#41 - Train To Busan

1.6K 210 7
                                    

"Ish! Kenapa Jimin off phone pula ni??" Hoseok merungut geram.

Dia dah cari kat semua tempat tapi Jungkook tak jugak dapat dikesan. Jam dah tunjuk pukul 11 lebih. Eem, baik balik je.

Nada bunyi telefon terus menjerit minta diangkat. Hoseok meraba sakunya untuk mengambil benda alah tersebut.

"Hello, Seokjin hyung."

"Hoseok ah, macam mana? Jumpa tak?"

"Tak. Aku tak jumpa dia."

"Kau baliklah dulu. Kita cari besok. Jimin ade dengan kau ke? Sebab aku call dia tak dapat.."

"Huh? Dia tak da dengan aku. Aku call pun tak dapat. Kitaorang berpecah tadi."

"Mean Jimin dah hilang la ni?"

"Tah. Mungkin dia balik kot kejap lagi. Adelah tu dia pergi mana-mana."

"Huh, takpelah. Kau baliklah dulu. Kita bincang kat rumah."

"Okay."

Panggilan dimatikan. Hoseok pandang sekejap telefon bimbit sebelum menghela nafas panjang dan memandang langit hitam bertahta bintang. Dia menggeleng.

"Manalah korang berdua ni."

Hoseok kemudiannya melangkah pulang dengan harapan bukan dia pulak yang hilang lepas ni.

----------

Hoseok meneguk air sejuk sebelum meletakkan gelas itu di atas meja kembali. "Bateri dia habis kot.."

"Haish...kejap lagi balik la tu. Diorang keluar cari angin je kot." Namjoon cuba melenturkan keadaan yang tegang.

"Kalau tak balik macam mana? Semua ni salah aku. Kalau aku tak tanya apa-apa kat dia, mesti takkan jadi macam ni." Taehyung mengusutkan rambut sendiri sambil menundukkan wajah.

"Bukan salah kau la, V. Kau tu okay lah sebab ambil berat pasal dia. Kitaorang ni buat tak tau je pasal dia.."

Krekk..

Pintu utama dikuak. Laju semua kepala terteleng ke arah pintu. Hoseok dan Taehyung bangun.

"Kenapa korang semua tengok aku macam aku buat salah ni?" Jimin menyoal sedikit cuak seraya menutup pintu.

"Kau ke mana?! Kenapa off kan telefon? Aku risaulah!" Hoseok menerpa ke arah Jimin dan menggoncang-goncangkan tubuhnya.

"Wo wo wo! Rileks bro! Telefon aku habis bateri!"

"Kau..ada jumpa Jungkook?" Yoongi mencelah. Serta merta goncangan itu berhenti.

"Sorry.."

"Eemm...ke mana dia pergi eh.." Namjoon memegang dagunya.

"Tak apalah, nanti dia baliklah tu. Oh, aku nak ke Busan besok." Jimin melabuhkan punggung di sofa bersebelahan Yoongi.

"Buat apa?"

"Aku nak melawat kawan lama. Rindu kat dia.." Jimin tersenyum simpul.

"Nak aku temankan?"

"Takpe...aku pergi kejap je." Jimin tersenyum nipis menolak pelawaan Yoongi.

------------

"Ni, aku dah sediakan beg kau." Yoongi berwajah selamba memberikan beg galas hitam kepada Jimin.

"Eh, susah-susah kau je. Tapi, asal berat?" Jimin pelik mengangkat turun beg macam penimbang.

"Saja aku pek baju kau banyak." Yoongi berjalan diikuti Jimin.

"Kau pergi berapa lama?" Soal Yoongi apabila tiba di platform di mana keretapi ke Busan akan tiba tak lama lagi.

"Entahlah. Aku pun tak tahu. Tapi, nanti aku baliklah." Ujar Jimin lagak bersahaja. Yoongi diam.

"Kau tahu tak..kau lah satu-satunya keluarga yang aku ada sekarang. Aku harap, kau boleh balik ke sini lagi.."

Yoongi bernada lirih seraya mata tidak lekang dijurus ke arah landasan keretapi yang mula bergegar tanda keretapi hampir sampai. Wajahnya kosong.

Jimin pandang Yoongi. "Kenapa...kenapa kau cakap macam tu?"

Tapi, Yoongi hanya membiarkan soalan itu bagai debu ditiup angin.

Jimin turut hilang kata, dia menurunkan topi putihnya hingga menutup dahi. Mereka hanya diam tatkala keretapi sudah mula berhenti dan pintu mula terbuka. Deretan orang ramai keluar masuk dah mula.

Jimin menapak ke arah pintu platformnya. Tapi, dia pandang Yoongi dahulu. Sebal wajahnya.

"Serius ke ni?" Yoongi menyoal mengerutkan dahi. Jimin tergelak halus.

"Kenapa kau? Betullah. Kau tak payah susah-susah temankan aku. Aku boleh jaga diri sendiri. Nanti aku balik." Jimin menepuk bahu Yoongi.

"Jimin ah. Kau..kau balik tau. Balik ke sini semula. Okay? Janji dengan aku. Kau kata kau pergi kejap je an.." Pesan Yoongi lagi seraya mengangkat jari kelingking. Jimin membuat wajah dungu.

"Kenapalah dengan kau ni Yoongi? Macamlah aku akan tinggalkan kau selamanya." Jimin sekadar memaut janji sambil tergelak.

Tatkala loceng keretapi sudah berbunyi. Jimin memandang Yoongi sekali lagi.

"Thanks sebab tolong hantarkan aku. Nanti aku beli buah tangan untuk kau okay! Nanti aku balik! Aku janji!" Jimin tersengih seraya membetulkan beg sandang dan galasnya sebelum melangkah masuk ke dalam gerabak.

Dia melihat wajah Yoongi dan tersengih semasa mereka sudah terpisah dengan pintu elektronik.

Perlahan-lahan keretapi mula bergerak. Jimin masih belum ke tempat duduknya. Entah mengapa, hatinya rasa sedikit aneh.

Tapi, semasa keretapi sudah mahu meninggalkan stesen, Jimin sempat memandang wajah Yoongi yang masih berdiri tegak di platform.

"Yoongi?" Jimin cuba melihat sekali lagi. Tapi, keretapi sudah mula bergerak laju.

"Takkanlah...Yoongi menangis?" Jimin menggaru kepala.

"Salah tengok kot. Tak mungkin dia menangis. Oh ya, aku nak kena cari tempat duduk.." Jimin melangkah masuk ke dalam gerabak penumpang.

Dalam masa yang sama, dia sempat mengerling ke arah wajah seseorang. Wajah yang berjaya membuatkan dia tersenyum sinis.

Namun, dia terasa lagi pelik bila beg galas yang diberi Yoongi terasa cukup berat. Macam batu. Tapi, takkanlah Yoongi nak letak batu dalam ni kot.

Baju? Baju apa sampai berat macam ni. Ish, tak boleh jadi ni. Jimin membuka zip beg perlahan-lahan. Terbuntang matanya apabila memang betul ada batu dalam beg itu. Lebih kurang 15 ketul sebesar penumbuk.

"Kau ingat ni lawak ke iblis?" Bebel Jimin macam pak cik baru dapat tahu harga minyak naik lagi.

blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)Where stories live. Discover now