Jimin kembali membuka mata. Dia pandang gambar itu penuh dendam. Teringat wajah sengsara ibunya. Air mata kiri dia biar bercampur dengan air tab.
Jimin mengeluarkan pemetik api yang diambil di atas meja. Dia menyalakan api dan mula menemukan api tersebut dengan hujung gambar.
"Long time no see...appa..Tunggu Jimin datang tau. Sian appa tak boleh rehat. Dulu kerja appa cuma rompak eomma. Appa takde duit eh? Tak boleh rehat?
Rilek ah, appa. Nanti Jimin rehatkan appa selamanya. Okay? Harap-harap appa tak lupakan Jimin. Jimin rindu dengan appa.." Dia lepaskan gambar yang separuh terbakar itu dari tangannya.
Kemudian, dia renung wajah lelaki yang perlahan-lahan bertukar hitam dan menjadi abu dimamah api.
"Api oo api. Kau macam dendam aku ah. Kau, bakal aku mamah tak lama lagi." Jimin tersengih sinis.
Dia menutup mata dan menyelam hingga ke paras mata. Mungkin, sekarang aku boleh tidur?
Good night appa..
Nanti Jimin kejutkan appa..okay?
• • •
"Jimin ah! Bangun!" Perlahan-lahan Jimin membuka mata setelah terasa tubuhnya bergoncang.
Kepalanya terasa sakit. Dia pandang sekeliling. Hanya ada Yoongi dan Jungkook.
"A-Apa dah berlaku?" Tanya Jimin memegang kepala.
"Suga jumpa kau terbaring tepi tab mandi." Jimin pandang Jungkook. Macam mana dia boleh terbaring di tepi tab sedangkan, seiingatnya dia tidur di dalam tab?
Jimin pegang kepala dan menutup mata. Tiba-tiba sahaja kepalanya menucuk kuat.
"Argh!"
Jimin buka mata. Dia angkat kepala. Terarah pada sudut bilik air, Jimin terbuntang.
"Aku...aku..aku akan cari kau.." Jimin bangun dan keluar dari tab mandi. Dia ternampak satu susuk tubuh sedang berdiri memandangnya di tepi pintu bilik air.
Jimin menapak ke arah lelaki itu.
"Aku bunuh kau Park Ji Hoon! Aku bunuh kau!" Jerit Jimin sekuat hati.
Tapi, pandangannya kabur. Kepalanya terasa sakit. Dan, dia terasa sejuk. Cukup sejuk. Kakinya tiba-tiba terasa lemah.
Dia terlutut sebelum jatuh mengiring. Tangannya tergetar-getar.
"T-Tu sahaja yang saya ada. L-Lagipun duit tu untuk J-Jimin!"
Jimin angkat kepala. Dia kenal suara ni!
"E-Eom..Eomma.." Bibir tebalnya terketar-ketar menyebut gelaran yang cukup dia rindu. Matanya merah mula mengalirkan cecair jernih.
Dia lihat, seorang lelaki sedang mencengkam rambut seorang wanita.
"Pergi mampos lah dengan anak tak guna tu!! Kau sepatutnya gugurkan saja dia!! Menyemakkan hidup aku!! Anak kau dalam perut ni pun kau patut gugurkan jela bodoh!"
Lelaki itu terus menghentak kepala wanita itu ke dinding.
"Andwae! Eomma!!" Jimin menjerit. Tangannya cuba mencapai tangan wanita itu. Sebelum semuanya kelam.
"Jimin ah, kau okay ke tak ni?"
Jimin kembali membuka mata setelah bahunya ditepuk Yoongi.
"Ah..ya. A-Aku nak rehat kejap.." Jungkook dan Yoongi membantu Jimin untuk baring.
"Betul ke kau okay ni?" Jimin hanya angguk lemah. Yoongi menyambung, "Aku ada panaskan sup. Nanti aku bawa kat kau. Badan kau sejuk ni."
"Okay.." Jimin menjawab tanpa menoleh. Dia baring secara mengiring dengan membelakangi dua batang tubuh yang masih tercegat bagai patung.
Jungkook kemudian tunduk 45° dan menyelimut Jimin hingga ke paras leher. Dia kemudian berdiri tegak dan memandang Yoongi.
Mereka berdua mengangguk.
"Kitaorang keluar dulu. Kejap lagi aku bawakan sup panas kat kau. Kau rehatlah dulu. Kau nak demam ni.." Yoongi dan Jungkook akhirnya melangkah keluar dari bilik.
"Eomma.." Jimin menangis. Dua air mata mengalir dan bertemu di dalam satu aliran kecil sebelum jatuh menitis ke bantal putih yang menjadi alas kepalanya.
Dendam...aku mesti cari lelaki tak guna itu!!!
Kau hutang nyawa dengan aku Park Ji Hoon. Kau kena bayar semua kerakusan masa lampau yang masih menghantui aku!!
• • •
Alhamdulillah! Sok dh puasa guys! Jangan lupa buat amal bebanyak buat bekal ke sana. Perjalanan jauh lagi. Nanti pegi sana lapar, bekal lupa bawak tak de sesape nak kongsi tau. Kalau bekal sikit, takut nanti dipertengahan dah habis. If u know what I mean 😉
Banyakkan solat, bace Quran, doa, zikir, sedekah. Pintu rahmat terbuka luas weh.
Jangan puasa yak yuk, balik rumah bukak periuk plak 😀
Setan jin apa semua dah tak dok sebab kena ikatt!! Horey!
Ramadhan Mubarak!
라마단 무바라그!!!
Happy Eid Mubarak!!
رمضان كاريم!!Yusoff Taiyobbb~
YOU ARE READING
blood sweat and tears I : The Truth Untold (C)
Mystery / ThrillerMatured content (16+) ▶Memang panjang, tapi sekali baca, belum tentu boleh berhenti ▶ Never expect the ending ▶ "Blood Sweat and Tears II : Escape From Nightmare" (Done Publish) + Kisah 7 sahabat yang berjuang mencari erti kebebasan dan kebahagiaan...