#58 - Phone Call

1.4K 189 16
                                    

"Ah! Sunbaenim, jururawat park. Macam mana kawan saya?" Soal Seokjin cemas apabila dua orang lelaki berbaju putih melangkah keluar dari bilik kecemasan.

"Kim seonsaeng-nim, apa dah berlaku sebenarnya? Semua staff terkejut bila tengok awak macam ni. Awak cedera teruk ni.." Soalan berbalas soalan.

Bahu Seokjin dipegang Doktor Jung. Baju putih Seokjin yang bertompok merah dipandang bingung.

"Alah, nantilah saya cerita. Macam mana keadaan pesakit tu?" Seokjin mendesak. Mereka berdua saling berpandangan.

"Dia selamat. Buat masa sekarang, dia perlukan banyak rehat. Kami dah pindahkan dia ke wad biasa. Nanti dia sedarlah tu. Awak dah dapatkan rawatan ke belum? Tu, dua lelaki yang tengah tengok awak tu dah dapatkan rawatan ke belum?" Tanya doktor Jung sambil bersabung pandang dengan Namjoon dan Hoseok yang sudah berdiri tegak bagai patung di tepi sofa.

"Belum lagi. Saya cemas sangat tadi, tak sampat nak ke bilik rawatan. Jururawat Choi dah suruh saya ke sana tadi." Jelas Seokjin lebih tenang.

"Kalau macam tu, eloklah awak pergi ke sana sekarang. Saya kena pergi dulu ni, ada pembedahan kejap lagi."

Jururawat Park dan doktor Jung berlalu pergi.

"Hyung, macam mana Jungkook?" Tanya Namjoon sebaik sahaja Seokjin kembali ke tempat menunggu. Wajahnya sebal sedikit sebanyak menggusarkan hati.

"Dia selamat. Cuma perlu banyak berehat." Jelas Seokjin sambil melabuhkan punggung di sofa. Namjoon dan Hoseok menghela nafas panjang.

Lega dengan ungkapan yang tak padan dengan riak wajah.

"Kau dah cuba telefon Suga, V dengan Jimin?" Soal Seokjin memandang Hoseok.

"Dah. Tapi tak dapat. Banyak kali jugak aku try. Dia matikan telefon." Celah Namjoon tanpa dipinta.

Seokjin mengusutkan rambut. Apa dah jadi dengan mereka bertiga pulak ni?!?

"Hyung, tadi kenapa doktor tadi tengok kami lain macam je? Dia gay ke?" Hoseok pelik.

"Haish! Kejadahnya mulut kauu...aku cilikan kang haa! Dia suruh kita ke bilik rawatanlah. Jom lah. Staff aku dah tunggu kat sana." Seokjin bangun dan terus berjalan disertai Namjoon dan Hoseok.

Namjoon menyiku rusuk Hoseok.

"Aduduh...wei kau ni pahal?! Patah tulang rusuk aku kang, tak memasal bujang sampai mati."

"Kau ah, gay pulak. Aku tumbuk kang."

"Kalau tulang rusuk aku tak bergetar lagi, kau jaga eh." Hoseok mencubit lengan Namjoon.

Hoseok kemudiannya menghidupkan telefonnya. Melihat puluhan call log yang tidak berjawab.

"Apa dah jadi kat diorang? V aku call tak dapat, Suga dengan Jimin pun sama." Keluh Hoseok membelek telefonnya.

"Erm, kita tunggu bagi Jungkook sedar dulu. Nanti kita sama-sama pergi cari diorang. Eh, sekarang pukul berapa?" Soal Seokjin sambil melangkah.

"Lagi 30 minit sebelum pukul 6 pagi." Selamba Hoseok membalas. Seokjin diam sekejap.

Sekali sekala terasa kurang selesa apabila perasan ada beberapa orang jururawat dan doktor yang memerhatinya.

"Oh mak!!" Terkejut mereka bertiga setelah diterpa sejenis makhluk bermata empat yang tiba-tiba muncul dari sebuah bilik yang sedang mereka lintasi.

"Ish! Dah kenapa kau ni Han seonsaeng?! Terkejut aku!" Bebel Seokjin memegang dadanya. Hoseok dan Namjoon turut cuba kembali bertenang.

"Hish! Aku yang patut tanya soalan tu kat kau! Apa dah berlaku kat kau ni? Semua staff tengah cakap pasal kau." Cemas lelaki berkot putih labuh bermata empat itu.

"Alah, kena belasah je. Nanti okaylah ni. Dah lah, aku nak pergi ke bilik rawatan dulu. Nanti mengamuk pulak jururawat Choi tu." Selamba badak Seokjin membalas dan terus melangkah.

"Ah, Kim seonsaeng! Sat la!" Tidak sempat doktor Han membalas ayat Seokjin, Seokjin mengangkat tangan tanpa menoleh tanda akan berbual lain kali.

"Haish, dia ni lah!" Doktor Han mencekak pinggang sambil menghela nafas panjang.

"Hyung ah, kenapa tu?" Soal Namjoon, dan Seokjin hanya ketawa.

"Takde apa-apalah. Dah, jom masuk cepat." Pintu bilik rawatan ditolak perlahan.

Kelihatan beberapa orang jururawat dan doktor sedang menyediakan alatan. Mereka semua berhenti dan memandang Seokjin, Namjoon dan Hoseok.

"Eh, kenapa kamu semua tengok saya macam tu?" Pelik Seokjin berkerut dahi sambil menyeluruhi setiap wajah di situ.

"Tak ada apa-apa. Duduk kat sini dulu." Ujar jururawat Choi sambil menepuk kerusi pesakit. Mereka bertiga mengangguk dan sekadar mengikut arahan itu.

Setiap dari mereka dirawat oleh seorang doktor.

"Kim seonsaeng ah, awak okay ke?" Tegur doktor perempuan bertag nama Joon Jae Hee.

"Okay.." Seokjin tersenyum.

Doktor wanita itu membalut lengan kiri Seokjin yang tercedera. Seokjin memandang Hoseok dan Namjoon sekilas. Mereka berdua bersandar sambil menutup mata. Macam tidur. Seokjin turun bersandar di kerusi lembut tu. Dia pun mengantuk dan letih.

Tiba-tiba, telefon Seokjin berdering. Perlahan-lahan Seokjin menyeluk saku dan mencapai telefon bimbitnya.

"Assalamualaikum..eh silap. Hello?"

"!!!"

"Hah?! Bila?!" Seokjin separuh menjerit. Terpanggung kepala semua orang di situ. Seokjin kini menjadi tumpuan utama.

"!!!"

"What the..yelah. Aku pergi sana sekarang!" Seokjin terus bangun.

"Ah, sunbae! Tak siap lagi!" Terpinga-pinga doktor Joon cuba memperkemaskan balutannya.

"Tak yah la. Saya akan rawat sendiri nanti. Hoseok ah, Namjoon ah, korang berdua tunggu sampai Jungkook sedar." Seokjin terus keluar dari bilik tersebut.

"T-Tapi.." Hoseok dan Namjoon turut terpinga-pinga.

"Nanti aku datang balik!!" Seokjin meningkah deras.

Doktor-doktor dan jururawat di dalam bilik itu saling berpandangan antara satu sama lain. Termasuk Hoseok dan Namjoon. Bingung. Keliru.

Apa dah terjadi sebenarnya?

blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)Where stories live. Discover now