#57 - Promise

1.6K 193 15
                                    

Aku pandang sekeliling. Sunyi. Aku berkerut dahi, betul ke ini rumah Jimin? Aku tengok jam. Hampir pukul 4 pagi. Aku menggaru-garu kepala yang tak gatal. Apa yang aku buat di sini? Kenapa Woozi suruh aku ke sini?

Pang!!

Bunyi tembakan mengejutkan aku. Aku pandang sekeliling sebelum terhenti di sebuah rumah yang sederhana besar. Pintu rumah yang tertutup aku terajang sekuat hati.

Pang!! Tembakkan kedua dilepaskan. Sikit je lagi nak kena kepala hotak aku. Aku kembali pandang ke hadapan. Mata aku teracap pada dua susuk tubuh yang sedang berdiri. Sorang pegang pistol dan sorang sedang berdiri membelakangi aku. Aku nampak, darah menitik di sekelilingnya.

"Tak guna!!" Lelaki itu mengacukan lagi pistol itu ke arah lelaki yang sedang membelakangi aku.

Tanpa berfikir secara waras lagi, aku laju menerpa ke arah lelaki tu dan terus menumbuknya. Entah apa yang aku fikir aku pun tak tahu. Tiba-tiba masuk rumah orang, dan tumbuk tuan rumah.

"Sabar pakcik! Kenapa ni?!" Aku cuba menenangkannya. Takkan aku nak biar jenayah jadi depan mata aku? Pistol di tangannya aku rampas.

"Ergh.." Aku sempat menoleh ke tepi di mana lelaki berjaket hitam tu berada. Dia sudah terduduk.

"Kejap..J-Jimin?!" Aku menduga. Lelaki itu mengangkat kepala. Mata aku terbuntang.

"Shit!! Ape kau dah buat kat adik aku hah setan?!!" Aku menjerkah terus menghentak kepalanya ke dinding sehingga dia pengsan.

"Y-Yoongi.." Aku beralih pula ke arah Jimin setelah dia diam tidak berkutik.

"Jimin!!" Aku segera menerpa ke arah Jimin yang hampir terkulai di lantai. Aku peluknya dan meriba kepalanya. Darah menyeluruhi tubuh dan wajahnya.

Baju dan jaket yang menutup perutnya aku selak. Anak mata aku membesar. D-Darah!!

"Erghh.." Jimin mengerang sambil tangannya menekan luka yang aku syak akibat terkena tembakan lelaki tak guna tadi.

Aku cemas. Tangan aku menerawang ke sana sini sebelum akhirnya terhenti di lengannya. Aku mula dengar bunyi desahan lemah.

"A-Aku bawa kau pergi hospital.." Aku menarik tangan Jimin dan meletakkannya di leher aku. Kemudian aku mencangkung dan menarik tubuh Jimin ke belakang aku pula.

Kaki Jimin aku peluk dicelah lengan. Kepala Jimin aku tumpangkan di bahu. Aku dapat mendengar bunyi nafas Jimin, nafas yang berat di tepi telinga.

Tangan berdarahnya masih kemas dileher aku. Aku angkat Jimin dan terus berlari keluar dari rumah tu.

"D-Dah tak sem...pat. Turunkan aku..a-aku tak nak susahkan kau wei." Pintanya lemah.

"Aku takkan tinggalkan kau lah, gila! Kau tu adik aku! Aku takkan tinggalkan kau lagi!!" Aku memaki cuba menahan rasa sebak.

Kau...kau dah janji dengan aku, Min. Aku nak kau tunaikan janji kau..

Gila! Gila! Aku takkan biarkan kesalahan aku berulang lagi!!

Jimin diam. Aku cuba meminta tolong, tapi tak ada orang. Aku berjalan membawa Jimin di belakang aku hingga tiba di tepi jalan utama. Keadaan jalan agak sunyi masa tu.

"K-Kita akan selamat. Kau sabar eh.."

