#52 - Andwae!!

1.5K 194 23
                                    

"Kita dah sampai ni. Macam mana sekarang hyung?" Namjoon menyoal cuak. Begitu juga Hoseok.

"Ikut je plan kita.." Seokjin bertegas terus berjalan seperti biasa diikuti Namjoon dan Hoseok di belakang. Di tangannya tergenggam satu beg berisi duit 300 000 dollars. Semua itu adalah hasil duit Seokjin.

"Kau dapat call Yoongi tak?" Hoseok mencelah.

"Tak. Telefon rumah pun tak dapat." Kesal Namjoon dan Hoseok menggeleng.

"Okay. Namjoon ah."

"Nae, hyung?"

"Dia suruh tinggalkan kat sini kan duit ni?" Soal Seokjin berdiri di sebelah tiang di sebuah bangunan lama.

"N-Nae. Dia kata suruh tinggal kat sini." Jelas Namjoon tergetar-getar. Seokjin melemparkan beg dipenuhi duit itu ke arah dinding. Dia mengetap bibir dan memandang sekeliling.

"Okay, aku dah bawak duit ni! Lepaskan kawan aku sekarang!!" Jerkah Seokjin memandang sekeliling.

Namjoon toleh ke atas. Dia ternampak kelibat hitam sedang mengacukan sesuatu ke arah Seokjin. Namjoon mengecilkan mata. S-Senapang?!

"Hyung!!" Namjoon terus menolak Seokjin sehingga lelaki itu tersungkur.

Piu!

Picu dilepaskan tepat mengenai Namjoon.

"Namjoon!!" Hoseok dan Seokjin segera mendapatkan Namjoon yang sedang kesakitan. Seokjin memandang ke atas. A-Ada banyak kelibat hitam sedang merenung mereka.

"Ahh..." Namjoon terlutut sebelum tumbang dan diam tidak berkutik.

"Kau siapa?! Kau dah janji yang kau takkan apa-apakan kami!!" Seokjin bengang.

"Hyung!!" Seokjin toleh ke belakang setelah terdengar jeritan Hoseok.

"Hoseok ah!!" Seokjin enyambut tubuh Hoseok yang turut lemah.

"Wae...wae...waee?!!" Jerit Seokjin sekuat hati. Dia sudah tidak menghiraukan kelibat di sekelilingnya yang semakin ramai. Wajah pucat Hoseok dia usap berulang kali.

"Bagus.." Seokjin angkat kepala setelah terdengar tepukan dan tawaan.

"Kau...kau!" Wajah lelaki itu dia tatap berkaca-kaca bagai api yang sedang mendidih.

"Ya...ni aku. Jung Soo Hoon. Ni appa!"

"Tak!! Kau bukan appa atau pakcik aku! Kau...kau...kau binatang!!" Jerkah Seokjin apabila melihat dengan jelas wajah lelaki yang berjalan ke arahnya sambil menepuk tangan dengan gaya sinis.

"Wae?" Rintih Seokjin.

"Sebab aku boleh hapuskan semua kawan-kawan kau, dan kau sekali.." Lelaki itu memetik jari dan, picu dilepaskan terus tepat mengenai Seokjin.

"Wae..." Seokjin menyoal lagi dengan pandangan mata yang kabur. Dia sempat melihat senyuman sinis lelaki itu sebelum tumbang dan kaku. Air mata mengalir turun dari tubir mata yang sudah tertutup.

-------------

"Erghh...aku kat mana ni. Aku dah mati ke?" Seokjin memegang kepala yang terasa cukup berat dan berpinar.

"Lepaskan aku! Lepaskan aku!!" Dalam samar-samar itu Seokjin ternampak satu susuk tubuh sedang meronta-ronta di atas kerusi.

Seokjin memegang sebatang tiang untuk menampung tubuhnya. Dia terhuyung-hayang. Mata yang kabur dia gosok berulang kali.

"Argghh!" Jeritan itu mengejutkan Seokjin.

Dia ternampak mata lelaki itu ditutup dengan kain hitam. Berlumuran darah. Seokjin menggelengkan kepala berkali-kali setelah terasa pening.

