#45 - Home?

1.5K 194 5
                                    

V's POV

Aku tiba di Daegu. Ya, aku lari. Aku lari dari rumah. Aku tahu aku tak sepatutnya buat macam tu. Telefon dah lama aku matikan. Aku tahu, mesti berbelas-belas missed called yang aku terima dari mereka.

Aku keluar tanpa pengetahuan mereka. Aku penyebab Jungkook hilang dan pergi tinggalkan kami. Jimin pun..mungkin..

Aku tak nak mereka ikut aku. Aku tak nak mereka tahu dendam aku. Aku tak nak mereka tahu pasal kehidupan aku. Sumpah aku tak nak.

Kenapa aku kembali ke Daegu? Saja nak jumpa mak. Tiba-tiba sahaja hati aku tergerak untuk berjumpa dengannya. Kenapa? Entah. Aku pun tak pasti dengan perasaan aku sendiri.

Dari stesen bas Daegu, aku berjalan ke rumah eomma. Aku tersepak sebatang kayu kecil yang panjang. Aku tunduk dan mengambil kayu tersebut. Aku tersenyum.

Pagar besi berjaring aku pukul perlahan dengan kayu yang sama. Aku pernah tengok budak-budak di sekitar rumah aku buat macam tu masa aku kecik dulu.

Wajah mereka ceria. Berketawa gembira dengan manusia bergelar teman. Jauh gila beza mereka dengan aku. Beruntung an..

Walaupun mak, appa dan teman lelaki dia tu dah hancurkan hidup aku, anggap aku ni macam orang yang lemah..bukan bermakna aku lemah sampai sekarang.

Aku tiba di rumah pangsa. Di mana tempat yang mengandungi beribu kisah silam yang hampir membunuh aku secara perlahan.

Aku lihat rumah aku dari bawah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku lihat rumah aku dari bawah. Kaki aku terasa lemah secara tiba-tiba. Tapi nak tak nak..kena jugak. Dah sampai pun an..

•  •  •

Aku duduk melunjurkan kaki di koridor. Sebaris dengan rumah mak. Aku belum bersedia lagi untuk jumpa dia. Minuman botol aku teguk.

Aku sempat beli beberapa minuman botol di kedai berdekatan. Aku tahu aku tak sepatutnya minum minuman tu. Tapi, aku terdesak. Aku kecewa. Kenangan lama datang menghantui aku lagi. Aku tak nak memori ni lagi tapi..siapa aku untuk padam semua tu?

Kan bagus kalau otak manusia ni macam komputer. Bila-bila je boleh padam.

Aku tenung lama lantai. Air mata aku mengalir. Aku soal diri aku.

'Apa salah aku selama ini? Kenapa aku perlu hidup macam ni? Apa dosa aku? Kenapa..kenapa? Salah ke aku nak hidup macam budak-budak biasa? Kenapa eomma hancurkan hidup Tae? Kenapa eomma?! Kenapa!!'

"Lepaskan aku!!!" Satu tengkingan mengejutkan aku dari terus ralit merenung simen keras itu.

Aku angkat kepala.

"Aku kata aku tak ada duit!!" Jerkahan itu berbunyi lagi.

"Kau jangan tipu aku!! Mana duit kau?!?" Jerkahan itu berbalas. Sepertinya, ada satu pertelingkahan berlaku.

Tapi, aku mula cemas. Aku kenal suara ini. Eomma! Ni suara mak!

Aku bangun. Hoodie di kepala yang hampir terjatuh aku kemaskan. Seluar yang kotor aku tepuk bagi menghilangkan debu. Langkah aku orak tenang.

Baju hitam aku tanggalkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Baju hitam aku tanggalkan. Diganti dengan T-shirt berwarna putih.

Aku berjalan ke rumah mak. Aku boleh dengar bunyi kaca pecah dan jerkahan-jerkahan. Tentu teman lelaki mak balik ke rumah. Aku lihat pintu rumah dia terbuka sedikit. Aku tarik perlahan.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.






blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)Where stories live. Discover now