Jimin's POV
Kepala aku terasa berpinar dan berat. Seluruh badan aku lemah dan sakit. Terutama di bahagian perut. Rasa macam berlubang.
Aku cuba membuka mata. Aku kat mana ni? Apa dah berlaku? Kenapa aku tak boleh bercakap, dan kenapa aku rasa sejuk?
Perlahan-lahan aku membuka mata miskipun berat nak mati. Benda pertama aku nampak ialah syiling putih. Benda pertama aku dengar ialah bunyi tit..tit..tit..
Bunyi apa tu? Mesin apa?
Aku cuba menggerakkan kepala ke kiri. Tak ada sesiapa. Aku toleh pula ke kanan, separuh. Ada..ada seorang lelaki sedang tidur dengan kepalanya di atas katil.
'Yoongi?' Aku menggumam dalam hati.
Aku gerakkan tangan untuk mencapainya. Susah memang susah, tapi, nak panggil lagi payah. Kira bolehlah, hujung jari aku bersentuh dengan hujung rambutnya. Asalkan boleh tarik dengan segala kudrat, kira okaylah.
"Hah?! Sape tu?!" Yoongi bangun sambil memandang sekeliling.
"Yoon...Yoo..ngi..." Aku cuba memanggil.
Tapi Yoongi buat tak endah dan terus mencari-cari sesuatu di sekeliling. Silake, dia tak nampak aku ke? Dasar nyanyuk!
"Yoongi!" Aku menggenggam penumbuk dan menumbuk tilam.
Terus Yoongi memandang aku. Matanya membulat macam ikan sardin.
"Jimin!!" Yoongi separuh menjerit dan menerpa ke arah aku.
Hah, baru nampak ke atuk?
Senyuman lebar di bibirnya sedikit sebanyak menenangkan aku. First time aku tengok dia senyum sampai macam ni sekali. Aku rindu dia senyum macam ni, last pun sebelum kami terpisah bertahun dulu.
"Hyungg!!" Yoongi menjerit lagi. Air mata dia yang mengalir di hujung mata dia seka selaju mungkin.
"Hah! Kenapa?! Kenapa?!" Pintu bilik aku ditolak kasar oleh seseorang.
"Jimin, hyung! Jimin dah sedar!" Yoongi teriak memandang aku dengan seseorang di muka pintu silih berganti. Dia terus melompat dan memeluk Seokjin macam beruang koala.
Pipi Seokjin dicium tanda terlalu seronok sebelum ditepuk kuat.
"Hah?! Seriously?! Kejap hyung pergi ambil barang hospital!" Seokjin teriak teruja sambil menolak Yoongi dan mengelap pipi sendiri.
Aku ada kat hospital? Kelopak mata aku terbuka memandang Yoongi yang sedang berdiri dengan muka serius. Dia dekatkan wajahnya dengan wajah aku.
Aku mula cuak. Pa-Pahal ni? Dia tenung muka aku.
"Kau ingat aku tak? Ni muka ni? Kau ingat tak?" Yoongi memegang muka aku.
"Kau kenal aku tak, Jimin?" Soalnya lagi.
Aku sekadar mengangguk perlahan. Yoongi kembali bangun dan hembus nafas lega. Kemudian dia tersenyum lembut.
"Thanks, Min.."
Aku hanya mengelipkan mata secara perlahan. Thanks, Yoongi....sejujurnya, aku dengar semua kata-kata semangat kau. Thanks sebab tiup semangat untuk aku terus hidup.
"Hah, tepi.." Yoongi berundur beberapa tapak setelah Seokjin dan dua orang jururawat merapati aku.
Aku hanya kaku di atas katil. Tiba-tiba, lampu disuluh ke dalam mata aku. Silaulah, hyung! Tapi tak lama, dia matikan lampu itu.
Oksigen dimatikan, dan pelakup itu dibuang dari wajah aku. Hah, bolehlah bernafas sikit.
"Nampaknya, kau dah makin stabil. Just, kau still lemah lagi." Kata Seokjin sebaik sahaja menurunkan stetoskopnya dari leher.
