#66 - Woozi

1.3K 187 9
                                    

"Maaf, siapa Min Yoongi di sini?" Seokjin berkerut dahi, siapa Yoongi? Suga ke?

"Saya." Yoongi bangun sedikit mengejutkan Seokjin.

Seokjin memandang Yoongi dengan reaksi, 'Nama kau, Min Yoongi?'

Yoongi berjalan ke arah dua anggota polis tersebut. Mereka berdua keluar dan berbual di hadapan pintu. Seokjin menjengukkan sedikit kepala, tapi dia tak dapat dengar perbualan mereka.

Tapi, Seokjin perasan, ada riak wajah terkejut di wajah Yoongi. Yoongi melayangkan tapak tangan tanda sekejap. Dia masuk kembali ke dalam bilik Jimin.

"Hyung..aku nak kena ke Daegu. Kau tolong tengokkan Jimin. Nanti aku datang balik. Call aku kalau ada apa-apa.."

Dari Busan ke Daegu, hanya mengambil masa 48 minit jika menggunakan keretapi.

"Eh! Kau nak ke mana?!" Seokjin cuba menghalang.

"Kejap je, hyung! Jagakan Jimin jap eh!" Yoongi dan polis itu berlalu pergi.

Seokjin menghela nafas panjang dan menggeleng. Dia menghayun langkah ke arah Jimin dan melabuhkan punggung di kerusi. Selimut Jimin yang terselak menampakkan perutnya yang berbalut ditarik hingga ke paras dada kembali.

"Jimin..aku nak tahu..siapa kau sebenarnya, dan apa yang dah berlaku kat kau.."

Seokjin menutup mata dan tertidur di sebelah Jimin yang masih bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan. Dia terlalu letih...

•  •  •

Hospital Daegu
12:40 p.m.

"Laporan forensik kami..dah mengenal pasti rangka yang kami jumpa di belakang rumah suspek. Berdasarkan DNA, memang milik kanak-kanak lelaki bernama Min Woozi.." Jelas seorang anggota polis panjang lebar.

Yoongi memandang kosong fail bergambar di tangannya. Rangka tulang kecil yang sudah mereput dan diselaputi sisa tanah.

"Saya nak suspek dihukum secepat mungkin." Yoongi menutup mata.

Fail hitam itu ditutup dan diberi pada petugas forensik yang setia berdiri di tepi mereka berdua.

"Jangan risau, kami akan gunakan semua ni sebagai bukti untuk menahannya. Terima kasih kerana memberi kerjasama." Yoongi dan pegawai polis itu saling bersalaman.

"Ya, sama-sama." Polis itu meminta diri dan akhirnya berlalu pergi.

Yoongi berdiri di hadapan bilik forensik. Dia tersenyum tawar.

"Woozi..hyung dah berjaya." Yoongi terduduk di atas kerusi menunggu. Air mata yang tumpah dikesat dengan lengan.

Yoongi menutup mata. Dia dapat rasakan ada tangan kecil memeluk pinggangnya. Dia tahu, itu tangan Woozi.

"Min Yoongi?" Yoongi membuka mata sebaik sahaja ditegur. Seorang doktor lelaki berkot putih labuh sedang berdiri menghadapnya. Yoongi bangun.

"Ya saya."

"Pasal, adik awak, Min Woozi..rangkanya kami terpaksa simpan sebentar untuk siasatan lanjut."

Yoongi terkejut. Simpan untuk siasatan apa lagi?

"Kenapa pula doktor?"

"Kami nak cari bukti yang lebih kukuh untuk dakwaan Min Yoon Seok."

Yoongi diam sekejap.

Doktor itu menyambung lagi, "Jangan risau, proses ni takkan ambik masa yang lama. Kami akan maklumkan kemudian bila selesai, dan proses pengebumian boleh dilakukan."

Dengan berat hati, Yoongi bersetuju. Dia nak lelaki tu dihukum cukup-cukup!

"Terima kasih kerana beri kerjasama. Saya minta diri dulu." Doktor itu berlalu pergi.

Yoongi menghantarnya dengan pandangan kosong. Dia melepaskan nafas berat dan duduk di kerusi. Dia melekapkan tangan di muka.  Semuanya dah tamat.

"Gomawo, hyung.."

Samar-samar Yoongi terdengar sesuatu di bahagian telinga kirinya. Yoongi tersenyum lagi. Terasa tangannya dipegang sesuatu yang kecil. Tangan, tangan yang tak dapat dilihat dengan mata kasar.

"Aku sayangkan kau, Woozi. Maaf sebab lambat, maaf sebab buat kau derita dan tunggu aku lama sangat...kau pergilah dulu. Tunggu aku kat sana, nanti kita jumpa.

Sorrylah aku datang lambat sikit. Kau rehatlah dulu dari seksa dunia ni. Nanti, bila kita dah jumpa balik, and kau tak kenal aku, memang aku lenyek muka kau dengan berus dawai.." Yoongi menutup mata, melimpahkan air jernih di kelopak mata.

Dia tersenyum kecil lalu menggenggam tangan, perlahan. Dia dapat rasa, Woozi dan dia sedang berpegangan tangan.

Apa yang Yoongi harap, pegangan tangan ni tak pernah terurai. Tapi, ada hidup yang perlu dia teruskan. Masa depan baru yang perlu dia bina dan cipta.

Hidup baru.

Perlahan-lahan Yoongi mengorak langkah meninggalkan koridor itu. Sebelum itu, sempat dia menoleh ke belakang.

Dia..

Tengah berdiri di tengah-tengah koridor itu sambil tersenyum.

"Gomawo..hyung.."

Yoongi tersenyum kelat dan meneruskan langkah.

blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)Where stories live. Discover now