"Arghh!!" Jerit Hoseok setelah rahangnya ditumbuk oleh Joon, lelaki berkulit putih berambut punk pink. Inilah yang orang kata, dalam hati ada taman.
"Fuh, luruh rahang aku." Keluh Hoseok sebelum mengaduh lagi setelah satu tubuh menghempap tubuhnya.
"Aduhduhduh! Kau takde tempat lain ke nak landing Namjoon oi?!" Marah Hoseok. Nak mengelak tak sempat. Tubuhnya diikat kemas dengan tali. Macam pocong.
"Landasan full ah." Sempat lagi dua ekor makhluk ni berloyar buruk walaupun nyawa sudah tiba di hujung tanduk. Tinggal nak jatuh je.
"Bunuh diorang!" Si botak bernama Sook mengarah sambil berpaling. Dua lelaki mula mengacukan pistol ke arah Namjoon dan Hoseok.
"Hoi botak yang makan gaji buta! Kau kan yang bunuh Minhyuk?!" Jerkah Hoseok menghentikan langkah Sook.
Sook mengangkat tangan agar dua rakan sekutunya tidak melepaskan picu yang akan menamatkan riwayat Namjoon dan Hoseok.
Serta merta dua pucuk pistol diturunkan.
"Ape kau merepek ni? Minhyuk mana ni? Ada berlambak Minhyuk dalam dunia ni." Berleter Sook sambil memandang dua lelaki yang sudah terbaring dengan kesan lebam dan darah.
"Kau...kau penjual organ tu kan?" Namjoon mencelah, tidak berpuas hati.
Sook hanya tersenyum. Namjoon mengetap bibir.
"Tak guna!! Kau bunuh abang akulah bodoh!" Jerkah Namjoon mula hilang sabar. Wajah terakhir Namyoon terngiang-ngiang dalam kepalanya.
"Oh yeke? Kau tengok muka aku.." Mereka memandang wajah Soo.
"Muka kau..muka cam babi." Kutuk Hoseok secara tiba-tiba.
"Kurang ajar! Bunuh mereka!" Sook bengang dan berlalu pergi. Serentak dia memegang pintu kereta, serentak itulah dia mendengar dua das tembakan dan jeritan. Dia ketawa.
"Dah! Jom balik!" Arah Sook lalu masuk ke dalam kereta diikuti tiga lelaki lain.
• • •
"Arghh!!" Seokjin meraung kesakitan setelah perutnya disepak konco-konco Soo Hoon. Wajahnya lebam dan darah meleleh dari mulut, hidung dan kepalanya.
"L-Lepaskan kawan-kawan aku!!" Seokjin tidak mahu mengalah. Malangnya, disebabkan keazaman itulah dia menerima lebih teruk tumbukkan dan hentakkan dari mereka.
Soo Hoon memandang Seokjin dengan pandangan kosong. Dia menghembuskan asap rokok nikotin yang mengandungi racun pembunuh tapi menjadi makanan kegemaran manusia. Selamba.
Kemudian dia angkat tangan. Serta-merta lelaki-lelaki itu berhenti dan berundur beberapa tapak ke belakang. Soo Hoon membaling rokoknya ke bawah sebelum memijak rokok tersebut bagai memijak jantungnya sendiri dan terus berjalan ke arah Seokjin yang terbaring lemah.
Dia memetik jari dan menunding ke arah Seokjin. Dua orang lelaki muncul dan memegang lengan Seokjin, memaksanya untuk berdiri.
"L-Lepaskan....k-kawan aku.." Putus-putus Seokjin merintih sambil tercungap-cungap bagai ikan ditarik ke darat. Peluh yang bersatu dengan darah seperti menunjukkan tanda tahap kesakitan yang dia alami.
"Kau nak jumpa budak pemalu tu ke? Apa nama dia? Jungkook?" Lelaki itu ketawa. Seokjin mendengus.
"Mana dia?!! Mana kawan-kawan aku?!!" Seokjin tiba-tiba mengganas dan mahu menyerang Soo Hoon. Tapi, cekap dua lelaki itu menahan Seokjin.
"Nanti aku bawa kau melawat kubur diorang, okay?" Soo Hoon berundur dan tergelak jahat. Seokjin tertunduk. Fahamlah dia keadaan rakan-rakannya sekarang.
"Aku nak bunuh kau. Tapi, tak seronoklah kalau kau mati macam tu je." Soo Hoon naik ke pentas yang menghadap satu bilik kaca yang agak besar. Dia kemudian mengangguk sambil memandang anak buahnya.
"Jalan cepat!!" Jerkah salah seorang dari mereka dan menyepak belakang Seokjin. Terkebil-kebil Seokjin cuba berjalan disebabkan kakinya yang lemah dan sakit.
"Buka lampu!" Jerit Bee Hoon, orang kanan Soo Hoon setelah Seokjin ditolak masuk ke dalam bilik kaca tersebut. dia dibiar bersendirian di dalam bilik itu.
Klak!
Serta-merta lampu terbuka. Dia memandang sekeliling sebelum terhenti pada satu susuk tubuh yang terduduk di atas kerusi dengan mata, kaki dan tangan diikat kemas.
"J-Jungkook!!" Seokjin sedaya upaya berlari ke arah lelaki itu walaupun dia hampir tersembam ke tanah.
"J-Jungkook ah! Ni hyung! Seokjin hyung!" Seokjin memegang kedua-dua rahang Jungkook. Darah kering yang menyelaputi wajah lelaki itu diusap-usap lembut. Kain hitam yang menutup mata Jungkook dileraikan.
"H-Hyung..." Ucap Jungkook perlahan dan lemah.
"Nae?" Seokjin cuba meleraikan ikatan di tangan dan kaki Jungkook pula.
"L-Lari..."
"Tak! Hyung takkan tinggalkan kau lagi!" Bentak Seokjin.
"N-Ni p-perangkap.." Jungkook terbatuk darah. Seokjin tersentak. Tangannya berhenti meleraikan ikatan tali. Dia pandang ke atas.
"Good night...Seokjin ah.."
Dia ternampak Mi Hoon dan Bee Hoon sedang mengacukan senjata api ke arahnya. Air matanya tumpah dan..
Picu dilepaskan..
YOU ARE READING
blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)
Mystery / ThrillerMatured content (16+) ▶Memang panjang, tapi sekali baca, belum tentu boleh berhenti ▶ Never expect the ending ▶ "Blood Sweat and Tears II : Escape From Nightmare" (Done Publish) + Kisah 7 sahabat yang berjuang mencari erti kebebasan dan kebahagiaan...