#13 - Hospital

2.1K 263 7
                                    

Hoseok's POV

Hari ni aku rasa tak sedap satu badan. Aku rasa pening. Cukup pening. Mungkin aku nak demam. Semalam hujan lebat dan aku hanya tidur di bawah jambatan.

Aku rasa, itulah sebabnya. Aku berjalan lemah di tepi jalan. Aku terhuyung-hayang bagai orang mabuk.

Pandangan aku kabur.

Kalau boleh, aku nak je berehat. Tapi, aku risau lelaki yang pernah culik kami dulu tu pergi. Jadi satu kerja lain pulak nak kena cari dia.

Ya, salah seorang lelaki yang pernah culik kami sekarang ada kat Seoul. Dendam kami dah hampir kemuncaknya.

Kalau lelaki itu kami dapat tawan, hanya tinggal lelaki yang dah bunuh Namyoon dan Minhyuk je yang perlu dijejaki.

"Kau okay ke?" Aku tengok Namjoon yang berjalan ditepi aku.

"O-Okay.."

"Aku tengok kau ni pucat lain macam je. Kau demam ke?"

"Tak adelah. Aku letih je." Aku bohong.

"Serius?" Dia cuba papah aku. Tapi, aku tolak.

"Betullah. Dah lah, jom cepat. Aku dengar, mamat tu ada kat Taman Seoul. Nanti terlepas pulak.." Kemarahan aku membuak setelah teringatkan Minhyuk.

Aku rindukan dia. Kami tiba di sebuah jalan raya. Taman tu hanya beberapa kilometer sahaja dari sini.

Aku lintas. Tapi, sebuah kereta meluncur laju ke arah aku.

"Hoseok!!" Namjoon cuba tarik aku tapi, tak sempat.

Bum..

Semuanya kelam...

Seokjin's POV

"Aku nak pergi kerja dulu ni. Kau tu Jimin, bila nak cari kerja?" Aku membetulkan tali leher.

"Aku dah jumpa kerjalah." Jimin menyahut selamba. Masih terbaring di sofa.

"Kerja apa?" Aku tanya kembali. Susah cakap dengan orang yang jenis jawab sepatah demi sepatah ni. Kalau dalam exam, tentu markah satu je ni.

"Kerja biasa. Pelayan."

"Kat mana?"

"Cafe sana tu je hah." Jimin sekadar menunding jari ke arah pokok di luar rumah secara rawak. Dan yang aku ni pun satu. Pergi tengok arah dia tunding.

"Hari ni kau cuti?" Aku tanya lagi sambil memakai jam tangan.

"Pukul 3 baru kerja aku start."

"Mana budak yang kau bawak balik tu? Apa nama dia? Jung Suk? Joong Ki? Mangkuk? Jungcook?"

"Jungkook." Dia potong selamba.

"Hah, mana dia?"

"Macam biasa. Terperap dalam bilik. Entah apa masalah dia. Aku panggil tak menyahut. Aku tegur tak layan. Yang kau banyak tanya macam peguam tak berwawasan ni, kau kerja ke tak hari ni?" Jimin meningkah.

Aku tengok jam. O yem gi!! I'm late!!

"Dah ah, aku pergi dulu. Jaga rumah elok-elok. Makanan aku dah siapkan. Panggil budak tu makan sekali nanti."

Aku kerling ke arah Jimin untuk kali terakhir sebelum aku berlalu pergi. Dia hanya angkat tangan tanpa menoleh tanda mendapat pesanan aku.

Aku menghidupkan enjin kereta. Perkarangan rumah yang masih dihuni aku tinggalkan. Meredah pagi yang agak redup cuacanya.

Aku berhenti di sebuah lampu isyarat. Lagi 5 kilometer sebelum aku tiba di perkarangan Hospital Gukkil.

Hijau..

Aku tekan minyak meninggalkan kereta lain yang turut berhenti. Tapi, seorang lelaki tiba-tiba sahaja melintas mengejutkan aku.

Brek aku pijak sekuat hati hingga tayar keretaku berdecit.

Bum..

Tiada lagi kelibat lelaki itu. Aku keluar dari kereta. Lelaki yang berada dibelakangnya turut cemas. Orang ramai yang sedang melihat, aku hiraukan. Aku berlari anak ke arah hadapan kereta.

Seorang lelaki terbaring secara mengiring di atas tar. Lelaki yang aku kira kawan dia sedang meriba kepalanya.

Aku alihkan tubuhnya. Kepala dan hidungnya berdarah. Serta badannya panas. Aku dengar dia mengerang kesakitan.

"Hope! Bangun Hope!!" Kawannya menggoncang-goncang tubuh dia. Aku cemas dan terpana. Aku lupa kejap yang aku ni seorang doktor.

"Woi! Kau buta ke?! Tengok, apa dah jadi dekat kawan aku?!" Aku tengok dia setelah bahu aku ditolak kasar. Dia pun tengok aku. Kejap, aku rasa macam kenal mereka berdua ni.

"Kau?!" Dia terbuntang. Begitu juga aku.

"Kau cuba nak bunuh aku tu kan?!" Aku turut meningkah. Ya, mereka inilah yang nak rompak aku dulu. Nasib baik Jimin datang.

"Erghh.." Terdengar lelaki di ribanya mengerang, kami saling menukar pandangan.

"Hope! Bangun Hope!" Dia menggoncang-goncang tubuh lelaki muda yang dipanggil Hope.

"Dah lah! Aku bawak dia ke hospital dulu. Aku doktor. Tolong aku angkat dia ke dalam kereta." Tubuh lelaki itu dipapah dan dibawa masuk ke dalam kereta.

Usai sahaja dia terbaring di seat penumpang belakang bersama rakannya, aku memecut ke hospital.

Pertama, aku tengah kejar masa. Kedua, aku tak tahu masalah dan tahap kecederaan lelaki ini. Mungkin kalau aku bawa dia ke hospital, dia boleh selamat.

Apa lagilah bala yang datang.

Aku geleng sendiri.

blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)Where stories live. Discover now