#38 - Enough!

1.4K 204 8
                                    

Disebabkan hari Rapmon day, author double pub 😂 U know, rapmon day? Tak tahu gi tengok kalender 😙

------------------------

Taehyung melangkah masuk ke dalam bilik sebaik sahaja Soo Hoon berlalu pergi. Dia risaukan Jungkook. Pintu bilik dia tolak perlahan. Seperti awal tadi, gelap.

Miskipun gelap, dia masih nampak Jungkook berdiri di tengah-tengah bilik.

"Jungkook ah..." Taehyung melangkah masuk ke dalam bilik.

Klak!

Suis lampu dihidupkan, dan batang tubuh Jungkook dilihat jelas. Fikirannya agar Jungkook lebih baik meleset.

Jungkook...tengah pegang pisau.

"A-Apa yang kau buat ni?!" Taehyung menunding jari.

Jungkook tidak bergerak, mata pisau dihala pada perutnya. Mata Jungkook membulat dan merah berkaca.

"Jungkook lepaskan pisau tu sekarang!"

Tangannya mula menggeletar. Hujung pisau makin lama makin dekat dengan perutnya. Taehyung dah tak tahan.

"Aku kata sudah, Jungkook!" Taehyung berlari ke arah Jungkook dan menolaknya sehingga dia terjatuh.

Pisau dicampak hingga ke bawah meja. Bahu Jungkook dicengkam.

"Aku tahu kau tak okay! Sekarang bagitahu aku, apa masalah kau?! Kenapa kau takut bila tengok pakcik Seokjin?!" Taehyung mencengkam bahu Jungkook.

Jungkook tak menjawab.

"Apa masalah kau sebenarnya? Kenapa kau buat perangai camni? Apa masalah kau?" Taehyung mendesak lagi.

Dia dah tak tahan dengan perangai Jungkook yang tiba-tiba berubah.

"Jung-"

"Aku kata berhenti!!!" Jungkook menumbuk Taehyung hingga terbaring.

Laju Jungkook mencapai pisaunya dan meluru ke arah Taehyung. Dalam fikirannya hanya satu, bunuh. Dia menjulang tinggi pisaunya dan menjunam laju ke arah dada Taehyung.

Taehyung yang masih terkejut dengan perkara itu terus menyilangkan tangan ke wajah.

Bang!!

"Jungkook!!" Jeritan seseorang menyentakkannya.

Taehyung membuka mata dan memandang  Jungkook. Dadanya berombak naik dan wajahnya jelas menunjukkan perasaan takut dan cemas.

Jungkook bangun dari tubuh Taehyung. Tangannya menggeletar dan pisau itu terjatuh. Jimin segera berlari dan mencapai pisau itu untuk tujuan keselamatan. Hoseok mendapatkan Taehyung.

"Apa yang kau cuba buat ni?! Kau cuba bunuh V ke?!" Namjoon bengang.

Jungkook menggeleng dan matanya merah. Dia pandang tangannya yang kian menggeletar. Taehyung bangun sambil dipapah Hoseok.

"M-Maafkan...maafkan aku.." Jungkook terus berlari keluar.

Bahu Yoongi dirempuh membuatkan Yoongi terundur beberapa tapak dalam keadaan terkejut sebab dia yang paling akhir tiba.

"Jungkook ahh!!" Seokjin menjerit.

Tapi, Jungkook lansung tak pandang belakang. Pintu utama dihempas kuat dan..semua diam..

Mereka semua saling berpandangan dalam keadaan bingung.

"Apa dah berlaku?" Hoseok menyoal.

Taehyung diam sekejap sebelum menjawab.

"A-Aku tak tahu. Tetiba je dia nak tikam perut dia. Dia menangis dan..aku cuba tanya pasal keadaan dia.."

Namjoon menggeleng dan bersuara. "Korang baik pergi kejar dia.."

"Biar aku pergi. Hoseok! Jom cepat!" Jimin menarik tangan Hoseok sebaik sahaja mengangkat tangan.

blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)Where stories live. Discover now