#18 - Still Suga's POV

1.7K 248 16
                                    

"Kalau macam tu, dah bangun." Lelaki itu memaut lengan aku.

"Tapi first tu, aku kena ke cafe dulu. Ada hal. Kau ikut aku." Dia tolak bahu aku.

Dah macam dalam penjara dah aku rasa. Tapi, aku ikut sahaja. Aku memang lapar. Hari ni aku hanya menjamah sekeping roti je. Itupun hasil usaha aku mencuri.

"Hah, dah balik. Ingatkan pergi berbulan madu." Lelaki berambut koko  itu sengaja memerli apabila terlihat aku dan lelaki berambut oren ni melangkah masuk.

"Aku tak ganggu kau kan? Dah, biar aku kemas yang selebihnya. Kau blah." Dia merenung tajam dan lelaki berambut koko tersenyum simpul.

"Bagus." Lelaki berambut koko itu keluar dan meninggalkan kami berdua.

"Kau duduk sana." Dia tunding jari ke arah sebuah sofa yang agak lusuh. Aku turutkan sahaja.

Aku melihat dia berkerja keras menyusun kotak-kotak itu di tempat yang baru. Timbul pula rasa bersalah. Haih, kenapalah aku tak cari kerja je selama ni? Oh aku lupa, aku malas.

"Weh bangun. Kau nak aku kurung kau kat sini ke? Aku nak balik ni." Kepala aku ditunjal perlahan.

Aku buka mata. Eh, aku tertidur ke? Bila?

"Aku dah habis kerja. Jomlah."

Aku tengok luar. Dah malam. Aku angguk lalu bangun. Selesai sahaja lelaki berambut oren itu menyangkutkan apron di penggantung, dan berbual kecil dengan staf yang lain, dia mendekati aku yang masih berdiri di pintu belakang.

"Dah, jom.." Kami berdua berjalan melewati lorong kecil itu. Diam. Dia terus berjalan dan aku ikut di tepi.

"Kau nak makan ape?" Tiba-tiba dia menyoal menyentakkan aku.

"Apa-apa jelah.."

"Satay nak?" Dia buat pilihan dan aku hanya angguk. Kemudian, dia tersenyum dan kembali memandang ke hadapan.

Aku tengok dia. Pelik. Kenapa dia baik dengan aku? Siap belanja aku makan lagi? Ada apa-apa yang tak kena ke? Ke, dia nak mainkan aku? Belanja makan, tapi aku yang bayar. Dah lah aku tak ada duit.

Kalau dia buat macam tu, aku janji aku jadikan dia satay pulak.

"Dah sampai. Aku selalu makan kat sini. Duduklah." Dia pelawa sambil tersenyum.

Aku tengok sekeliling, kenapa ramai orang tengok kami? Nak kata aku tengah mencuri, aku rasa elok je aku duduk kat sini. Aku gerakkan tangan.

"A-Aduh!" Barulah aku sedar, tangan aku masih berikat. Dah timbul kesan dah pun.

"Haish, aku lupa pasal ikatan ni!" Dia tergelak halus. Dan aku membebel kecil.

"Sini aku buangkan." Dia tarik tangan aku dan memotong tali tersebut. Aku memegang pergelangan tangan aku dan mengurut-ngurut. Sakit jugalah. Lelaki itu mengukirkan senyuman dan terus membuat pesanan.

Kemudian, kami saling berpandangan. Mukanya berona merah secara tiba-tiba. Ni apahal tenung-tenung ni? Aku cucuk biji mata dia dengan lidi satay ni kang!

Aku alihkan pandangan ke tempat lain. Tiba-tiba dia hulur tangannya.

"By the way, Jimin imnida." Aku berkerut dahi. Sesi perkenalan pulak dah.

"S-Suga imnida.." Aku sambut huluran itu. Walaupun terasa agak pelik.

Please jangan kata dia suka aku! O yem gi! Aku normal!!! Eii..bongok ah aku ni!

"Suga? Serius? Haha, tak pernah lagi aku dengar orang nama tu!" Dia ketawa. Aku merenungnya dengan pandangan maut.

"Hahaha, okay okay. Mian." Tawanya masih mendatar. Aku mengetap gigi.

"Kau..dah lama ke kat Seoul?"

"La-" Kata-kata aku terputus apabila dipotong seorang wanita 40-an.

"Ini pesanannya. Enjoy!.."

"Terima kasih.." Kami ucap serentak. Setelah wanita itu berlalu pergi, aku sambung.

"Tak adalah lama sangat. Dalam 12 tahun macam tu.." Aku ambil secucuk satay ikan dan mula menjamahnya. Lelaki itu turut melakukan hal yang sama.

"Lama-. Eh! Asal kau nangis ni?" Jimin cemas.

"Dalam 22 tahun aku hidup, inilah kali pertama aku makan makanan sesedap ni.." Aku mengesat air mata aku.

"Laa, kau ni. Haha, dah lap la air mata kau tu. Tak gentle lah. Oh, kau 22 rupanya. Samalah macam aku." Jimin ketawa dan memberikan aku sehelai tisu.

"Weh, kau tak ada rumah ke?" Dia soal. Aku geleng.

"Kalau macam tu, jom ikut aku balik rumah."

Tersedak aku dibuatnya.

"Ish kau ni. Makan tu cermatlah sikit!" Dia meningkah. Aku pandang dia dengan mata membulat.

"Kau nak buat ape dengan aku?" Dia tersengih seolah-olah mampu membaca fikiran aku.

"Ini bukan seperti yang engkau fikirkan!" Wah, berdrama kau ye.

"Dah tu?"

"Aku ada housemate and aku normal. Takat muka kau macam kura-kura tu tak berkenanlah aku. Jangan risaulah." Wah, sempat kau mengutuk aku ye.

"Dah, jomlah. Kawan aku pun sporting je." Dia tersenyum dan aku hanya angguk.

"Tapi, kalau kau cuba buat apa-apa kat aku, aku tak teragak-agak untuk jadikan kau mendiang."  Aku mengugut dan dia tergelak halus.

"Okay okay.." Dia mengangkat kedua-dua belah tangan hingga ke paras bahu.

"Tapi, apahal kau nak tolong aku pulak ni? Tak takut ke kalau aku..buat benda tak elok? Maksud aku, hilangkan diri lepas curi semua benda dalam rumah tu? Yelah, kau pun tahukan? Aku ni pencuri nombor 1 in Seoul." Ya, itu yang aku sedang fikir.

Jimin berhenti mengunyah. Dia meletakkan lidi di atas pinggan sebelum tersenyum.

"Sebab, aku tak rasa kau akan buat macam tu. Aku rasa, macam ada something pasal kau, yang berkaitan dengan aku. Tapi aku tak ingat benda apa.."

"....."

blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)Where stories live. Discover now