#60 - Don't Leave

1.4K 184 35
                                    

"Mana Suga ni?!" Keluh Seokjin sebaik tiba di hospital. Suga kata, Jimin dibawa ke hospital ni.

Flashback

"Assalamualaikum..eh silap. Hello?"

"Hyung! Ni aku, Suga! J-Jimin, hyung! J-Jimin dalam kritikal! Dia kena tembak!"

"Hah?! Bila!?"

"Nantilah aku cerita lain! Sekarang hyung datang dulu ke Hospital Busan!"

"What the..yelah Aku pergi sana sekarang."

End Flashback

"Tau lah kau bawa dia ke sini..tapi kat mana kau sekarang? Dahlah kredit aku pun dah habis. Tak sempat nak top up tadi." Bebel Seokjin sambil memandang ke sana sini.

Tiba-tiba dia teringat sesuatu hingga menyebabkan dia menepuk dahi sendiri.

"Halamakk..ape ke dungunya kau ni Seokjin oi?! Mestilah kat wad kecemasan! Harap je kau ni doktor!"

Tanpa berfikir panjang dan tanpa melihat orang yang sedang memandangnya aneh, Seokjin terus berlari menuju ke wad kecemasan. Hampir sahaja dia terlanggar beberapa orang jururawat dan doktor. Nasib dia sempat mengelak.

Jantungnya berdetak laju seiring dengan nafas. Dadanya pula berombak pantas. Tiada kelibat Yoongi di wad tu. Jasad yang terbaring di atas katil pun tidak dikenali semuanya. Dia menerpa ke arah kaunter.

"A-Ada tak pesakit yang baru dimasukkan ke sini sebab ditembak? Ada lelaki lain yang jaga dia. Rambut kaler putih. Ada tak?"

Seokjin memandang tajam ke dalam anak mata jururawat wanita yang terkejut dengan sergahan Seokjin. Sudahlah berbaju tompok merah, wajah pula luka dan lebam. Dah macam setan bertanduk tiga dah. Mau tak terkejut.

"A-Ada. Dia sedang dirawat di dewan pembedahan." Jelas jururawat bertag Jung Ha Jin sambil menunding jari ke arah koridor berdekatan wad kecemasan.

Sekali lagi Seokjin mahu melempang diri sendiri. Dah nama pun kena tembak, mestilah pergi dewan bedah. Takkan wad bersalin pulokk!! Bengong sungguh..

Cemasnya telah menghilangkan kewarasan dan fikirannya sebagai seorang doktor bertauliah.

"T-Thanks.." Seokjin terus berlari ke arah tundingan jururawat itu.

Akhirnya, dia tiba di tempat menunggu luar dewan bedah. Seorang lelaki berambut putih sedang mereput sambil melekapkan kedua-dua tapak tangan di dahi dalam keadaan tertunduk.

"S-Suga!" Panggil Seokjin sambil menapak ke arah lelaki itu. Yoongi angkat kepala. Wajahnya basah dengan cecair merah dan jernih.

"H-Hyung..." Tangis Yoongi menatap Seokjin.

"M-Mana Ji-Jimin?" Soalan dungu dan klise diolah Seokjin. Harapannya agar Yoongi tidak membalas 'Dalam toilet, dia period' sudah meninggi.

"K-Kat dalam."

"Apa dah berlaku sebenarnya, Suga? Kenapa tangan kau berdarah?" Seokjin melabuhkan punggung di sebelah Yoongi dan mencapai tangannya.

"N-Ni darah Jimin."

Yoongi menceritakan semuanya kepada Seokjin. Tekun Seokjin mendengar setiap bait ayatnya.

"Haish. Kenapa jadi macam ni?" Seokjin mengusutkan rambut setelah Yoongi selesai bercerita.

"A-Aku tak tahu hyung. Aku takut sangat sekarang ni." Ujar Yoongi cemas.

Dia melekapkan kedua-dua tapak tangannya lalu dilekapkan di dahi dalam keadaan tertunduk. Seokjin pandang Yoongi yang sudah basah dengan air mata. Dia mengetap bibir.

"Dah..jom bersihkan diri kau dulu. Bersihkan dulu darah ni, nanti kering susah tanggal. Jangan risau, aku yakin dia selamat.." Pujuk Seokjin.

Perlahan-lahan mereka bangun. Tapi, Seokjin pantas melingkarkan tangannya di pinggang Yoongi setelah lelaki tu hampir terjatuh. Kakinya masih lemah kerana trauma.

Mereka berjalan ke arah tandas berdekatan. Seokjin membantu Yoongi membersihkan darah Jimin yang melekat di wajah dan tangannya.

Yoongi sudah berhenti menangis, tapi sekali sekala dia tersedu perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Yoongi sudah berhenti menangis, tapi sekali sekala dia tersedu perlahan. Mata dan hidungnya kemerahan.

Seokjin pula sibuk berbual dengan Namjoon di dalam telefon. Nanti Namjoon dengan Hoseok tu risau pulak pergi Busan tak bagitahu sebab. Sebaik sahaja panggilan dimatikan, Seokjin kembali mendekati Yoongi.

"Hyung pulak kenapa?" Soal Yoongi sambil memandang baju kotor Seokjin.

"Erk..pasal ni. Kejap lagi la aku cerita. Dah jom balik ke ruang menunggu dulu."

Mereka berdua berjalan seiringan. Nampaknya Yoongi macam ada kekuatan semula. Ada beberapa soalan yang dia nak tanya kat Yoongi.

Kenapa Yoongi terlalu cemas sekarang? Apa kaitan dia dengan Jimin?

"Sebenarnya, Jungk-"

Tidak sempat Seokjin meneruskan ayat, mereka berdua dikejutkan dengan beberapa orang lelaki dan perempuan, berbaju biru keluar dari dewan bedah dalam keadaan cemas.

"K-Kenapa ni?" Tercegang mereka berdua. Bagai ada sesuatu yang tak kena. Terutama Seokjin yang sudah arif benar dengan kelakuan mereka.

"Hyung! Apa dah berlaku hyung!" Yoongi menarik-narik lengan doktor disebelahnya yang turut terpaku. Mata Seokjin terbuntang melihat mereka kembali masuk ke dalam bilik itu.

"J-Jimin. J-Jantung dia.." Tergetar-getar Seokjin memberi ramalan sebagai doktor berpengalaman.

"Kenapa dengan jantung dia hyung?!?" Yoongi muka agresif. Direntapnya kedua-dua bahu lelaki itu.

"Dah...berhenti.."

Serentak ayat itu habis, serentak itulah Yoongi rebah.

blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)Where stories live. Discover now