. Keringat di dahi dilap dengan hujung lengan.
"Hantarkan tujuh balang air kat penjara Seoul. Nah kunci lori. Balik cepat tau, banyak air lagi nak kena hantar. Kau pergi dengan Hansung dan Minhyun.." HunHan menghulurkan segugus kunci kepada Hoseok.
"Okay, sunbae.."
Hoseok berjalan ke arah lori kecil yang dipenuhi botol air di belakangnya. Dia menghidupkan enjin dan berlalu pergi.
Setibanya di penjara Seoul, Hansung turun dan mendekati kaunter.
"Tuan, kami nak hantar air."
"Okay, tunggu sekejap.." Pintu besar perlahan-lahan terbuka. Ada dua anggota polis sedang menunggu mereka di dalam.
"Boleh masuk." Katanya dan Hoseok perlahan-lahan menekan minyak.
"Tolong letakkan di dalam bilik sana.." Tunjuk salah seorang anggota polis.
Hoseok, Minhyun dan Hansung hanya mengangguk dan mula memunggah balang-balang air itu.
Satu demi satu air dipindahkan, hinggalah yang terakhir dibawa oleh Hoseok. Tatkala Hoseok mahu melangkah keluar, loceng tiba-tiba berbunyi. Ah, tanda masa makan untuk banduan.
Hoseok terus berjalan, tapi langkahnya terhenti setelah ternampak seseorang. Nun jauh di balik tirai besi. Matanya membulat seakan tidak percaya.
"Tak mungkin.."
Ya, dia nampak V..
• • •
"Kau biar betul Hoseok. Kau silap tengok kot.." Seokjin menyandarkan tubuh ke sofa.
"Sumpah, hyung! Aku tak tipu! Aku sendiri nampak dia! Aku pergi hantar air kat penjara Seoul, aku nampak dia!" Beriya-iya Hoseok mempertahankan diri dengan menepuk meja.
"Wo wo wo..rilek bro.." Namjoon menenangkan Hoseok.
Mereka semua diam sekejap dan saling berpandangan.
"Kalau betullah tu, V..apa yang dia dah buat sampai..dia masuk penjara? Selama ni dia hilangkan diri, sebab dia ditangkap? Kenapa dia tak call kita dulu?" Jimin tiba-tiba beremosi dan terus bangun sebelum menekan perut.
Yoongi cemas dan terus berdiri mendekati Jimin. "Lamanya luka kau nak sembuh. And kau tak boleh jalan lagikan?" Yoongi merungut sebelum membantu Jimin untuk duduk. "Dalam sangat kot dia tembak." Balas Jimin acuh tak acuh.
"Sabar, Min." Jungkook menepuk bahu Jimin. Dia pandang Seokjin yang sudah berkerut dahi. "Sekarang macam mana hyung?"
"Dia kat penjara mana?"
"Seoul.."
"Kita jumpa dia besok." Seokjin mengambil kata putus.
"Serius ke, hyung?"
"Kau tengok muka aku tengah buat lawak ke? Ada nampak mummy happy? Ada nampak mummy happy?"
"T-Tak.."
"Bagus."
Hati yang tenang kian bergolak kembali. Kenapa V buat macam ni? Kenapa dia tak beritahu terlebih dahulu? Apa jenayah yang V dah buat?
Malam itu semua orang hanya beriktikaf dalam bilik masing-masing. Buat hal sendiri.
Besok, mereka akan bertemu dengan dia..
YOU ARE READING
blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)
Mystery / ThrillerMatured content (16+) ▶Memang panjang, tapi sekali baca, belum tentu boleh berhenti ▶ Never expect the ending ▶ "Blood Sweat and Tears II : Escape From Nightmare" (Done Publish) + Kisah 7 sahabat yang berjuang mencari erti kebebasan dan kebahagiaan...