Yoongi's POV
"Lepaskan dia!!" Aku menjerkah.
"Kau siapa nak halang aku?!" Seorang lelaki melawan kembali.
Tubuh tak bermaya Jungkook dilepaskan. Eh, dengar cakap pula.
"Aku kawan dia! Kau siapa nak pukul dia? Ape takde manusia lain ke kau nak pukul? Muka kau muka pecah tu, pukul bagi elok sikit. Dah macam lesung batu dah aku tengok!"
Aku cuba mengawal gementar yang sudah menyerang urat saraf dengan mengutuk lelaki berjaket hitam itu.
"Ape kau kata?!!" "Lelaki itu mula naik berang.
"Kau pekak ke? Kalau aku ulang, belum tentu sama tau. Aku kata, elok tumbuk muka kau yang macam lesung batu tu dari tumbuk muka orang lain!" Aku mengulang balik.
"Tak guna!! Berani kau kata macam tu kat aku?!! Kau tak kenal lagi siapa aku!" Ah, mendabik dada pulak dia.
"Lah, confirmlah manusia. Takkan syaitan kot. Ke, memang betul kau jelmaan? Eh beruk, lepaskan dia!" Cewah, berlagak berani yer kau Yoongi.
"Halal betul! Kejar dia!! Belasah sampai mati!" Sekumpulan lelaki itu yang dipercayai konco-konconya terus mengejar aku.
Sempat lagi aku menjelirkan lidah dan menarik tepi mata aku tanda mengejek.
"Ark! Lariii~~" Aku terus berlari sambil mengangkat kedua-dua tangan aku. Dapat jugalah feeling macam pesakit mental dikejar doktor kerana lari dari wad gila.
"Woi! Jangan lari!!"
"Yah! Kau ingat aku ni lembab sangat ke nak ikut ayat lembab kau tu?!" Aku menjerkah. Naik fedup mendengar ayat yang entah apa-apa itu.
"Eii! Eh budak! Berani kau suruh kawan kau yang gila tu datang tolong kau?!" Ketua mereka mencengkam leher Jungkook yang sudah tergelak lemah. What? Gila kau kata aku? Wah, many cucumber your mouth!
Kemudian, Jungkook dijulang tinggi. Dia menggelupur cuba mencari nafas. Aku yang melihat aksi itu terus berhenti di sebelah tiang.
BUM!
Aku toleh ke belakang. Eh, kenapa semua lelaki ni terbaring? Aku pandang dinding. Uik, retak?
"Ark!" Tangan Jungkook terkulai ke bawah. Jeritan sakitnya mengalihkan pandangan aku ke arah tubuh lemah yang berlumuran darah.
"Woi woi! Sampai lembik kawan aku kau kerja kan! Takde kesedaran iman betul lah kau ni! Lepaskan dia cepat!" Aku berang.
"Heh..kau tunjuk hebat ke?" Leher Jungkook dilepaskan. Lelaki itu terjatuh dan diam tidak berkutik.
"Kau rasa?" Aku membuat gaya ala-ala ahli gusti terkemuka. Wu, dia puji aku beb. Kembang kempis hidung aku terasa bangga.
"Perasan!" Lelaki itu buat muka menyampah dan terus mengacukan pistol ke arah aku.
Aku buat muka kerek. Lah, dah puji kutuk pula. Tak ikhlas la hantu ni.
Tercegang aku dibuatnya. Aku angkat tangan tanda mengalah. Sebenarnya, tak adalah mengalah sangat. Tapi, biasanya aku tengok, kalau dalam filem, bila orang dah acu pistol, mesti angkat tangan.
"Erk, budak-budak tak baik main pistol. Letak sayang, letak. Bahaya tu.." Dalam nyawa hujung tanduk pun, sempat lagi aku berloyar buruk. Tak sedar diri betul.
"Kau ni kan, memang kurang ajar tahu?! Berani kau mainkan aku?!?" Jerkah lelaki berjaket hitam itu.
Aku tersengih kambing. Entah kenapa tiba-tiba rasa lawak. Bukan mudah weh nak tahan gelak time serius macam ni. Nak nak masa kecik dulu, bila cikgu mengamuk, kau nak tergelak. Fuh, macam nak putus urat kentut.
"Erk...mian. A-Aku gementar je." Aku tersengih-sengih.
"Eii! Ambik ni!" Peluru dilepaskan dan tepat mengenai kepala aku.
Takdelah, bukan tepat pun. Kalau tepat, tak bestlah cerita ni. Hero mati awal.
Apa-apa pun, peluru tu sebenarnya tersasar ke belakang sebab ada seseorang yang menolaknya. Fuh, nasib aku ada kepala yang masih elok.
"Yah! Suga! Tolong aku!" Aku tengok ke arah dua lelaki yang sedang bergelut.
Jungkook dan lelaki itu. Aku berlari ke arah mereka. Entah kenapa, aku terasa seperti orang tua ketika berlari. Inikah swag namanya?
"Yaa dan itu dia Suga dari pasukan BTS berlari ke arah pistol. Dan terus menyepak dann...golll!!!" Aku menjerit sendiri setelah menyepak pistol yang cuba dicapai penjahat tak guna itu.
"Tak lawaklah, firaun! Aku dah tak tahan ni! Cepatlah tolong aku!" Hah tudia, bila biskut dah mengamuk. Sekali dengan aku difiraunkannya.
"Hut!" Aku segera mencapai pistol itu yang telah terseret beberapa meter dari kedudukan kami.
Aku hala hujung pistol ke arah lelaki itu, dan dia terus diam tak berkutik. Tahu pun takut.
"Jahat budak jahat~ Nah, ambik ni!" Aku melepaskan penumbuk sulung ke arah wajah lelaki itu.
Apa lagi, terus dia pengsan. Aku hela nafas panjang dan memandang Jungkook yang terbaring sambil tercungap-cungap. Kali ni, aku hela nafas berat pula.
"Yah, apelah masalah kau sampai kau pergi cari pasal dengan mangkuk terbang ni." Aku mencangkung dan memegang lengan Jungkook.
Tapi Jungkook tak menjawab. Mungkin terlalu letih agaknya.
"Dahlah, jom balik." Aku menarik Jungkook ke belakang aku dan mengongkongnya. Berat juga bila tubuh kecil aku ni kena angkat dia.
"Haih, Jungkook, Jungkook.." Aku geleng perlahan sambil menapak keluar dari lorong kecil yang sunyi itu.
Aku tersengih sendiri.
Kenapa? Sebelum aku keluar dari lorong, aku ternampak seekor ulat bulu sedang makan daun. Apa lagi, aku ambik ulat itu dan letak dalam baju lelaki itu. Teringin juga nak lihat reaksinya bila benda berbulu tu melata atas badannya.
Eiuu...bahhahaha!!
YOU ARE READING
blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)
Mystery / ThrillerMatured content (16+) ▶Memang panjang, tapi sekali baca, belum tentu boleh berhenti ▶ Never expect the ending ▶ "Blood Sweat and Tears II : Escape From Nightmare" (Done Publish) + Kisah 7 sahabat yang berjuang mencari erti kebebasan dan kebahagiaan...