"Andwae!! Andwae!! Namjoon ah, Hoseok ah!!" Seokjin terjerit-jerit sebelum berhenti setelah pipinya terasa dilempang sesuatu. Laju dia membuka mata.
"Hyung okay ke ni?" Seokjin tercungap-cungap tapi hatinya lega setelah melihat Hoseok dan Namjoon yang turut memandangnya.
Seokjin menongkat tubuh dengan lengan. Dia mengelap dahi yang berpeluh teruk. Kemudian, dia pandang Hoseok dan Namjoon dengan mata membulat. Cuak jugalah dua mamat ni melihat wajah Seokjin yang macam dirasuk mambang tanah.
"Waa!!" Leher Namjoon dan Hoseok terus dipeluk erat secara mengejut. Terpinga-pinga mereka cuba mencari nafas.
"Hyung! Kenapa ni?!" Namjoon menyoal serius sambil memegang bahu Seokjin. Seokjin tak ubah seperti orang gila tersesat di hutan belantara yang baru diselamatkan.
"A-Aku mimpi sesuatu jadi kat korang.." Seokjin tertunduk. Namjoon dan Hoseok berkerut dahi.
"Dah, cepat bangun. Kita kena tembak dengan dadah. Tu yang khayal tu. Macam aku, aku mimpi mandi kolam belakang rumah aku." Kata Hoseok terus dipandang Namjoon.
"Kau..baru baligh ke?" Namjoon menyoal kekok.
Hoseok mengetap bibir dan memandang tajam ke arah Namjoon. "Kau pernah tak rasa makan jeriji besi?"
Namjoon tersengih dan kembali meletakkan pandangan ke atas Seokjin. "Apahal, hyung mimpi ape?"
"T-Tak ada apa-apalah.." Seokjin mengelap peluh di dahi lagi. Dia cuba bangun tapi hampir tersembam. Hoseok memapahnya cuba mencari kestabilan.
Seokjin memandang sekeliling. "K-Kita kat mana ni?"
Mereka berada dalam kurungan kecil diperbuat dari logam. Hanya ada satu lampu sportlight yang dihala ke arah mereka. Tapi, cahayanya hanya cukup untuk menerangi kurungan itu.
"A-Aku rasa kita ada dalam satu bilik besar. Tapi, apahal kita kena kurung macam haiwan dalam zoo pulak ni?" Namjoon mencelah.
Ktak!
Tiba-tiba lampu sportlight putih di hadapan mereka pula bernyala. Semua mata mereka terarah pada satu susuk tubuh yang diikat di atas kerusi. Betul-betul di bawah lampu itu. Sinaran terang cahaya itu menyepetkan mata mereka. Namun, lama kelamaan cahaya itu kian sebati dan dapat diterima baik oleh kornea mata masing-masing.
"J-Jungkook!!" Mereka bertiga mara ke arahnya.
Tapi, terhenti akibat terpisah di antara jeriji besi. Seokjinlah yang paling cemas. Hinggakan kepala Namjoon dan Hoseok pun tertunduk ditekan olehnya.
Jantung mereka berdetak laju melihat keadaan dia. Matanya diikat kain hitam. Darah ada di mana-mana sahaja. Kepalanya terkulai ke bawah dan dadanya berombak pantas. Sekurang-kurangnya dia masih hidup.
Buat masa sekarang..
"Hai..rindu nak jumpa kawan kau ke?" Seorang lelaki muncul di belakang Jungkook dan menarik rambut Jungkook sehingga lelaki itu terdongak.
"Eh jahanam! Lepaskan kawan aku tu!!" Jerkah Namjoon menghentak-hentak tangannya ke arah besi.
"Kau ingat senang-senang macam tu je aku nak lepaskan dia?" Rahang Jungkook dia pegang.
"Jebon sungguh la perangai natang ni!" Maki Namjoon lagi.
"Aku dah bagi ape kau nak kan? Lepaskan kawan aku tu!" Seokjin meningkah. Lelaki itu tersengih.
"Bos!" Dia berdiri di tepi lalu menunduk.
"Hai Kim...Seokjin.." Seorang lelaki lain muncul sambil tersenyum sinis. Seokjin pandang wajah itu.
"Appa! Kenapa appa buat macam ni?!" Seokjin meraung. Namjoon dan Hoseok sudah ternganga. Fahamlah mereka kenapa Jungkook begitu takut dengan Soo Hoon.
"Berdasarkan soalan kau yang first tadi, aku bukan nak duit kau. Sebab aku dah dapat semua harta mak dan ayah kau! Aku cuma nak bunuh kau je. Pasal duit kau tu, aku boleh ambil bila-bila masa je aku nak." Lelaki itu ketawa lagi.
"Dasar binatang!!" Seokjin menerajang besi logam itu lagi kali ini lebih kuat.
Sakit di kaki dibiar. Tahan, Seokjin tahan! Maintain serius maintain! Itulah ayat dia sedang dia pasakkan dalam hati.
"Joon! Cho! Kim! Sook!"
"Ya bos!" Empat orang lelaki berbadan sasa muncul menghadap Soo Hoon.
Namjoon mengecilkan mata. Wajah mereka berempat macam pernah tengok. Tapi..di mana eh?
Slashh..
Tiba-tiba ada sesuatu memanah otaknya. Dia menarik baju Hoseok.
"Hope! Kau kenal diorangkan Hope?!"
"Hah? Aku tak kenallah! Muka hodoh macam tu tak dapat dibawa oleh impuls saraf untuk ditafsirkan oleh otak aku."
"Kepala hotak kau ni lembab la! Kau tengok betul-betul yang botak tu. Bukan dia ke yang..." Namjoon memperlahankan suara. Teragak-agak untuk meneruskan ayat.
"Apa?"
"Bukan dia ke...yang bunuh kawan kau. Minhyuk?" Serta-merta wajah Hoseok berubah.
Wajah lelaki itu dipandang. Ditenungnya lama mereka yang sedang menerima arahan Soo Hoon.
"Bawa mereka ke satu tempat dan bunuh mereka! Tapi, biarkan yang berbaju putih tu. Aku ada hal nak settle dengan dia!" Arah Soo Hoon sambil membetulkan tali lehernya.
"Baik bos!" Mereka berempat mendekati kurungan itu. Hoseok menggenggam penumbuk.
YOU ARE READING
blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)
Misterio / SuspensoMatured content (16+) ▶Memang panjang, tapi sekali baca, belum tentu boleh berhenti ▶ Never expect the ending ▶ "Blood Sweat and Tears II : Escape From Nightmare" (Done Publish) + Kisah 7 sahabat yang berjuang mencari erti kebebasan dan kebahagiaan...