#69 - Kim Taehyung

1.5K 191 22
                                    

Masa berlalu dengan pantas, awal-awal pagi lagi mereka sudah bersiap untuk ke penjara Seoul. Berdebar? Agak ah..

"Dah ke?" Seokjin menyoal dari dalam kereta hitamnya. Namjoon menutup pintu. "Dah."

"Okay, jom." Minyak ditekan dan mereka menuju ke satu destinasi, penjara Seoul.

Dalam kereta, hanya Namjoon, Hoseok dan Seokjin sahaja yang bersuara. Yang lain, semua layan perasaan sendiri. Takdak mood dah wei.

Senak, nak tercirit, tak sedap hati, nak pengsan, nak mampos pun ada...

"Boleh ke melawat reramai ni, hyung?"

"Boleh. Hyung dah bincang dengan kawan hyung. Dia pegawai polis kat situ gak. Dia tu cam..ketua wardenlah."

Namjoon dan Hoseok membuat mulut bentuk 'o'.

Tak lama lepas tu, mereka tiba di destinasi. Bentangan label penjara Seoul jelas terbentang di gerbang pintu masuk.

Seokjin memakirkan keretanya tak jauh dari pejabat penjara tu. Satu persatu turun dari kereta dengan mata yang kecil disebabkan cahaya matahari menerjah masuk ke dalam kornea mata.

"Elok-elok." Jungkook dan Yoongi memapah Jimin untuk duduk di atas kerusi rodanya.

"Okay, jom."

Mereka semua masuk ke dalam pejabat dan mendekati kaunter. Ada dua orang pegawai polis lelaki.

"Maaf, saya Kim Seokjin. Kami nak lawat seseorang."

"Ah, Kim Seokjin. Boleh saya tahu nama penghuni tu?" Salah seorang dari mereka mencapai fail hitam.

Mereka berenam saling berpandangan. Lupa plak nak tanya kawannya tentang V. Mereka mana tahu nama sebenar dia. Tiba-tiba, Jungkook hulur telefon bimbitnya.

"Ni gambar dia."

Semua orang pandang Jungkook

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Semua orang pandang Jungkook. Bila..dia ambil gambar dengan Taehyung ni?

"Ah, Kim Taehyung. RA2810. Kejap ya." Dia mencapai walkie-talkie dan bercakap dengan seseorang.

Baru mereka tahu nama sebenar V ialah Kim Taehyung.

"Bila kau ambil gambar dia?" Soal Jimin dan Jungkook hanya tersenyum nipis.

"Ni, pelawat Kim Taehyung ke?" Badan mereka semua berpusing menghadap seorang pegawai lelaki berbadan agak sado.

"Fuh..tercabar aku.." ujar Jimin perlahan sambil menjudge badan polis lelaki itu.

"Ah, nae."

"Mari ikut saya." Dia memulakan langkah dahulu diikuti mereka berenam.

Kemudian, mereka tiba di sebuah bilik. Bilik tu seolah-olah satu pembahagian. Ada dinding plastik yang besar dan beberapa kaunter kecil. Ni ke yang menghubungkan para banduan dengan dunia luar?

Bilik tu sunyi, mungkin sebab tak ada pelawat. Tapi, mereka diberikan peluang khas. Terima kasih pada kawan Seokjin yang mengaturkan pertemuan ni.

"Sekejap ya." Dia mengambil walkie-talkie lagi dan bercakap sesuatu.

Disebabkan Seokjin yang paling tua, dia mengambil tempat duduk. Bersedia untuk berbual dengan V, atau Kim Taehyung.

Sraaa...

Pintu sel dibuka secara tiba-tiba. Seorang pegawai polis keluar dan berdiri di tepi. Hati mereka mula berdebar-debar.

Kemudian, keluar pula seorang lelaki berbaju biru banduan. Wajahnya tertunduk sebelum terangkat. Saat matanya dengan mata Seokjin bertembung, mulutnya terbuka sedikit tanda terkejut dengan lawatan ini.

"Masa, 30 minit.."

Dia mengambil tempat duduk dan duduk menghadap Seokjin. Wajahnya kosong.

"Apa yang hyung buat kat sini?" Taehyung menyoal terlebih dahulu.

"Tu yang aku patut tanya. Kau buat apa kat sini? Kenapa kau tinggalkan kami? Kenapa kau tak call kami lepas apa yang jadi?" Seokjin kelihatan sedikit bengang.

Taehyung diam.

"Kau kawan kami tau tak, V? Kau buat kami ri-"

"Aku tak boleh kawan dengan korang! Korang tak faham lagi ke?!" Taehyung tiba-tiba melenting.

Mereka semua terpana. Suara Taehyung mula retak dan matanya mula berkaca. Bibirnya menggeletar. Taehyung menyembamkan muka pada lengannya. Dia diam sekejap sebelum kembalu mengangkat muka yang basah.

"Aku teruk hyung. Aku dah bunuh appa aku sendiri. Aku bunuh orang.."

"Kim Taehyung.." Taehyung angkat kepala semula, matanya sudah merah berkaca. Dia pandang Seokjin. Mungkin terkejut sebab nama dia dah diketahui?

"Aku tau..kau macam kitaorang. Ada kisah silam yang teruk. Ya kau jatuh. Kau jatuh dalam dunia yang cukup gelap. Jadi, tak heranlah kan kalau wujudnya perkataan BANGKIT dalam dunia ni.."

"Hyung.." Taehyung kelihatan terkesima dengan kata-kata Seokjin. Seokjin tersenyum kelat.

"Kau ingat, Tae. Semua orang berhak diberi peluang kedua kalau dia layak, and aku tau kau layak Tae."

"Tapi.."

Ingin sahaja, Taehyung membalas, Namjoon mencelah.

"We're with you, Kim Taehyung. Your past doesn't create your future. But it never change if you don't want to change it now.."

"Mungkin impian kau hancur, tapi bukan masa depan kau." 

Taehyung diam dan menunduk. Kenapa..kenapa korang hadir saat macam ni?

Kenapa baru sekarang? Mana korang selama ni?

Korang dah....terlambat.

Aku tak nak hidup dah.

Aku tak sanggup.

Korang bukan sesiapa bagi aku.

blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)Where stories live. Discover now