Kemudian, pandangan kabur kian jelas. "Hoseokk!!" Seokjin menjerit.

"Hah?! Hyung? Seokjin hyung?! Hyung! Tolong aku hyung!" Hoseok menjerit meronta-ronta.

Tapi, tubuhnya sedang diikat kuat. Tubuhnya turut berlumuran darah, mengalir dari kepala ke pipi.

"Jangan risau, hyung ada kat sini.." Suara Seokjin retak.

"Oh..kau dah bangun ke?" Satu suara menegur menyentakkan mereka berdua. Kepala Seokjin terdongak.

"Lepaskan dia! Apa kau nak buat dengan dia?!" Seokjin mengenggam besi jeriji pagar itu. Kemarahannya memuncak.

"Kau rasa?" Rambut Hoseok direntap dan kepalanya didongakkan.

"Hyung..sakit hyung..tolong aku..aku takut hyung.." Hoseok teresak-esak.

"Ouh..dia minta tolong kaulah, Seokjin.." Lelaki itu ketawa. Seokjin mendengus geram.

"Lepaskan dia!"

"Tak bestlah kalau macam tu.." Lelaki itu mengeluarkan sesuatu dari saku belakangnya.

Mata Seokjin membulat dan dia menggeleng berkali-kali.

"Andwae...andwae...ANDWAEE!!!" Seokjin menjerit memberi rayuan. Dia menghulur tangan cuba mencapai sesuatu.

"Hyung!" Hoseok merengek ketakutan.

Pisau di tangan lelaki itu dijulang sebelum menjunam laju ke arah sasarannya. Leher Hoseok.

Srakkk....

"Andwaeeee!!!" Air mata Seokjin mengalir turun.

Darah memercik ke sekeliling. Kerusi Hoseok disepak hingga dia terbaring di lantai. Dia menggelupur beberapa saat sebelum akhirnya diam tidak berkutik. Mulut Seokjin ternganga dan kakinya terus mencium lantai.

"H-Hoseok ah.." Seokjin menghulurkan tangan. Tergapai-gapai dia cuba menyentuh tubuh kaku itu. Sedikit sahaja lagi, tapi tubuh Hoseok disepak ke tepi dan dibawa pergi.

"Bawa yang kedua!!" Jeritnya. Seokjin angkat kepala. Lepas ni..Namjoon?


"Lepaskan aku! Lepaskan aku lah mangkuk!!" Lentingan seseorang membuatkan kepala Seokjin terdongak.

Dia memandang satu susuk tubuh yang sedang diikat dan meronta-ronta. Mata lelaki itu turut diikat dengan kain hitam. Seokjin terpana dan air matanya mengalir. Dahi yang berpeluh dia biar tidak diusik.

"Namjoon!!" Seokjin cuba mendekati Namjoon yang sedang melutut secara paksa di hadapan lelaki misteri itu.

"Hyung!!" Namjoon menjerit. Ada titisan air mata mengalir dari bawah kain hitam itu.

"Seokjin ah..best tak pertunjukkan tadi?" Lelaki itu menyoal sinis. Namjoon masih meronta-ronta.

"Lepaskan dialah bodoh!!' Jerkah Seokjin menerajang batang besi itu. Mereka ketawa.

"Kalau kau nak, aku akan lepaskan.." Kain hitam dileraikan dan simpulan di tangan turut dileraikan.

"Hyung!!" Namjoon menangis dan terus berlari ke arah Seokjin. Seokjin segera mencapai tangan Namjoon.

"Hyung..aku takut hyung. Hoseok..Hoseok dah.." Tergetar-getar Namjoon cuba bersuara. Seokjin terangguk-angguk.

Bukan ini yang mereka rancangkan.

Seokjin memegang bahu Namjoon cuba menenangkannya. "Okay..ki-kita cari jalan keluar..kau i-"

Pang!!

Darah merecik ke wajah Seokjin. Seokjin terpana sebaik sahaja tubuh Namjoon rebah ke lantai. Dia..dia ditembak dari jauh. Tepat mengenai jantung Namjoon dari belakang.

"Andwaeee!!!!!!!" Bangunan itu bergema dengan jeritan Seokjin.

blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)Where stories live. Discover now