Jimin's POV
Aku pandang sebuah rumah. Rumah yang telah lama aku tinggalkan. Rumah yang mengandungi ribuan kisah dan sejarah lama.
Aku menghela nafas panjang. Pistol glock 17 di tangan disimpan di dalam saku jaket. Aku melangkah masuk dengan tujuan yang satu. Appa...
Pintu rumah aku tolak perlahan. Semuanya sudah berubah. Perabot. Warna dinding.
Aku pandang tempat terakhir aku lihat mak. Terbaring berlumuran darah. Macam wanita yang aku sayang itu benar-benar ada di sisi aku sekarang. Tiba-tiba rasa sebak mengusik jiwa. Aku menutup mata, cuba mencari kekuatan sebelum mula mengorak langkah.
Dendam aku kian membara. Macam api yang dihulur arang.
Aku periksa sekeliling terlebih dahulu. Kosong. Aku mara ke bilik yang pernah aku kongsi dengan eomma dulu. Pintu bilik aku terajang kuat.
"Ah!"
Aku nampak appa dengan seorang wanita. Aku tenung sahaja mereka. Aku perasan mereka berdua terkejut dengan kehadiran aku secara tiba-tiba.
"S-Siapa kau?! Kenapa kau masuk rumah aku sesuka hati?!" Jerkahnya.
Rumah kau?
Kau memang tak berubah! Kau tak rasa bersalah atas apa yang kau dah buat kat aku, Jihyun dan mak dulu!!!
Aku diam membatu. Kaku macam kayu. Memang dia tak kenal aku. Lelaki yang bermask hitam dan bertopi paras mata. Hoodie aku pakai menutup hampir seluruh kepala. Tak..dia tak cam aku. Aku menyeluk saku seluar jeans.
"Kau perempuan, blah." Aku arah sambil menggerakkan kepala.
Perempuan itu tergetar-getar terus berlalu pergi. Hanya selimut membaluti tubuhnya.
Saat dia melepasi aku, aku mengheretnya ke sebuah bilik lain dan menolak wanita murahan itu. Wanita yang pernah aku jumpa ketika appa mabuk di Seoul tempoh hari. Perempuan itu jatuh tersungkur. Aku mengunci pintu tersebut dan kembali mendekati appa.
Jelas appa amat terkejut dengan tindakkan drastik aku. Takkan aku nak biar dia blah macam tu aje?
Aku pandang appa.
"P-Pembunuh..kau pembunuh!! T-Tolong!" Ayat yang pernah aku dengar suatu masa dahulu kembali lagi. Ya, tu ayat aku.
Bodoh. Orang kurung dikata bunuh.
Dia turun dari katil dan berdiri di tepi almari.
"Kenapa? Kau takut? Pembunuh? Aku pembunuh? Kau bukan pembunuh jugak ke? Bukan perkara ni dah lali ke dalam hidup kau?" Aku soal sinis.
"Darah...tangisan...jeritan...rayuan..bukan semua ni dah ada dalam diri kau? Kenapa kau nak takut?"
"K-Kau siapa? K-Kenapa kau datang sini? L-Lepaskan aku! Jangan bunuh aku!" Dia merayu.
Aku berdecit sambil menggeleng. Perlahan-lahan aku mendekatinya sambil bermain-main dengan pistol di tangan aku.
"Kau ingat mudah ke aku nak lepaskan kau? Setelah apa yang kau buat pada aku, adik aku dan mak aku?!" Saat itulah aku sedar, appa sudah kenal siapa aku.
"J-Jimin?"
"Ya, nama aku Park Jimin. Anak kau yang kau panggil tak guna dulu. Anak yang kau dah bunuh mak dia depan mata dia. Oh ya, kau tak layak bergelar appa. Sebab kau dengan binatang tak ada beza pun!!" Aku menjerit macam orang gila dan menerpa ke arahnya. Pistol glock 17 tadi aku campak ke katil.
Aku terus menumbuk wajah lelaki berseluar pendek tidak berbaju itu sehingga tersandar di dinding.
"Aku tak ada perasaan kesian kat kau bila aku buat kau macam ni. Sebab kau bukan appa aku!" Aku menjerkah sambil menumbuknya untuk kali kedua. Darah berhamburan di sekeliling lantai.
