#6 - Kim Seokjin

2.3K 331 5
                                    

Jin's POV

Semasa aku berumur 2 tahun, appa kemalangan jalan raya dan mati di tempat kejadian. Eomma?

Eomma pula tak dapat terima kenyataan. Lepas beberapa bulan, eomma jatuh sakit dan..dia pun tinggalkan aku.

Aku sedih. Sejak dari tu, aku pakcik aku jaga aku.

Pakcik jaga aku elok-elok. Dia sayang sangat kat aku. Isteri dia merangkap makcik aku meninggal dua tahun lepas, kemalangan. Dan dia tiada anak.

Mungkin inilah sebabnya aku dijaga dengan penuh kasih sayang.

Apa yang aku minta, semua dia beri. Aku rasa cukup beruntung.

"Seokjin nanti besar, jadi doktor tau.." Itulah pesanan lelaki 30-an itu.

Aku sayang sangat dekat dia. Bagi aku, dia bagai pengganti appa. Tempat aku meluahkan segala isi hati aku.

Tapi suatu hari, semasa aku berumur 5 tahun, rumah aku dirompak. Aku tak tahu apa dah berlaku pada pakcik.

Penjenayah-penjenayah tu bawa aku pergi ke suatu tempat yang aku sendiri tak tahu. Aku diseksa dan didera. Aku takut, cukup takut. Aku janji yang aku akan cari pakcik balik. Aku nak jumpa dia. Aku rindu dia sangat-sangat.

"Apa salah aku? Apa dosa aku? Hina sangat ke aku sebagai budak? Kenapa aku tak boleh hidup macam budak-budaklain dalam dunia ni? Kenapa aku dapat kasih sayang dalam masa yang cukup singkat? Kenapa diorang tak beri peluang untuk aku hidup dengan bebas?!"

Setahun aku diseksa berbagai rupa. Aku dikurung tanpa makanan. Tangan dan kaki aku diikat. Mata dan mulut aku ditutup dengan kain hitam. Tangisan aku berbalas kesakitan. Aku takut. Aku rindukan appa, eomma, pakcik...

Tatkala umur aku mencecah 7 tahun, aku nekad untuk larikan diri. Bagaimana? Aku pura-pura mati. Aku baring di sudut tak bergerak.

Mereka membungkus aku dengan plastik hitam dan melempar aku ke dalam sungai. Boleh aku kata mereka tu bodoh gak ah sebab tak periksa nadi aku dulu.

Heh.

Tapi, aku tak tahuberenang. Apatah lagi, aku terlalu lemah masa itu. Aku duga, mungkin ajal aku dah tiba masa tu. Nafas aku sesak disekat air sungai.

Tapi, rupa-rupanya plastik tu tersangkut di tiang jambatan. Dan masa itu, aku sudah tak mampu bergerak kerana kesejukkan.

"Omo! Ada budaklah dalam ni!!" Itulah ayat yang aku dengar sebelum pendengaran aku lesap.

Apa-apa pun, aku dah selamat. Semasa aku sedar dari pengsan, aku dah ada kat hospital.

Kata mereka, aku dijumpai seorang lelaki yang sedang memungut sampah. Aku dihantar ke rumah anak yatim. Kat situ, aku mendapat sedikit belas kasihan dan kasih sayang.

Tapi aku nekad..

Aku nak cari pakcik balik. Aku masih perlukan dia. Aku dendam.

Kesakitan yang aku alami harus dibayar semula. Andai duit berhutang duit, pastilah nyawa berhutang nyawa. Aku nak tuntut balik hidup aku dulu.



Dendam.

Dengar macam kasar, tapi itulah kemanisan sebenar.

blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)Where stories live. Discover now