"So, nanti nurse ni akan bagi kau ubat. Kau telan la puas-puas." Kata Seokjin sebelum mencapai sesuatu di atas dulang yang dipegang oleh salah seorang jururawat.
Jarum.
"Aku nak letak ubat dalam ni." Seokjin mencucuk jarum di dalam bank yang tergantung mengandungi cecair putih. Di bawah bank itu, ada sejenis tiub yang disambung ke tangan aku.
Usai sahaja ubat itu dimasukkan ke dalam bank, Seokjin menghadap 2 jururawat itu. Mereka bertiga berbual kecil sebelum kedua-dua jururawat itu berlalu pergi.
"Bila dia boleh keluar, hyung?" Yoongi menyoal.
"Maybe beberapa minggu lagi. Sebab aku nak jalankan rawatan lanjut kat dia. Erm, aku nak call yang lain jap. Kau sembanglah dulu dengan Jimin." Seokjin melangkah keluar.
"A-Apa dah berlaku?" Aku soal dengan suara serak dan cuba untuk bersandar. Tapi, rasa terlalu sakit terutamanya di bahagian bahu dan perut.
"Kau rehatlah. Baring diam-diam. Kau baru lepas sedar dari koma. Muka kau pun pucat lagi.." Terangnya bersahaja.
Aku tersentak.
"K-Koma? Berapa hari? Kenapa aku boleh koma?!" Aku cemas dan terus terbangun.
Akibatnya, satu sengatan padu menusuk perut dan bahu aku. Yoongi cemas dan terus bangun mendapatkan aku yang mula tercungap-cungap.
"Ergh.." Aku mengerang kesakitan terus memegang perut. Apahal sakit sangat ni? Dahi aku mula berpeluh dan berkerut.
"Hah, aku dah kata, duk diam-diam. Apahal lah kau ketegaq piang sangat. Erm, nak dekat sebulan lebih jugaklah kau tak bangun." Yoongi membantu aku untuk baring semula.
"A-Apa dah berlaku?" Aku soal lagi setelah soalan aku tidak berjawab.
Yoongi mula bercerita sambil menyelimutkan aku. Panjang lebar, memang aku tak ingat lansung. Tapi, lepas dia cerita, baru aku faham, baru aku ingat. Tu pun samar-samar.
"Kau hampir tak dapat diselamatkan dulu. Aku ingat kau dah mati tau ark! Aku rasa cam nak mati je!" Yoongi menepuk meja.
Aku tersenyum kelat.
"Kan aku dah janji, aku takkan tinggalkan kau lagi." Aku mengangkat jari kelingking.
"Yelah tu, kalau aku tak datang selamatkan kau malam tu, belum tentu kau ada kat tepi aku tau sekarang ni. Dah la suruh aku tinggalkan kau. While you are sleeping pun aku takkan buat la wei." Yoongi menongkat dagu.
"Oh ya..pasal tu..macam mana dengan-"
"Kau jangan risau. Dia dah kena tangkap. Kena dakwa dah pun. 30 tahun penjara atas tuduhan membunuh dan cubaan membunuh."
Aku diam sekejap, dan terfikir, macam mana Yoongi tahu tentang aku? No, I mean, kedudukan aku time tu.
Krekk..
Pintu terbuka. Perbualan kami berdua terhenti dan masing-masing memandang pintu. Seokjin kembali melangkah masuk sambil tersengih-sengih.
"Hyung dah kenapa?"
"Nothing. Kau macam mana? Okay?"
"Masih hidup." Aku berseloroh. Yoongi dan Seokjin tertawa.
Ahh..aku rindu semua ni.
YOU ARE READING
blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)
Misterio / SuspensoMatured content (16+) ▶Memang panjang, tapi sekali baca, belum tentu boleh berhenti ▶ Never expect the ending ▶ "Blood Sweat and Tears II : Escape From Nightmare" (Done Publish) + Kisah 7 sahabat yang berjuang mencari erti kebebasan dan kebahagiaan...