"Kau tak pernah rasa bersalah ke?! Kau bunuh mak aku, kau hancurkan hidup aku! Dan sekarang, kau berfoya-foya dengan perempuan second-hand macam ni?!?" Aku mengundur ke belakang. Wajah lebamnya aku tatap berkaca-kaca.
"Mi-Mianhae..appa tahu appa salah.." Air matanya pula turun. Aku capai kembali pistol hitam aku.
"Dah kau tahu kenapa kau masih bodoh sombong lagi!?! Kenapa kau masih boleh gembira?!! Kau tak pernah kesiankan mak aku!! Maaf kau tak cukup untuk aku! Nyawa berhutang nyawa, malam ni, aku nak kau langsaikan hutang kau!!" Aku menghalakan mulut pistol ke arahnya. Aku mengetap gigi. Difokus ke arah kepalanya, picu aku tarik.
"A-Aku minta maaf!!" Dia menjerit sambil menyilangkan tangan ke wajah.
Aku berhenti.
Aku berhenti bukan sebab kesian. Tapi, ada satu suara halus membisik ke telingaku.
"Jimin ah...eomma tak ajar Jimin buat macam ni..."
Itu..itu mam. Tangan aku menggeletar. Kaki aku serta-merta lemah. Aku terundur beberapa langkah ke belakang. Pistol hitam ditangan aku jatuh ke lantai melantun beberapa kali sebelum diam di tepi kaki meja. Air mata yang aku cuba tahan akhirnya jatuh kerana satu suara halus lembut yang berbisik di tepi telinga kanan.
Air mata aku jatuh. Aku tertunduk sementara bahu aku mula terhinjut. Hati aku dirunduk rasa pilu. Aku pandang appa yang tercungap-cungap.
"Kau dah sengsarakan hidup aku, kau tahu tak? Ramai orang ingat aku pembunuh disebabkan kau!!" Aku terus merenungnya.
"Kau bunuh mak aku. Aku yang tanggung. Selama aku hidup kat dunia ni, aku tanggung seorang diri. Tak ada sesiapa nak kawan dengan aku disebabkan kau lah!!!" Aku mengamuk dan kembali ke arahnya.
Wajahnya aku tumbuk lagi dan aku tolak hingga dia keluar dari bilik. Rambutnya aku rentap dan aku hala kepalanya ke arah tempat mak menghembuskan nafas terakhirnya.
"Tu, kau tengok tempat ni. Tengok!!" Aku menggoncang kepalanya.
"M-Mianhae.." Dia merintih.
"Tempat ni lah yang pernah kau hancurkan aku dulu. Dekat sinilah kau bunuh kebahagiaan aku, kau bunuh perempuan tak bersalah sebab kepentingan diri kau sendiri!!" Aku meraung.
Bayangan mak masih lekat macam dah digam di tepi mata aku. Serius aku tak boleh lupakan dia.
Rambut lelaki itu kemudian aku lepas. Aku menarik nafas panjang bersama esakkan aku.
Aku lihat lelaki itu terkapai-kapai mencari sesuatu di bawah meja. Wajahnya cemas.
"Polis akan tiba tak lama lagi. Aku takkan bunuh kau. Sebab aku tahu, eomma tak mahu aku jadi macam kau. Eomma tak mahu aku ikut jadi syaitan macam kau." Aku berpaling untuk meninggalkannya.
"Aku patut bunuh kau masa kau kecik lagi..Jimin.."
Tidak sempat aku menoleh ke belakang, satu das tembakkan dilepaskan. Tepat mengenai perut aku. Aku terpana. Setitis air mata yang bertakung di mata kanan jatuh perlahan-lahan. Merasai pedih yang mula menyengat di bahagian perut. Aku perlahan-lahan pusing ke belakang.
Aku tersenyum sinis sambil memandangnya yang sedang menurunkan pistol yang baru aku tinggalkan tadi.
"K...Kau..tak..pernah berubah.."
"Maafkan aku." Dia acu pistol untuk kali kedua. Tepat disasar di kepala aku pula.
Pang!!
Picu dilepaskan.
YOU ARE READING
blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)
Misterio / SuspensoMatured content (16+) ▶Memang panjang, tapi sekali baca, belum tentu boleh berhenti ▶ Never expect the ending ▶ "Blood Sweat and Tears II : Escape From Nightmare" (Done Publish) + Kisah 7 sahabat yang berjuang mencari erti kebebasan dan kebahagiaan...