"Hah..hah..hah..mana Jungkook ni? Malam-malam buat hal!" Rungut Jimin tercungap-cungap.
Hoseok yang turut semput mengamati kawasan sekeliling. Kosong.
"Macam mana? Kau nampak tak?" Jimin kembali berdiri tegak dan mencekak pinggang.
"Nampak ape?! Gelap kot!" Kesal Hoseok masih mengerling ke sana sini.
"Haish..cepatnya dia hilang. Hantu ke manusia dia ni."
"Kau call dia tengok. Mana tahu dapat." Pinta Hoseok tanpa menoleh.
Jimin pantas menyeluk saku seluar untuk mengambil telefon itu. Nombor Jungkook pantas didail sebelum telefon itu dilekapkan di telinga kanan.
"Tak dapatlah. Dia off telefon dia.." Jimin mengesat peluh yang terbentuk di dahi dan leher. (😐💕)
"Kita berpecah dululah. Apa-apa, call aku balik. Aku risau ni." Cadang Hoseok tanpa riak mesra.
"Okay. Kau sini, aku situ." Jimin dan Hoseok mula berpecah untuk mencari Jungkook.
• • •
Jimin's POV
"Mana makhluk ni.." Aku berlari melintasi ke deretan kedai yang sudah ditutup.
Kosong. Hanya ada van hitam yang bergerak mahu meninggalkan lorong ini. Aku mengeluh. Aku rasa, dah hampir sejam aku mencari makhluk itu. Aku lihat jam tangan, sudah pukul 9.32 malam.
Aku ingatkan diri untuk ikat budak itu di pokok apabila aku terjumpanya kelak. Dah dua kali aku mendapat panggilan dari Hoseok, dia pun belum menemui Jungkook. Berkali-kali juga aku cuba menelefon Jungkook, tapi tak berhasil.
Kenapalah dia merajuk teruk sangat ni? Apa masalah dia? Apa yang V dah buat pada dia?
"Ah!" Aku terkejut setelah terlanggar seseorang.
"Yah! Buta ke?!" Dia menjerkah. Terkesima aku seketika. Oh, orang mabuk. Seorang lelaki tua dan seorang perempuan muda. 20-an macam tulah. Mabuk jugak.
"Mian.." Sekali lagi aku minta maaf walaupun memang bukan salah aku.
"Argh! Jalan tu tengok orang lah bodoh!" Ah, many ugly your mouth! Main maki-maki lak. Aku sekeh pakai kasut aku ni karang. Nasib kau tua je pakcik kalau tak, dah lama kau mati dalam longkang tu.
Aku membebel di dalam hati. Tak sampai lak hempedu ni nak kata betul-betul.
"Dah la tu oppa..jom balik.." Nada gedik dia memeluk lelaki itu.
Rasa panas je tangan nak tampo mata menggoda dia. Nak muntah pun ada bila dengar suara perempuan tu.
"Argh! Blah la kau!" Dia tolak bahu aku dan berlalu pergi. Terpinga-pinga aku seketika.
Apa dosa aku?
Aku mengangkat bahu dan mula menghayunkan langkah untuk meneruskan ekspedisi mencari Jungkook.
Tapi, kaki aku terhenti secara tiba-tiba. Aku berdiri tegak sambil mencongak-congak dalam kepala wajah seseorang. Aku pantas toleh ke belakang untuk memandang lelaki tua dan perempuan itu semula. Jalan terhuyung-hayang macam tikus minum air ketum.
Mereka berhenti seketika dan saling bertentangan. Aku tarik nafas panjang.
Aku berdiri di tengah-tengah lorong sambil memandang mereka yang sedang bercium. Yukss...
Tapi, aku tersengih. Cap hitam aku, aku tarik hingga menutup separuh mata. Telefon aku matikan, dan tangan aku seluk ke dalam saku jaket.
"Well, there you are..love to see you again.."
YOU ARE READING
blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)
Mystery / ThrillerMatured content (16+) ▶Memang panjang, tapi sekali baca, belum tentu boleh berhenti ▶ Never expect the ending ▶ "Blood Sweat and Tears II : Escape From Nightmare" (Done Publish) + Kisah 7 sahabat yang berjuang mencari erti kebebasan dan kebahagiaan...