Aku mendepakan sebelah tangan cuba menahan sebuah teksi yang ingin melewati kami. Signal kirinya dinyalakan tanda kereta itu bakal berhenti mengambil penumpang di tepi jalan.

Tatkala kereta itu berhenti betul-betul di hadapan kami, Jimin berbisik di tepi telinga aku.

"S-Sorry wei..."

Aku tersentak setelah pelukkan di leher aku terasa longgar berbanding tadi. Dan, tangan Jimin akhirnya terkulai ke bawah.

"Jimin ah!! Jangan macam ni! Kau jangan tinggalkan aku, woi! Kau dah janji yang kau akan baliklah setan!! Kau kena ikut aku Jimin!!" Aku menjerit mula menangis. Tapi, tiada balasan. Aku turunkan Jimin. Kepalanya aku riba.

Jimin muntah darah mengalir ke telinga dan lehernya. Aku mengelap darah itu dengan tangan aku sendiri. Darahnya dah bercampur dengan air mata aku.

Tak, kau berani tahan ke kalau kau nampak family kau dalam keadaan macam ni?

"K-Kenapa ni?" Cemas si pemandu bertanya setelah turun dari kereta.

"Pakcik! T-Tolong bawa kami ke hospital terdekat! D-Dia kena tembak!" Lelaki cemas itu mengangguk dan membantu membawa Jimin masuk ke dalam kereta.

Kami dibawa ke hospital terdekat. Dalam perjalanan, aku melihat ke wajah Jimin. Pucat. Dadanya berombak pantas dan mulutnya tercungap-cungap.

"Y-Yoongi ah..s-sakit.." I-Itu ayat Woozi! Makin kuat tangisan aku berhamburan. Lantaklah kau nak ejek aku hati tisu ke, Min. Aku just tak nak kau mati je wei!!

Jimin pandang aku dengan pandangan kecil. Dia tergelak lemah. "Kau hati tisu ah bro. Guna la hati kau tu buat lap hingus. Geli."

"Kau ni, dalam macam ni pun kau nak ejek aku. Memang tak bertempat la ngek. Kang tak memasal kau mati kena pijak pulak kang...huhuhu.." Aku cuba bersuara miskipun aku tau sekarang bukan masa nak berlawak.

Jimin terkekeh-kekeh ketawa. Sebelum mengerang kecil. Mungkin sakit kot.

"Sakit ke wei?" Aku soal menyedut hingus yang mahu mengalir. Jimin pandang aku.

"Takde ah. Rasa geli-geli anjing gitu." Katanya bersuara serak sambil tersenyum nipis. Aku tergelak kecil sebelum Jimin menarik nafas panjang. Dia pandang ke atas.

"Macam ni rupanya rasa mati eh." Dia bersuara sambil menghembus nafas pendek.

Hati aku kembali diserang rasa tak sedap hati.

"Kau ni memang perangai Firaunlah, Min. Jangan ah kata gitu!"

Kepala Jimin yang diselaputi darah segar aku peluk seerat mungkin. Aku mengusap rambut Jimin dengan tangan yang masih berbaki sisa darahnya. Mata Jimin kini tertutup rapat.

Jimin diam. Tapi dia masih tercungap-cungap dan dadanya berombak pantas.

Kain di bahagian perutnya aku koyak. Aku menekan luka Jimin, cuba menghentikan pendarahan.

"Jimin ah.."

"Hurm?"

"k-kau dah janjikan dengan aku masa kau nak ke Busan dulu."

"Gomawo sebab tolong hantarkan aku. Nanti aku beli buah tangan untuk kau okay! Nanti aku balik! Aku janji!"

"Kau dah janji Jimin. Woozi dah tinggalkan aku, takkan kau pun nak tinggalkan aku...." Dahi pucat Jimin aku temukan dengan dahi aku. .

"Maafkan aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Maafkan aku...Yoongi."

blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)Where stories live. Discover now