#35 - Family?

1.6K 211 1
                                    


Seokjin's POV

"Haish, banyak pula kerja ni." Aku merungut sambil terus melekapkan pen di atas kertas.

No not todayyy~

"Opocot..haish, lagu ni memang kerja dia kejutkan orang ke ape?" Gelabah aku meraba saku seluar dan kot baju mencari telefon bimbit aku.

Sebelum berhenti tatkala terkelih benda alah tersebut atas meja. Aku membaca nama yang tertera di skrin.

Budak Swag 📲
Slide to answer ➡

"Apahal dia call aku ni?" Aku terus menyambung panggilan.

"Hello?" Aku melekapkan telefon bimbit di telinga kanan.

"Hyung, ubat demam ada kat mana?"

"Hah? Ubat demam? Kenapa? Siapa yang demam?" Aku terkejut.

"Jimin. Aku jumpa dia pengsan dalam bilik air. Sekarang dia dah demam. Ade tak?"

"A-Ade. Kau cari dalam rak kat dapur. Rak atas tau. Aku tak ingat nombor berapa, kau carilah."

"Kay. Bye. Apa-apa aku call hyung balik lah."

"Haa kay."

Panggilan dimatikan. Aku menarik nafas panjang dan bersandar di kerusi hitam lembut aku. Macam manalah Jimin boleh pengsan dalam bilik air..

Aku menggeleng. Kemudian, mata aku tertumpu pada tanda nama yang diperbuat dari kaca.

김석 진

Aku tersengih kelat.

"Apa guna nama ni kalau aku masih tak jumpa pak cik? Betul ke pakcik memang betul-betul mati?" Aku menongkat dahi dan kepala aku, aku tundukkan.

"Kim seonsaeng.." Aku angkat kepala yang terasa sedikit berat. Seorang wanita 20-an sedang berdiri sambil memeluk beberapa buah buku.

"Ah, jururawat Song. Ada apa yang boleh saya bantu?" Aku melekap dan menggenggam kedua-dua tapak tangan sambil memandang ke arahnya.

"Ada orang nak jumpa dengan seonsaeng."

"Siapa?"

"Saya tak pasti. Tapi, dia kata keluarga seonsaeng." Terus kepala aku terangkat. Keluarga? Siapa? Takkan badak 6 ekor tu datang?

"Ah, bagi dia masuk." Aku mula bedebar. Entah kenapa, aku rasa pelik.

"Encik, silakan masuk.." Jururawat Song mengundur sedikit ke belakang memberi laluan kepada tetamu itu untuk masuk.

"Terima kasih.." Aku lihat tetamu lelaki itu menunduk sedikit kepalanya sebelum berpaling ke arah aku.

Serta merta aku bangun. Aku terpaku. Mata aku membulat dan mulut aku ternganga sedikit. Lelaki berkot hitam kemas itu hanya tersenyum. "Seolma.."

"Kim Seokjin.." Dia ucap nama aku perlahan.

Aku lihat ke dalam matanya yang sudah merah berkaca. Tangannya bergerak ke hadapan. Aku keluar dari tempat aku dan berjalan ke arahnya.

"P-Pak...Cik...Pakcik!" Tubuhnya aku dakap. Aku dapat rasakan tangannya melingkari belakang dan kepala aku.

"Seokjin ah...dah lama pakcik cari kamu!" Tangisan kami saling berhamburan. Aku tak kisah ada doktor dan jururawat yang memerhati kami dari luar bilik berkaca aku.

"Pakcik..t-tapi macam mana-" Aku pegang bahunya.

"Seokjin ah, nanti pakcik ceritakan. Yang penting, pakcik dah jumpa kamu." Dia memegang rambut aku. Sumpah aku rindu. Tak sangka aku boleh jumpa dia lagi

"Pakcik-" Tidak sempat aku menghabiskan ayat, dia mencelah.

"Panggil pakcik appa, boleh? Pakcik rindu nak dengar kamu panggil macam tu.." Jelasnya masih teresak-esak. Aku lap air mata aku dan mengangguk.

"Nae, appa. Appa, appa duduklah dulu.." Aku menarik kerusi hitam yang berada bertentangan dengan meja kerja aku.

Dia mengangguk dan duduk. Aku kembali ke tempat aku dan melabuhkan punggung. Wajah tuanya aku tatap penuh sayu.

"Appa, macam mana appa boleh selamat? Seokjin ingat, Seokjin dah kehilangan appa.." Usai sahaja ayat aku nukilkan, tangan aku dia genggam.

"Appa tak dibunuh. Polis sempat datang. Appa koma 2 bulan. Lepas tu, mereka kata yang kamu hilang. Selama ni appa cari kamu tahu tak? Appa risau sangat. Appa pun ingatkan yang appa dah kehilangan kamu.." Air mata kanannya mula mengalir.

"T-Tapi..macam mana appa boleh jumpa Seokjin?"

"Ingat tak? Hari tu masa kamu tengah lari untuk ke wad kecemasan, kamu terlanggar seseorang?" Aku mencongak-congak dalam kepala.

Oh, masa aku terlanggar seseorang, dan kami bertentang mata ala-ala drama Korea first love tu agaknya.

"J-Jadi betullah tu appa!!" Aku menghentak meja sambil tersenyum lebar. Aku pandang pakcik balik, dia pegang dadanya. Erk, terkejut kot.

"Haish! Appa kena stroke kang, haa...sia sia je!" Dia marah dan aku tersengih.

"Eeii! Rindunya nak tengok appa marah!" Aku cubit pipinya dan tawa aku sudah terburai.

"Ish! Sakit pipi appa! Kenapalah kamu layan appa macam budak-budak? Appa dah 52 tahun dah tau." Dia mencebik melebarkan lagi senyuman aku. Aku kembali serius setelah terpandang jam tangan.

"Oh ya appa. Jomlah balik ke rumah Seokjin dulu. Banyak benda yang Seokjin nak cerita dan tanya!" Aku membuka kot putih labuh aku dan menggantikan dengan kot hitam biasa.

"T-Tapi kerja kamu.."

"Seokjin dah habis kerjalah appa.." Aku tersengih dan menarik tangan pakcik keluar. Terkebil-kebil dia mengikut aku.

blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)Where stories live. Discover now